Wednesday, March 23, 2011

Hati-hati dengan berita daripada orang FASIK


Assalamualaikum.....

Peringatan hari ini yang aku dapat daripada kultum 7 minit adalah berkaitan dengan sikap berhati-hati kita dengan orang fasik. Allah ada menyebut didalam surah Al-Hujuraat berkaitan perkara ini. marilah kita sama-sama melihat mengapa Allah swt menurunkan ayat daripada surah Al-Hujuraat ini kepada kita untuk berhati-hati dengan berita atau perkhabaran daripada orang fasik.

Allah berfirman :

6. Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.

Banyak ahli tafsir menyebutkan bahwa ayat ini turun berkenaan dengan Walid bin Uqbah bin Abi

Mu’ith yang diutus Rasulullah SAW untuk mengambil sedekah atau zakat dari bani Musthaliq. Walid bin Uqbah adalah orang fasik yang dimaksud dalam ayat di atas. Hal ini telah diriwayatkan dengan sanad yang jayyid dalam Musnad Ahmad 4/279

حدثنا عبد الله حدثني أبي ثنا محمد بن سابق ثنا عيسى بن دينار ثنا أبي انه سمع الحرث بن ضرار الخزاعي قال قدمت على رسول الله صلى الله عليه و سلم فدعاني إلى الإسلام فدخلت فيه وأقررت به فدعاني إلى الزكاة فأقررت بها وقلت يا رسول الله أرجع إلي قومي فأدعوهم إلى الإسلام وأداء الزكاة فمن استجاب لي جمعت زكاته فيرسل إلى رسول الله صلى الله عليه و سلم رسولا لإبان كذا وكذا ليأتيك ما جمعت من الزكاة فلما جمع الحرث الزكاة ممن استجاب له وبلغ الإبان الذي أراد رسول الله صلى الله عليه و سلم ان يبعث إليه احتبس عليه الرسول فلم يأته فظن الحرث أنه قد حدث فيه سخطة من الله عز و جل ورسوله فدعا بسروات قومه فقال لهم إن رسول الله صلى الله عليه و سلم كان وقت لي وقتا يرسل إلى رسوله ليقبض ما كان عندي من الزكاة وليس من رسول الله صلى الله عليه و سلم الخلف ولا أرى حبس رسوله الا من سخطة كانت فانطلقوا فنأتي رسول الله صلى الله عليه و سلم وبعث رسول الله صلى الله عليه و سلم الوليد بن عقبة إلى الحرث ليقبض ما كان عنده مما جمع من الزكاة فلما أن سار الوليد حتى بلغ بعض الطريق فرق فرجع فأتى رسول الله صلى الله عليه و سلم وقال يا رسول الله إن الحرث منعني الزكاة وأراد قتلي فضرب رسول الله صلى الله عليه و سلم البعث إلى الحرث فأقبل الحرث بأصحابه إذ استقبل البعث

وفصل من المدينة لقيهم الحرث فقالوا هذا الحرث فلما غشيهم قال لهم إلى من بعثتم قالوا إليك قال ولم قالوا إن رسول الله صلى الله عليه و سلم كان بعث إليك الوليد بن عقبة فزعم أنك منعته الزكاة وأردت قتله قال لا والذي بعث محمدا بالحق ما رأيته بتة ولا أتاني فلما دخل الحرث على رسول الله صلى الله عليه و سلم قال منعت الزكاة وأردت قتل رسولي قال لا والذي بعثك بالحق ما رأيته ولا أتاني وما أقبلت إلا حين احتبس علي رسول رسول الله صلى الله عليه و سلم خشيت أن تكون كانت سخطة من الله عز و جل ورسوله قال فنزلت الحجرات { يا أيها الذين آمنوا إن جاءكم فاسق بنبإ فتبينوا أن تصيبوا قوما بجهالة فتصبحوا على ما فعلتم نادمين } إلى هذا المكان { فضلا من الله ونعمة والله عليم حكيم }

