Saturday, April 16, 2011

Kartun Nasihat

" AURAT DAN MARUAH "


" MAKANAN HALAL vs PERGAULAN HALAL "

" SUSAH dan USAHA "


" MARAH MANUSIA vs MURKA ALLAH "

Semoga kita mendapat sesuatu daripada kartun ini, bukan hanya sekadar bacaan semata-mata...insyaAllah..

Friday, April 8, 2011

Manusia...


Manusia,

Mereka ingin berubah. Sentiasa mengingati Allah, sentiasa takut akan azab-Nya, sentiasa taat pada perintah-Nya, dan sentiasa jaga batas pergaulan. Mereka yakin dan percaya, mereka yang dijaga oleh Allah, pasti akan dijaga daripada segala perkara-perkara buruk dan maksiat sama ada kecil ataupun besar.

Manusia,

Takala merasakan diri mereka cukup bahagia dengan hidayah Allah, Allah menguji diri mereka. Allah menghadirkan mereka dengan perasaan kasih dan cinta. Diri mereka dimewahkan dengan kata-kata pujian, dengan gurindam rindu dan madah-madah cinta yang sebelum ini tidak pernah meneroka hati dan jiwa mereka.

Manusia,

Mereka percaya cinta dari Allah, tapi mereka lupa itu bukan caranya. Mereka alpa. Hatinya sudah tidak seperti dahulu. Hatinya dilimpahi rasa rindu pada cinta. Rindu si nafsu yang mengwar-warkan kemanisan cinta manusia. Bukan mereka tidak sedar mereka sudah berubah, bukan juga mereka tidak sedar bahawa ketenangan hati yang pernah dianugerahkan oleh Allah semakin menjauhi, namun mereka menutup kesedaran itu dengan janji dan kata-kata cinta.

Manusia,

Mereka sudah jauh dari hidayah Allah. Iman mereka rapuh, syaitan menari-nari tatkala mereka membenarkan diri mereka dilalaikan dengan perkara-perkara lagho walaupun dirasakan tidak melanggar batasan pergaulan.

Adakah mereka takut dengan dosa atau dengan azab Allah?. Ya, mereka sedar tetapi separa sedar. Rasa kasih dan cinta itu mulai melebihi segalanya. Namun, syukur pada Allah, Allah masih sayang pada hambanya. Pintu Taubat melebihi segala-galanya. Mereka gagal menawan mahkota dirinya. Saat diri mereka berutus kasih dan cinta, mereka masih lagi solat, mereka tidak lupa tanggungjawab agama. Namun solatnya masih tidak sempurna lalu robohlah benteng imannya dipukul ombak nafsu kasih dan cinta manusia.

Manusia,

Tiba suatu masa !. Allah menurunkan hidayah pada diri mereka. Di saat mereka menyepikan diri seketika, mereka terasa dilanda rasa berdosa. Mengingati kembali dosa-dosa yang dilakukan, mengalir air mata kekesalan. Disaksikan kegelapan malam, Mereka bangun untuk bersolat taubat. Menangislah mereka sepuas-puasnya. Mereka memohon petunjuk pada Allah, mereka ingin kembali, kembali atas cinta. Demi cinta Allah yang tidak pernah berpaling dari hidup mereka dan mereka nekad untuk berubah.

"Demi cinta Allah yang dikejar, kuatkan hati kami untuk bertahan, berikan kami kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan pertolonganMu di saat-saat kami hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu untuk kami terus di jalanMu. Ya Allah! Kami memohon keampunan kepadaMu."