Thursday, March 5, 2009

PRU IPGMKDRI


Hari ni 5 mac 2009,Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Dato` Razali Ismail telah mengadakan pilihan raya umum untuk mencari calon-calon JPP sesi 2009/2010.

Banyak jugak calon yang masuk bertanding pada kali ini.Seramai 40 orang calon menunggu untuk di pangkah oleh penggundi-penggundi.Penamaan calon telah dilakukan pada 26 feb 2009.


Pada hari khamis,5 mac 2009,pilihanraya telah dijalankan.Pilihanraya ini diuruskan sepenuhnya oleh batch OUM merangkap SPR pilihanraya kampus.Proses undian dilakukan sepanjang hari tersebut dengan dimulai oleh batch KPLI dan diikuti btach sem 5,sem 3,sem 1 dan sem 2.Masa undian untuk setiap batch adalah selama satu jam dan bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir pada jam 1 tengahari.Sepanjang proses undian,pihak SPR ada menyiarkan keputusan semasa bagi undian yang telah dilakukan untuk meberikan gambaran awal bakal-bakal ahli JPP yang baru bagi sesi 2009/2010.

Pada pukul 3 petang,keputusan rasmi pilihanraya telah diumumkan oleh En.Yahya bin Osman selaku Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPGM Kampus Dato` Razali Ismail.Daripada 40 calon yang bertanding hanya 25 calon yang tertinggi undian terpilih sebagai calon JPP sesi 2009/2010 IPGM Dato` Razali Ismail.

Tahniah diucapkan kepada ahli-ahli JPP yang terpilih,semoga dapat membawa amanah yang diterima dengan penuh jujur,ikhlas dan semangat.Tidak dilupakan juga kepada SPR yang menguruskan proses pilihanraya dengan baik dan telus dalam mencari pemimpin bagi IPGM Kampus Dato` Razali Ismail bagi sesi 2009/2010.