Telah menceritakan kepada kami Abdullah yang berkata telah menceritakan kepada

ku Ayahku yang berkata telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Sabiq yang berkata telah menceritakan kepada kami Isa bin Dinar yang berkata telah menceritakan kepada kami Ayahku bahwa ia pernah mendengar Al Harits bin Dhirar Al Khuza’i bercerita “Aku pernah datang menemui Rasulullah SAW , Beliau mengajakku masuk islam maka aku memeluk islam dan mengikrarkannya. Kemudian Beliau mengajakku mengeluarkan zakat, aku menunaikannya dan berkata “Ya Rasulullah aku akan pulang kepada kaumku dan akan kuajak mereka memeluk islam dan mengumpulkan zakat. Siapa saja yang mengikuti seruanku maka akan kuambil zakatnya dan kirimkanlah Utusan kepadaku Ya Rasulullah pada waktu begini dan begini untuk membawa zakat yang telah kukumpulkan itu. Setelah Al Harits mengumpulkan zakat dari kaumnya yang mengikutinya dan telah sampai masa datangnya utusan Rasulullah SAW ternyata utusan tersebut tertahan di jalan dan tidak datang menemuinya. Al Harits mengira bahwa telah turun kemurkaan Allah dan RasulNya kepada dirinya. Ia pun

mengumpulkan pembesar kaumnya dan berkata “Sesungguhnya Rasulullah SAW menetapkan waktu kepadaku dimana Beliau akan mengirim utusan untuk mengambil zakat yang aku kumpulkan, sungguh tidak pernah Rasulullah SAW menyalahi janji dan aku takut ini karena murka Allah. Oleh karena itu marilah kita pergi bersama-sama menemui Rasulullah. Adapun Rasulullah SAW telah mengutus Walid bin Uqbah menemui Al Harits untuk mengambil zakat yang dikumpulkannya. Ketika Walid berangkat di tengah perjalanan ia merasa

takut dan kembali pulang lalu menemui Rasulullah SAW seraya berkata “Ya Rasulullah sesungguhnya Al Harits menolak memberikan zakat kepadaku bahkan ia bermaksud membunuhku”. Maka Rasulullah SAW mengirim utusan lain kepada Al Harits dan Al Harits berserta sahabatnya juga berangkat. Ketika utusan Rasul keluar kota Madinah dan bertemu Al Harits , mereka berkata “inilah Al Harits”. Al Harits menghampiri dan berkata “kepada siapa kalian diutus?”. Mereka menjawab “kepadamu”. “Untuk apa kalian diutus kepadaku?” Tanya Al Harits.

Mereka menjawab “Sesungguhnya Rasulullah telah mengutus Walid bin Uqbah kepadamu dan ia mengaku bahwa kau menolak membayar zakat bahkan mau membunuhnya”. Al Harits berkata “Tidak benar, demi Rabb yang telah mengutus Muhammad dengan kebenaran, aku sama sekali tidak melihatnya dan tidak juga ia mendatangiku”. Setelah Al Harits menghadap Rasulullah SAW, Beliau bertanya “Apakah kau menolak membayar zakat dan hendak membunuh utusanKu?”. Ia menjawab “Tidak, demi Rabb yang telah mengutusMu dengan kebenaran, aku sama sekali tidak melihatnya dan tidak pula ia mendatangiku dan aku tidak datang kepadaMu melainkan ketika utusanMu tidak datang aku takut datangnya kemarahan Allah dan RasulNya. Pad

a saat itulah turun ayat Al Hujurat {Hai orang-orang yang beriman jika datang kepadamu seorang fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.} sampai {sebagai karunia dan nikmat dari Allah dan Allah Maha mengetahui lagi Maha bijaksana.}

Kedudukan Hadis
Hadis ini memiliki sanad yang jayyid (baik). Al Hafiz As Suyuthi dalam Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul surah Al Hujurat ayat 6 berkata

أخرج أحمد وغيره بسند جيد عن الحرث بن ضرار الخزامي
Dikeluarkan oleh Ahmad dan yang lainnya dengan sanad yang jayyid dari Harits bin Dhirar Al Khuza’i.

