Friday, June 18, 2010

Solat Berjemaah



Assalamualaikum...

Hari jumaat adalah penghulu segala hari. Dalam bahasa arab ia disebut Sayyidul Ayyam. Kalau hari jumaat memang tak dapat tidak wajib ke atas semua mukmin lelaki yang berakal dan baligh untuk menunaikan sembahyang jumaat. Tetapi ada rukhsah bagi mereka yang musafir namun ia perlulah mengikut syarat-syarat yang telah digarisksn oleh ulama`-ulama` berdasarkan hadith dan Al-Qur`an.

Selain mendirikan solat jumaat, kita perlu terlebih dahulu mendengar dua khutbah. Dalam perkara mendengar khutbah ini, banyak pendapat yang membincangkan hukum mendengar khutbah ini bagi orang yang ingin mendirikan solat jumaat tetapi bukan itu yang ingin aku berkongsi hari ni. Apa yang aku ingin kongsikan ialah tajuk khutbah yang dibicarakan pada hari ini dimasjid kampung aku.

Tajuk khutbah hari ni ialah pentingnya solat fardhu berjemaah di masjid dan surau. Bila aku dengar saja khatib membaca tajuk tu sikit tersentuh di hatiku ini. Adakah aku menunaikan 5 waktu solat aku berjemaah di masjid??? Namun aku tertunduk kerana aku tak dapat berjemaah sepenuhnya solat 5 waktu aku. Oleh itu aku tergerak untuk menyampaikan isi khutbah yang aku dengar supaya sama-sama kita dapat membawa perubahan kepada diri kita.

Allah ada berfirman di dalam Al-Qur`an maksudnya :

“ Dan berikanlah peringatan sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin”

(Az-Zariat:55)

Antara isi khutbah yang ingin aku tekankan adalah berkaitan 4 cara bagaimana untuk mempersiapkan diri bagi mendirikan solat berjemaah :-

1- Sentiasa mempersiapkan diri untuk solat fardhu berjemaah dimana sahaja.

2- Memastikan diri dan pakaian bersih apabila hendak mendirikan solat.

3- Mengetahui waktu masuknya solat.

4- Bersedia untuk menjadi imam dan bilal.



Untuk memberikan perkongsian yang lebih berkaitan tajuk ni aku telah mencari serba sedikit bahan-bahan untuk menghuraikan lebih lanjut supaya pemikiran dan pengetahuan kita lebih terbuka dan lebih terdedah.Sebagaimana yang kita tahu semakin ramai bilangan jemaah maka semakin besar pula fadhilat pahalanya. Solat jemaah adalah berlainan hukumnya menurut jenis solat yang dikerjakan, iaitu:

  1. Fardhu ain pada solat Jumaat;
  2. Fardhu kirayah pada solat fardhu lima waktu; dan
  3. Sunat pada solat jenazah dan solat-solat sunat yang disunatkan berjemaah padanya, seperti solat dua hari raya, solat gerhana bulan dan matahari, solat minta hujan, solat terawih dan solat witir pada bulan Ramadhan.

Tuntutan berjemaah pada solat fardhu ??


Tuntutan berjemaah pada solat 5 waktu yang selain daripad
a solat fardhu Jumaat, pada pendapat yang masyhur dan paling sohih menurut Imam an-Nawawi adalah tuntutan fardhu kifayah yang diwajibkan bagi orang-orang lelaki yang berakal, baligh, bermukim, mempunyai pakaian menutup aurat dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran syarie.

Jadi bererti apabila sesebuah kampung atau mukim mendirikan solat jemaah di tempat yang dikira menzahirkan syiar Islam seperti di masdjid atau surau, maka gugurlah dosa atas orang-orang kampung atau mukim yang tidak hadir bersolat jemaah. Tetapi sekiranya tidak didirikan solat jemaah maka semua penduduk kampung atau mukim itu berdosa.

Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa,

Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah.

Imam Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r.a:

Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak mempunyai orang yang boleh memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya Baginda telah membenarkannya, tetapi kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat yang dikumandangkan di masjid.

Fadhilat (kelebihan) solat berjemaah??


Fadhilat solat berjemaah a
mat besar sekali berbanding dengan solat bersendirian. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda).

(Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sebenarnya fadhilat solat berjemaah adalah bertali arus, sambung menyambung, mengembang dan membesar. Orang yang bersolat jemaah bukan sahaja mendapat setakat 27 darjat, malah dia akan mendapat banyak fadhilat dan keuntungan sampingan lain lagi semasa dia berulang alik ke masjid dan semasa dia berada dalam masjid.

Kajian Membuktikan Kelebihan Solat Berjemaah

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif.

Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.


Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama. Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan.

Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan

tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan

kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas

yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala

yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini b

erlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita. Menurut beliau lagi, setiap kali

kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat

berapa jam.


Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas p

ositif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi

proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat

Subuh didirikan 2 rakaat. Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah

otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak

daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan

Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab

itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk membe

ri ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.


Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang.

Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan s

ekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat

Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas

dengan lebih lama. Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak

lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa

yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya

dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuaidengan penggunaan tenaga

yng kurang berbanding 2waktu sebelumnya.


Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4

rakaat. Logiknya,pada waktu malam kita tidak

banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas

yang banyak. Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa

Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam

amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud

di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu

akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita

bangun malam (qiamullail).


Dalam kajiannya, professor

ini mendapati bahawaIslam adalah satu agama

yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang ter

sirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri

dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau

memeluk agama Islam.



Sahabat-sahabat pembaca sekalian, inilah serba sedikit perkongsian yang dapat aku kongsikan untuk kali ini. Semoga kita sama-sama dapat berjemaah dalam menunaikan solat fardhu 5 waktu kita..Ya Allah berikanlah kekuatan kepada kami untuk menunaikan perintah solat-Mu secara berjemaah dan jadikan solat yang kami dirikan mencegah kami dari perkara-perkara Fahsya` dan mungkar..amiiin..

Sumber :

http://spermaovum.blogspot.com/2009/03/sisipan-pengetahuan-fadhilat-solat.html

http://soleh.net/2008/09/08/kelebihan-solat-berjemaah/

Monday, June 14, 2010

Sedetik Bersama Seabad Terasa




Assalamualaikum....

Setelah lama terpisah. Masing-masing dengan haluan mereka sendiri. Ada yang dah bekerja, masih belajar, tengah praktikal dan ada yang dah berumah tangga. Mesti semua sahabat tertanya-tanya apa sebenarnya yang nak aku ceritakan..hehe..

Sebenarnya baru-baru ini (12 JUN 2010) aku dengan rakan-rakan sekolah mahmudiah (SMAM) dulu telah mengadakan satu majlis ‘reunion’ bagi ex-smam PMR 2004 dan SPM 2006. Reunion ini kami adakan di sekolah kerana kami ingin melibatkan guru-guru sekolah SMAM yang pernah mengajar kami suatu ketika dulu.

Idea untuk mengadakan reunion ni telah dicetuskan oleh beberapa orang sahabat aku iaitu Subki, Che Hazrien dan Fatin. Sahabat-sahabat lain menyambut baik apa yang dicadangkan termasuk la aku..hehe...walaupun begitu, banyak sekali cabaran dan kepayahan yang kami terpaksa lalui sepanjang usaha menjayakan reunion ini. Untuk menceritakan kepayahan dan cabaran itu mungkin tidak terasa jika aku yang ceritakan kerana penglibatan aku sepanjang usaha program tidak sepenuhnya daripada awal. Jadi cukuplah aku katakana bahawa banyak cabaran dan kepayahan yang kami perlu lalui.

Namun begitu, akhirnya semua usaha yang kami lakukan tidak sia-sia kerana reunion yang kami usahakan dengan penuh jerit perihnya (macam besar pulok majlisnya..kui3) berjaya dijalankan dan mendapat sambutan yang agak baik dari sahabat-sahabat lain. Walaupun kehadiran pada hari itu tidak sepenuhnya kerana ada kesibukan yang tak dapat dielakkan, namun mereka yang hadir pada hari tu sudah cukup bagi aku kerana suasana yang ceria dan mengembirakan pada hari tu.

Program hari tu sepatutnya bermula pukul 9 pagi tetapi kerana terdapat sedikit masalah program terpaksa bermula pada jam 10.30 pagi. Bagi program waktu pagi ni hanyalah untuk kami dan tidak melibatkan guru-guru. Kami bermain 3 jenis permainan iaitu cari getah dalam tepung, cari gula-gula dalam tepung dan belon air. Sebenarnya yang menguruskan permainan ini adalah aku sendiri..hehe..

Kami bermain hanyalah untuk suka-suka dan merapatkan lagi hubungan di antara kami. Yang aku sedikit risau hari tu adalah permainan yang aku rancang tu tak sesuai dengan pakaian sahabat-sahabat aku..mane nak sesuai, masing-masing pakai baju bergaya tetapi nak main tepung dengan air...hihi..walaupun pepun aku sangat berterima kasih kepada semua sahabat-sahabat kerana memberikan komitmen dan sudi untuk bermain pada hari itu...time kasih banyak-banyak semua...(^^). Lepas sukaneka tu kami ade buat sedikit aktiviti dewan yang mane konsep permainannya lebih kurang kotak beracun. Tepat jam 12.30 tengah hari kami berehat dan bersiap untuk majlis perasmian dan bersama guru pada jam 3.00 petang.

