Wednesday, July 15, 2009

Hati Kecilku.. (قلبي الصغير)

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Sahabat pembaca semua,aku mengambil kesempatan kali ini dengan mempersembahkan kepada kalian sebuah syair arab yang begitu indah bahasa dan maknanya.Aku mendapat inspirasi untuk mencari syair adalah daripada ustaz aku yang mengajar aku untuk sem ini.Aku amat mengagumi kepuitisan bahasa yang digunakan apabila mula berbicara memulakan tutur kata.Semoga apa yang dimiliki olehnya dapat aku miliki bersama..aminnnn..

Sama-samalah kita baca dan fahami apa yang terkandung dalam syair ini...


قَلْبِيْ الصَّغِيْرُ

Hati Kecilku..


حِيْنَ وُلِدْتُ أَعْطَيْتَــنِيْ قَلْباً صَغِيْراً خَالِيـــــــاً

Ketika dilahirkan, Kau berikanku hati kecil yang bersih..


مَلأْتُـهُ حُبّـــــــاً لَــكَ حُبّاً نَقِيّاً صَافِـيًــــــــا

Ku penuhi ia dengan cinta pada Mu..Cinta yang murni nan suci..

أَنْتَ حَبِيْبِيْ وَمَالِكِـــــيْ حُبُّكَ فِي قَلْبِيْ يَزِيْــــد

Kamu lah kekasih dan Pemilik Ku.. Cintamu pada hatiku, bertambah..


يَا مَنْ يَسُرُّنِي قُرْبُِــكَ سِوَى رِضَاكَ لا أُرِيْــدُ

Wahai yang dekatnya membahagiakanku.. ridha selain Mu tak ku inginkan..

قَلْبِيْ بِذِكْرِكَ يَطْمَئِـنُّ يَدْعُوْكَ رَبِّّي العَالِيَــا

Hatiku, dengan mengingat Mu,merasa tenang.. memohon kepada Mu tuhanku yang Maha Tinggi..


سُبْحَانَكَ وَبِحَمْـــــدِكَ يَرْجُوْكَ عَفْواً وَعَافِيَـا


Maha Suci engkau, dengan memuji Mu, ku memohon maaf dan ampunan Mu..


شُكْراً لِمَا أَهْدَيْتِـنِــــي قلباً بِذِكْرِكَ يَخْشَــــعُ

Syukur terucap.. untuk petunjuk yang Kau berikan padaku.. Hati ini, dengan menyebut Mu,merasakan khusyu’


ثَبِّتْهُ رَبِّي بِفَضْلِـــــكَ حَتَّى يُطِيْعُ وَيَسْمَــــعُ

Tetapkanlah hati ini dengan keutamaan Mu wahai tuhanku.. Sampai ia mentaati dan mendengar..


Syair oleh : Manshur Al Wawan

Penerjemah :Khairul Umam Al Batawy

Saturday, July 4, 2009

Kisah Si atuk,Si bapa dan Si anak

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

oleh:Diriku

Sahabat pembaca sekalian,kita selalu mendengar jika seseorang itu melakukan keburukan atau kejahatan semasa waktu mudanya mereka akan menerima perlakuan yang sama apabila sudah berusia.Sebagai contoh,jika hari ini kita sebagai seorang anak derhaka terhadap ibu bapa kita,kelak apabila kita bergelar sebagai bapa, anak-anak kita akan memperlakukan perkara yang sama terhadap kita.nauzubillahiminzaalik...Padahal sebagai seorang anak kita tidak sepatutnya derhaka terhadap ibu bapa kita yang telah banyak berkorban untuk kebahagian kita,namun hari ini kita dapat lihat anak-anak muda lebih menyanyangi awek,pakwe dan kawan-kawan mereka berbanding ibu bapa mereka.Apalah sebenarnya yang mereka ini pikirkan??Adakah mereka sedar mati sedanng mendekati kita dari hari ke hari??Adakah mereka ini tahu keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa mereka??
Sedarkah mereka tanpa redha Allah nerakalah tempat selayaknya bagi mereka??
Sahabat-sahabat pembaca,jika kita tidak terdetik rasa simpati dan sedih dalam diri kita apabila melihat kerosakkan dan kepunahan yang dialami anak-anak muda kita maka perkara yang sama akan berlaku kepada generasi muda kita di masa hadapan.