Kemudian Al Hafiz Suyuthi menyebutkan riwayat tersebut setelah itu ia berkata

رجال إسناده تقات
Para perawi sanad ini tsiqat

Al Haitsami dalam Majma’ Az Zawaid 7/238 hadis no 11352 juga membawakan hadis ini dan mengatakan bahwa para perawi Ahmad tsiqat. Ibnu Katsir dalam Tafsir Ibnu Katsir 7/370 ketika menafsirkan Al Hujurat ayat 6 telah membawakan hadis ini dan beliau menyatakan bahwa hadis ini hasan. Dalam Musnad Ahmad Tahqiq Syaikh Ahmad Syakir dan Hamzah Zain hadis no 18371 disebutkan bahwa “sanadnya shahih”. Pentahqiq kitab Lubabun Nuqul Abdurrazaq Mahdi juga mengakui bahwa sanad hadis ini jayyid dalam keterangannya terhadap

riwayat no 1014.


t

Tuesday, March 22, 2011

Sunnah Orang Berjuang





Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid memburu syahid..

Dibuang dia berkelana
Dipenjara dia uzlah dibunuh syahid
Namun jiwa tetap marak menuju cita
Membara demi Allah dan Rasulnya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah..orang berjuang..

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat meluah tenaga

Berjuang memang pahit..
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua pasti terjadi.
Tunggulah syahid atau menang..

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat meluah tenaga

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua pasti terjadi
tunggulah syahid atau menang..

Monday, March 21, 2011

Sebelum tidur....


Assalamualaikum...

Apa khabar imanmu wahai sahabat??
semoga sebagaimana sihatnya tubuh badan kita begitulah juga sihatnya IMAN kita.

Hari ini, aku ingin berkongsi apa yang telah aku dapat daripada Kultum 7 minit dibalai (surau ) tempat aku belajar. Pensyarah yang diberikan taklifan pada hari ini telah memberikan peringatan kepada kami tentang 4 amalan yang perlu kita lakukan sebelum tidur yang mana telah dinasihatkan oleh Rasulullah saw kepada Aisyah ra.

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,

3. Sebelum para muslim meredhai kamu,

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....

"Bertanya Aisyah :"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?

"Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah :

Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Bacalah salawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.

Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah.

Semoga 4 amalan ini dapat kita amalkan mulai saat dan hari ini. Jika nak mencari amalan dan sunnah baginda yang lain mungkin sukar dan melebihi kemampua diri kita jadi ambillah peluang dan kesempatan ini untuk mengamalkan sunnah baginda yang cukup senang ini dalam hidup kita semoga dengannya kita dapat menjadikan ia hujah dihadapan Allah dan Rasul-Nya. InsyaAllah.



Saturday, March 19, 2011

Nasihat buat lelaki...






Nasihatku..

Sudah lama hati ini memendam rasa Ingin saja ku luahkan segera agar ia menjadi nyata

Namun kekuatan itu belum tiba Kerana merasakan diriku ini sangat kerdil untuk menasihati Kerana merasakan ilmuku ini sangat cetek untuk ku kongsi
SayangNya Engkau pada hambaMu ini Ya Rahim..

KalamMu mengingatkanku dan mendorongku Dengan kata-kataMu yang indah seindah nama-namaMu

Dalam surah Al-Asr Engkau berfirman: ”Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.”

Aku tidak mahu menjadi insan yang rugi Aku mahu menjadi hambaMu yang beriman dan beramal soleh

Andai aku tiada lagi di dunia ini Mana mungkin aku dapat berpesan-pesan dengan kebenaran Dan berpesan-pesan dengan kesabaran..? Pastinya aku tak sanggup menanggung malu
Aku sedar aku tidak mampu untuk menegur secara terus pada kemungkaran yang aku tengok..sebab itu aku cuba menegur melalui penulisan kerana aku tetap mahu teguran itu sampai ke dalam hatimu wahai lelaki

