Thursday, January 9, 2014

Belum terlambat lagi.....

Assalamualaikum...
Bismillahhirrahmanirrahim.....

Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua.....masih belum terlambat rasanya saya ingin mengucapkan selamat tahun baru 2014 buat semua sahabat pembaca dan moge sentiasa dirahmati Allah swt hendaknya...


Bila datang tahun baru maka perkataan yang paling famous akan bermain dibibir mulut kita dan juga "bibir" media massa ialah 'azam baru' dan 'azam lama......yang baru untuk tahun yang baru tiba yang lama untuk tahun yang dah lepas pergi meninggalkan kita....

bagi saya, 'azam baru' bagi setiap tahun itu tidak menjadi masalah bahkan baik jika kita mampu membuatnya kerana seolah-olah kita sudah ada arah tuju kemana dan bagaimana kita ingin mengisi hari-hari kita dalam tahun yang kita lalui....namun yang terbaik adalah bina azam itu yang membuatkan kita lebih baik daripada semalam atau sebelum ini.....

Azam yang kita ingin laksanakan itu juga seharusnya mendekatkan diri kita lebih dekat dengan Allah SWT dan menjauhkan diri kita daripada murka-Nya dan sedih Kekasih-Nya (Nabi Muhammada SAW). Oleh itu, saya menyeru kepada semua sahabat pembaca, masih belum terlambat lagi untuk mereka yang belum meletakkan azam bagi diri mereka untuk tahun ini dan bagi mereka yang telah membuat azam namun tidak menuju kepada Sang Pencipta Dunia, jom sama-sama kita membuat azam yang akan mendekatkan lagi kita kepada Allah SWT dan Rasul-Nya supaya kehidupan dunia ini dilalui dengan penuh rasa ketenangan dan bahagia hingga ke Syurga-Nya....insyaAllah....
inilah peluang kita untuk menjadi insan-Nya yang di Kasihi dan di Redhai.....




                                                                     Yang benar : TSI

Wednesday, March 14, 2012

Kata-Kata Semangat buat Diri, Teman dan Kita..

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum....

Keberadaan ana seperti 'chipsmore' kejap ada kejap tiada..hehe..pepun, ana akan cuba tidak terus menghilang..insyaAllah...kali ini hanyalah perkongsian buat semua sahabat-sahabat dengan kata-kata semangat...moge ia memberi semangat buat semua....(^_^)

Kata-Kata Semangat Buat Diri

Kadang-kala diri tidak bersemangat untuk membuat sebarang pekerjaan. Semua benda yang diri buat rasa serba tak kena. Seperti ada sesuatu yang hilang. Tapi tak pula diri tahu apa benda yang hilang itu. Disaat itu, diri sangat-sangat memerlukan teman. Teman untuk diri mendapatkan semula semangat yang hilang. Kata-kata semangat dari seorang teman itu diharapkan, akan dapat membantu menaikkan semula semangat diri yang hilang.Sudah menjadi lumrah, kadang-kadang, teman yang dicari itu tidak pula ditemui. Secara tiba-tiba teman baik diri itu sibuk sendiri. Kelibat mereka tak pula kelihatan. Puas mata mencari tetapi tak jumpa juga.Atau mungkin juga, diri tak punya teman baik, teman baik itu belum lagi ditemui. Mereka masih lagi dikalangan orang ramai. Menanti saat, tika dan jodoh untuk bertemu dan dipertemukan. Hati terasa sepi kerana teman baik tak ditemui lagi.Tetapi percayalah dalam hati. Diri masih punya Dia. Dialah tempat untuk diri mengadu. Dia ada di mana-mana. Dialah Allah, Tuhan sekalian alam.

Kata-Kata Semangat Buat Teman

Teman ku percayalah. Belum tiba lagi masanya untuk mu, merasa nikmat yang kau mahu nikmati itu. Mungkin si dia yang sebelum ini, bukan tercipta untuk mu. Akan tetapi janganlah kau putus asa dengan rahmat Tuhan yang maha Esa.Si dia yang kau tunggu itu pasti ada. Kerana setiap anak Adam itu sudah lumrahnya berpasangan. Tiba saat dan ketikanya, pasti kau juga akan merasa nikmat yang kau cari itu. Nikmatnya dicintai dan nikmatnya mencintai. Lagi indah apabila cinta itu disulami dengan redha Ilahi.Kata-Kata Semangat Buat DiriKadang-kala aku terfikir, apakah betul setiap tindakan yang aku ambil? Bolehkah begini? Bolehkah begitu? Andai begitu apa ceritanya? Andai begini apa jadinya? Persoalan yang kadang-kala tak terjawap, sepi.Mencari teman baik buat bicara. Mencari teman baik buat mengadu. Mencari teman baik buat bermanja. Keinginan setiap insan normal, inginkan seorang teman baik sebagai teman. Selagi hayat dikandung badan.Namun tak mudah juga. Matlamat itu tak menghalalkan cara. Niat dihati ingin berkenalan, tapi masih belum kesampaian. Takut hanyut dalam kelalaian. Tak sedar tersasar dari tujuan. Semakin jauh dari jalan kebenaran.Kata orang “seeing is believing.” Tapi tak semudah yang diperkata. Kadang-kala yang dilihat itu diluar norma. Biasa bagi mereka, tapi luar biasa bagi-Nya.

Kata-Kata Semangat Buat Kita

Kata-kata semangat buat teman. Kata semangat sebagai ingatan. Buat diri ku juga seorang insan. Memperbaiki diri memperbaiki teman, dengan cara saling ingat-mengingatkan.Buat kamu wahai teman, buat ingatan, buat sempadan. Buat kau juga wahai diri ku, agar kau sematkan dalam ingatan. Kuatkan semangat teruskan perjuangan, untuk mencari redha Tuhan.

Kata-kata semangat buat teman,
kata-kata semangat buat diri,
kata-kata semangat buat kita.


credit to : http://akulearn.com