Allah berfirman,maksudnya:

"Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka berusaha mengubah diri mereka sendiri"

Disini aku bawakan satu cerita yang mana dapat kita lihat kesan perbuatan kita terhadap diri kita sendiri disuatu masa kelak.

Kisah ini tentang seorang anak yang terpaksa menjaga ayahnya yang sudah uzur.Saban hari dia merasakan hidupnya dalam kesusahan kerana terpaksa menjaga ayanhnya yang uzur itu,lebih-lebih lagi bila terpaksa mencuci najis ayahnya yang kencing dan berak sesuka hati.Tiap-tiap hari si anak mengeluh,aku sepatutnya enjoy dengan kawan-kawan bermain bola,shoping ,bersukan tapi apa yang aku buat,tiap-tiap hari duk menjaga si tua ni..huh...itulah keluhan si anak setiap masa.Bebanan si anak bukan setakat ayahnye saje tapi dia juga mempunyai seorang isteri dan anak yang hendak dijaga,keadaan ini telah menekan dia untuk membuat satu keputusan yang jauh diluar perikemanusiaan iaitu meninggalkan ayahnya di dalam hutan.
Satu hari,dia mengajak anaknye ke hutan dengan alasan nak bawa atuk hirup udara segar setelah lama terperap didalam umah je.Terjadilah dialog di antara mereka.

Ayah: Along,jom ikut ayah ke hutan!
Anak:Hutan? Nak buat apa kat hutan tu ayah?
Ayah:Saja bawa atuk ko ni kuar amek angin luar,nak ikut x?
Anak:000..kalu macam tu nak ikut la..
Ayah:Ha..kalu macam tu,along pergi amek kayu pengusung kat belakang.

Si anak cepat-cepat pergi ke belakang mengambil pengusung,lalu si tua diletakkan diatasnya.
Sambil berjalan mereka berbual-bual.

Ayah:Along besar nanti nak jadi macam siapa?
Anak:Along bila dah besar nanti,along nak jadi macam ayah.Ayah rajin dan baik.
Ayah:Iye ke bagus lah kalu along pikir macam tu.Jadi along kene contohi ayah betul-betul tau?
Anak:Sudah tentu..hehe

Si tua yang tak bermaya hanya mendengar perbualan dua beranak tu.
Sampai disatu tempat,mereka pun berhenti.

Ayah:Along,kita berhenti kat sini ye.Letak atuk dulu lepas tu kita rehat ye..
Anak:ok ayah.
Ayah:Along,jom kita balik.Hari pun dah nak gelap ni.
Anak:Eh,ayah..atuk ni jangan lupa.
Ayah:La,tak payah usung atuk tu,kita tinggal je dia kat hutan ni.Lagipun memang ayah berniat nak tinggal atuk ko tu dalam hutan ni,tak lah menyusahkan ayah lagi nati.Dah,jom balik!
Anak:Yelah ayah.Tapi saya nak bawa balik pengusung ni ek ayah.
Ayah:La,along nak buat apa je dengan pengusung tu? Tinggalkan je,tak de guna jugak kalu buat balik pun.
Anak:Tak boleh macam tu ayah.Tadikan ayah suruh along jadi macam ayah.Jadi along nak simpan lah pengusung ni supaya waktu ayah tua nati bolehlah along tinggalkan ayah kat dalam hutan ni macam atuk.

Si ayah terasa seperti batu besar tiba-tiba menghempap kepala apabila mendengar jawapan dari anaknye.Terdetik keinsafan dan rasa malu dalam diri dengan perbuatan yang tak sepatutnya dia buat sebagai seorang anak yang bergelar manusia.

Begitulah ceritanya sahabat-sahabat pembaca sekalian.Semoga isi daripada cerita ini difahami dan dijadikan sempadan bagi kita sebagai seorang anak.Segala apa ujian dan cabaran,sama-samalah kita bersabar menghadapinya.InsyaAllah..

Fikir-fikirkan dan kaitkan kisah ini dengan hidup kita di zaman serba maju ni...

wallhu a`lam...