Di hari pembicaraanMu kelak Andai tiada apa yang dapat ku sumbangkan untuk agamaMu yang mulia ini Sedangkan rahmatMu tika ku di dunia ini terus-terusan menghujaniku

Aku sedih melihatkan ramai pasangan yang bukan mahram Berdua-duaan di tempat-tempat sunyi Di taman-taman nan indah dan permai Bergurau senda dan ketawa riang Berjalan berdua-duaan berpengangan tangan Tanpa menghiraukan batas dan syariat pergaulan

Tak malukah dirimu pada pokok-pokok tempat kau bersandar ? Pada batu-batu yang kau pijak ? Pada burung-burung yang berterbangan ? Semua itu bukti kekuasaan Ilahi Yang akan menjadi saksi bagimu di Mahsyar nanti..

Aku mengharap dirimu dan diriku sebagai lelaki yang sejati yang berusaha mencontohi akhlak Nabi Muhammad yang disanjungi yang selalu menyebut-nyebut zikrullah dan hatinya terhibur dengan kalamullah

Ingin aku tegaskan di sini,
Penciptamu dan pasanganmu telah difirmankan dalam surah An-Nisaa’ ayat 34: ”Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan......”

Inginku tegaskan disini Lelaki adalah pemimpin..! Yang bakal memimpin anak-anak dan isteri dengan penuh hikmah dan kesabaran samaada menuju neraka atau syurga Firdausi Kuatkan jati dirimu, tingkatkan ilmumu mana mungkin lelaki yang goyah imannya Mampu membentuk generasi Islam yang cintakan Allah dan Rasulnya..?

Cinta itu fitrah insani Cinta itu hadiah Ilahi Setiap hati pastinya gembira dan suka tatkala menerima hadiah
Namun wajarkah hadiah lebih dicintai berbanding Pemberi Hadiah? Di mana hilangnya sifat syukurmu..?

Duhai lelaki sejati Fitrah ini perlukan hidayah Jika tidak fitrah akan menjadi fitnah Lalu menjerat dirimu sendiri...
Tidak kunafikan di sekelilingmu terlalu banyak dugaan Yang datang lebih-lebih lagi dari kaum hawa..namun sedarlah Dirimu itu pemimpin Binalah kekuatan dalamanmu dengan keyakinan padaNya

Kerana syariat itu, awalnya kelihatan sukar dan pahit Tetapi bila dilaksanakan manis dan bahagia

Sedangkan kemungkaran itu Pada awalnya nampak manis dan menyeronokkan Tetapi bila dibuat pasti ada penyesalan dan keresahan
Yakinlah duhai lelaki dengan Allah yang Maha Mengabulkan ” Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar” (Al-Baqarah: 153)

” Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh untuk mencari keredhaan Kami benar-benar akan Kami tunjukkan mereka jalan-jalan Kami.”(Al-’Ankabut: 69)

Solehkanlah dirimu, Insya-Allah cinta wanita solehah turut kau miliki...

Inginku tegaskan di sini Lelaki adalah pemimpin...!

Binalah prinsip hidupmu berdasarkan Al-quran dan As-Sunnah Janganlah engkau menurut sahaja kemahuan wanita yang bakal kau pimpin Tanpa memikirkan baik buruk buat dirinya Lelaki yang sejati itu Sangat pemurah dalam memberi nasihat dan teguran Dan dia seorang yang bijak dalam menjaga hati
dan perasaan Duhai lelaki sejati

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad SAW telah bersabda:

” Dinikahi wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya , kerana kecantikannya dan kerana agamanya maka pilihlah yang mempunyai (mengamalkan) agama, ia menyenangkan kamu.” (Riwayat Muslim)

Jagalah hatimu dan jagalah hatinya Kerana hati ini milik Allah Dan kepada Allah sahajalah hati ini selayaknya diberikan..










Tuesday, March 8, 2011

Sajak Peringatan Buat Musafir Dunia


Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan

Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?

Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara

Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan

Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang
tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging


Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patok itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna Harta, tahta dan
putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia.

Wallahua'lam.