Majlis perasmian bermula pada jam 3.30 petang. Majlis dimulakan dengan bacaan doa daripada seorang sahabat saya, Faqehuddin yang merupakan ustaz di sebuah sekolah. Kemudian ucapan alu-aluan oleh pengarah program reunion iaitu saudara Subki dan seterusnya ucapan perasmian oleh tuan pengetua sekolah SMAM iaitu En. Mohamad Yakin. Setelah selesai ucapan perasmian dari tuan pengetua kami pun menjamu selera beramai-ramai. Program reunion pada hari tu bersurai pada jam 5.00 petang.






(jejaka yang hadir..hehe)









(muslimat yang hadir..hehe)





Ya Allah Ya Tuhan ku..aku memohon kepada-MU semoga ikatan persahabatan dan persaudaraan kami ini mendapat barakah dan berkat dari-MU dan semoga ia berkekalan sehingga ke SYURGA-MU..amiiin..


p/s : yang tak de dalam gambor tapi hadir minta maaf ye...gambo ni je yang daku ade..hehe

jgn marah ye..(^^)





Thursday, June 10, 2010

Ciri-ciri Sahabat yang Baik

Assalamualaikum...

Buat semua pembaca..artikel yang aku kongsikan sebelum ini berkaitan cara bagaimana untuk memilih sahabat. Kali ni aku ingin berkongsi pula apakah ciri-ciri sahabat yang baik? Semoga apa yang aku kongsikan ini dapat kita sama-sama ambil ia sebagai panduan dan contoh bagi diri kita. Semoga kita mendapat sahabat yang baik dan menjadi sahabat yang baik..insyaAllah...


Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuanNya."

Berdasarkan ayat diatas fitrah kejadian manusia ad
alah berpasangan. Bersahabat juga boleh kita katakan berpasangan. Oleh itu, kita tahu manusia ini diciptakan Allah SWT berbeza maka hendaklah kita memastikan perbezaan itu biarlah tidak pada akhlak dan perangainya yang jauh dari kebaikan. Dan hendaklah kita mencari sahabat yang sentiasa menyedarkan kita dari terjatuh ke lembah kelalaian dan kehinaan. Bak kata-kata :-


'’Sahabat yang paling b
aik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..'’


Namun begitu, janganlah hanya kita inginkan sahabat yang baik tetapi kita tidak menjadi seorang sahabat yang baik. Untuk itu kita sama-samalah kita menjadi sahabat seperti yang disebutkan didalam hadis ini :-


“Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)


Di samping itu, sahabat itu juga sebenarnya menjadi kayu ukur kepada orang lain tentang diri kita sendiri. Jika kita imbau sejarah nabawiyyah dan sahabat-sahabat dulu sifat-sifat yang ada pada diri mereka adalah terbitnya kerana persahabatan yang terjalin diantara mereka. Dan apa yang penting sifat yang dibawa oleh mereka adalah sifat-sifat mahmudah dan mulia.Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita dan juga mencerminkan siapa diri kita.


Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud:


“ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).



Pepatah arab juga ada mengatakan :-

“ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Berdasarkan semua coretan dan hujah di atas, aku ingin kongsikan kepada semua apakah ciri-ciri sahabat mulia yang digariskan oleh Imam Al-Ghazali.

“Imam Al-Ghazali berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan
melindungi kamu


2. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia
akan membantu kamu


3. Jika engkau menghulur
sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik


4. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu


5. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu

6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.

7. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu , dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.

8. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya

9. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta) dia akan menanyakan kesusahan kamu

10. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

11. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk atau maksiat.

12. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu
13. Jika engkau berkata
kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu

14. Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.


Oleh itu, aku mengharap
semua pembaca tidak kira usia berhati-hatilah jika memilih sahabat. Kerana sahabat, kita bahagia tetapi kerana sahabat juga boleh menjahanamkan kita. Hati-hatilah dan jauhilah sahaja sahabat seperti dibawah:

sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak,

dan ia hanya mementingkan diri sendiri.


sahabat hipokrit: ia
menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.


sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.


sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta , suka
berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.


Walau apa pun..biarlah ikatan
persahabat yang kita jalinkan adalah kerana mencari redha Allah SWT semata-mata dan mendapatkan kehidupan yang harmoni dan bahagia.

-aku dan sahabat-sahabat-

Ingatlah pesanan Al-Imam Asy-Syahid Hasan al-Banna :

"Jadilah seperti pohon mempelam,
walaupun dibaling batu,

tetapi masih memberikan buah yang manis kepada kita".