Thursday, March 5, 2009

PRU IPGMKDRI


Hari ni 5 mac 2009,Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Dato` Razali Ismail telah mengadakan pilihan raya umum untuk mencari calon-calon JPP sesi 2009/2010.

Banyak jugak calon yang masuk bertanding pada kali ini.Seramai 40 orang calon menunggu untuk di pangkah oleh penggundi-penggundi.Penamaan calon telah dilakukan pada 26 feb 2009.


Pada hari khamis,5 mac 2009,pilihanraya telah dijalankan.Pilihanraya ini diuruskan sepenuhnya oleh batch OUM merangkap SPR pilihanraya kampus.Proses undian dilakukan sepanjang hari tersebut dengan dimulai oleh batch KPLI dan diikuti btach sem 5,sem 3,sem 1 dan sem 2.Masa undian untuk setiap batch adalah selama satu jam dan bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir pada jam 1 tengahari.Sepanjang proses undian,pihak SPR ada menyiarkan keputusan semasa bagi undian yang telah dilakukan untuk meberikan gambaran awal bakal-bakal ahli JPP yang baru bagi sesi 2009/2010.

Pada pukul 3 petang,keputusan rasmi pilihanraya telah diumumkan oleh En.Yahya bin Osman selaku Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPGM Kampus Dato` Razali Ismail.Daripada 40 calon yang bertanding hanya 25 calon yang tertinggi undian terpilih sebagai calon JPP sesi 2009/2010 IPGM Dato` Razali Ismail.

Tahniah diucapkan kepada ahli-ahli JPP yang terpilih,semoga dapat membawa amanah yang diterima dengan penuh jujur,ikhlas dan semangat.Tidak dilupakan juga kepada SPR yang menguruskan proses pilihanraya dengan baik dan telus dalam mencari pemimpin bagi IPGM Kampus Dato` Razali Ismail bagi sesi 2009/2010.

Saturday, February 28, 2009

Riadah Ukhuwwah




Sebelum ku mulakan coretan..aku ingin membetulkan fakta dari blog aku yang lepas,dimana aku tersilap mengatakan umur ku 18 tahun,padahal yang sebenarnya umur aku sekarang dah mencecah angka 2o tahun...(dah nak masuk remaja)...






Tanggal 21 februari 2009,Sabtu,aku bersama rakan-rakan sekelas ku telah pergi menikmati keindahan dan kenikmatan alam ciptaan ALLAH SWT di sebuah tempat yang diberi nama "LATA BELATAN" di Besut.Program ini sebenarnya ku sangkakan satu "ajakan ayam" semata-mata tapi akhirnya sangkaan ku jauh tersasar dari landasannya..hehe..

Aku dan rakan-rakan pergi ke sana dengan menaiki sebuah VAN,KERETA dan 2 buah MOTOSIKAL.Aku pada hari itu menjadikan diriku seorang drebar yang membawa penumpang ke destinasi yang mereka tuju.

Kira-kira jam 7 pagi (lebih-lebih skit ah..hehe) ,aku semua bertolak ke destinasi.Kereta yang aku bawa dimuatkan dengan bermacam-macam barang dan juga orang(ragam pun bermacam-macam).Seingat aku,perjalanan ke destinasi lebih kurang 1 jam lebih dan aku sampai disana pada pukul 8 .15 pagi(x tepat sgt..hehe).Kebetulan pada hari tu,hujan turun namun x terlalu lebat dan x terlalu renyai jugak tapi sederhana ah.

Banyak aktiviti yang aku dan rakan-rakan buat pada hari itu.Secara kasarnya,kami ada buat BBQ,main air dan juga sedikit sukan.Namun begitu,semua tu indah khabar dari rupa(sapelah yang bertanggungjwab..huhu).,pemainan yang kami dapat main hanyalah makan buah epal dalam air dan belon beracun(sama waktu dengan bola beracun)..ish3x..Tapi `ala kulli hal,bagi aku aktiviti yang kami buat tu menariklah jugak..hehe..



Mesti ade yang tertanya-tanya,perempuan dengan lelaki ni mandi sama2 ke..ish3,sape ade persoalan mcm tu cepat2 lah buang yer..Untuk pengetahuan semua,kami mengasingkan tempat riadah bagi muslimin dan muslimat.Jadi senang bagi kami melakukan aktviti masing-masing mengikut GENDER..Seronok juga main dalam air tu cumenye yang aku tak tahan air dia sejuk sangat sampai badan aku yang "slim" ni terketar-ketar..eeeeeeeeee..sejukkkkk..!!

UDoh letih apa lagi kami pun serbu ah makanan yang di sediakan oleh 2 orang tukang masak yang sukarela dari SELANGOR hehe..Makanan yang paling ketara menonjolkan kehebatan 2 tukang masak ni adalah aym BBQ..(no komen..nak tau jumpe le pihak berkenaan..huhu).Dah siap makan semua,ade lagi aktiviti sebelum balik dan kemas barang.Pasal aktiviti last ni memang seronok dan panas jugak lah sebab ade unsur-unsur mengata dan perli tapi aku rilex je tak tahu ah yang lain macam mane..???..arapnya semua ok dan rilex je..hehe

Tepat jam 3.3o ptg kami bertolak balik ke maktab, tetapi sebelum itu kami singgah di rumah sorang sahabat kami di kg Gerai.DI sana sempat ah makan skit2 dan minum air tea panas.Syukur....=)

Dalam perjalanan balik kami semua terpecah kepada beberapa kumpulan.Kumpulan pertama,SARDIN(yang naik VAN..jgn marah yer..hehe) dengan MOTOR honda WAve,kumpulan kedua,kereta kancil dan kumpulan ketiga,MOTOR honda X-cite(betul dop au ni..hehe)..Nak dijadikan cerita kumpulan kedua tu telah berhenti dalam perjalanan untuk makan cendol pulut dan sotong goreng tepung(tu jer nok citenye..ahaha).

Akhirnya kami selamat sampai ke maktab lebih kurang jam 6 petang.Dan boleh lah dikatakan kumpulan kedua sampai dalam 10 minit lewat..hehe.Apa-apa hal pun,kami panjatkan setinggi kesyukuran ke hadrat ALLAH SWT kerana memberikan kami kekuatan dan keselamatan sepanjang aktiviti dan perjalanan.Di harapakan ukhuwah yang terbina semakin kuat umpama "kuatnya gam gajah dan yang sewaktu dengannya"....

p/s:"Tidak sempurna IMAN seseorang itu sehingga dia mengasihi SAUDARANYA sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri"
-hadis-