Tuesday, February 9, 2010

Istikharah Wasilah ku..!

“ Bagaimana kita nak tahu si dia terbaik untuk kita atau tak?”

“ Dia kata, dia akan tetap cuba mendapatkan saya sebab dia nampak saya dalam mimpi lepas solat istikharah. Macam mana tu? Perlu ke saya terima dia padahal saya tak yakin pun dengannya?”

“ Saya takut nak buat istikharah. Takut nanti nampak apa yang saya tak berkenan”.

“ Lepas istikharah mesti nampak dalam mimpi ke?”

Inilah persoalan atau pertanyaan yang sering bermain di fikiran remaja-remaja kita sekarang. Tambahan pula di usia yang mana sesuai dan berkeinginan untuk mencari pasangan hidup semakin membuak-buak. Istikharah adalah satu daripada penyelesaiannya kerana kita percaya bahawa jodoh kita telah ditentukan dan tercatat di Luh Mahfuz oleh Allah Yang Maha Kuasa.

Oleh kerana itu, saya telah menguatkan diri untuk mengambil satu artikel dari sebuah majalah berkaitan istikharah. Mengapa? Ini adalah kerana saya merasakan ia satu perkara atau topik yang penting bagi kita remaja yang mana bakal menempuh gerbang perkahwinan. Jangan kita katakan mereka yang memikirkan kahwin ini gatal dan ulat bulu sedangkan banyak lagi perkara lain yang perlu difikirkan. Pada saya, percayalah mereka yang tidak pernah terfikir akan perkara ini akan tercari-cari seolah-olah orang yang sesat di tengah hutan bila sampai masa itu nanti.

Selain itu, perkahwinan itu merupakan satu ibadah kepada kita jika mana kita meniatkan dan membawa perkahwinan itu di atas peraturan yang di gariskan oelh Allah SWT. Berbalik kepada istikharah. Saya akan menghuraikan beberapa perkara berkaitan istikharah ini berdasarkan penulisan seorang penulis di dalam sebuah majalah.


Galakan Istikharah


Ulama salafussoleh bersepakat bahawa istikharah itu sunah bukan wajib. Kata Jabir bin Abdullah: “ Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan sebagaimana Baginda mengajar kami satu surah daripada Al-Qur`an, sabdanya: “ Apabila seseorang kamu mempunyai rancagan untuk melaksanakan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini…” (Riwayat Bukhari)

Imam al-Syawkani berkata dalam Nayl al-Autar bahawa istikharah disyariatkan di dalam islam dan tidak diketahui terdapat khilaf padanya.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “ Salah satu sumber kebahagian anak Adam adalah beristikharah kepada Allah dan reda dengan apa yang ditentukan kepadanya. Manakala keburukan anak Adam ialah meninggalkan istikharah dan membenci apa yang telah ditentukan kepadanya”.

(Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi)

Apa yang dapat saya huraikan disini adalah Rasulullah s.a.w menggalakkan kita supaya melakukan solat sunat dua rakaat(istikharah) dalam melakukan apa saja keputusan dalam kehidupan ini. Ini adalah kerana setiap apa yang kita rancang ada kuasa (Allah) yang lebih mengetahui akan keberkesanan perancangan itu. Hal ini ada kaitannya dengan pemilihan jodoh.


Apa itu Istikharah?


Istikharah merupakan satu doa dalam membuat sesuatu pilihan sama ada dilakukan dengan cara berdoa sahaja ataupun sebaik-baiknya solat sunat terlebih dahulu kemudian diikuti dengan doa. Solat ini dilakukan bukan dalam urusan memilih jodoh semata-mata bahkan dalam apa jua

urusan yang melibatkan dilemma membuat pilihan.Contohnya, nak beli kereta Kancil atau Viva apabila dah mula kerja nanti, nak balik kampong atau ikuti program kepimpinan ketika cuti semester depan, nak pilih kursus undang-undang Sivil atau Syariah, dan sebagainya. Serahkan kepada Allah dalam membuat pilihan dengan istikharah dan musyawarah (berbincang).Namun tiada istikharah d

alam menolak perintah Allah.


Petunjuk Istikharah Melalui Mimpi??


Petunjuk istikharah tidak semestinya dalam bentuk mimpi. Malah boleh hadir dalam bentuk ketenangan hati. Demikian pendapat Imam Nawawi dan disokong oleh kebanyakkan ulama. Dalam hal ini saya ada sebuah cerita yang berkaitan dengan mimpi seorang ustaz saya dengan isterinya sekarang, saya doakan mereka kekal bahagia selama-lamanya insyaAllah. Nak dimudahkan cerita, ustaz

saya melakukan istikharah dalam mencari jodoh namun yang mendapat petunjuk siapa jodohnya dia adalah kakak beliau. Apa yang saya nak katakan disini bahawa petunjuk mimpi itu bukan hanya kita yang dapat namun mungkin di kalangan ahli keluarga kita yang mendapat petunjuk itu bagi pihak kita segala-galanya kuasa Allah s.w.t. Setelah beristikharah dan berbincang kemudian diteguhkan pendirian dan dipermudahkan jalan ke arahnya, itu pun suatu petunjuk.

Jika seseorang itu mengalami mimpi yang menenangkan hatinya sete

lah istikharah, ianya hanyalah satu bonus daripada Allah s.w.t buatnya. Petunjuk tidak semestinya melalui mimpi !

Jangan kita terpedaya dengan seseorang yang berhujah dengan mimpinya sendiri untuk memaksa orang lain menerima dirinya. Mimpi orang lain tidak boleh menjadi hujah yang kuat bagi kita! Hatta kalau kita sendiri yang bermimpikan seseorang setelah istikharah, kita mesti memastikan terlebih dahulu mimpi itu tidak dipengaruhi oleh kecenderungan tertentu akibat tidak menjaga hati dan membiasakan diri dengan banyak perkara melalaikan. Imam Ibn Hajar al-Asqalani menekankan supaya jangan cenderung kepada salah satu antara dua atau lebih pilihannya sebelum membuat istikharah.(Fath a-Bari,11/223).

Sebaiknya jangan sandarkan keputusan sepenuhnya kepada mimpi tanpa mempertimbangkan hujah yang jelas dengan perbincangan melalui petunjuk al-Qur`an dan sunah.


Wanita dan lelaki perlu usaha??


Wanita dan lelaki perlu berusaha dalam perkara berkaitan jodoh. Mereka haruslah berusaha menyediakan diri sebagai produk “soleh” dan “solehah” yang diidamkan. Produk yang bermutu tinggi akan mempunyai permintaan tinggi didunia dan akhirat. Apabila sesuai masanya dan tepat orangnya, serahkanlah “kesediaan hati” untuk dirisik,merisik dan dipinang,meminang dengan jalan yang syarak

.

Berkawanlah dengan rakan-rakan sama jantina yang soleh dan solehah. Jodoh anda mungkin dalam kalangan kenalan mereka, adik-beradik atau saudara mara mereka dan sebagainya, yang soleh dan solehah seperti mereka. Jelaskan niat bahawa itu bukan matlamat, tetapi wasilah semata-mata.

Jika anda terpikat pada agama dan akhlak seorang wanita atau lelaki dan anda ingin memulakannya pilihlah cara melalui orang tengah. Ingatlah bahawa dengan menggunakan orang tengah dapat menjauhi fitnah dan itu adalah cara yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Jodoh itu telah ditetapkan, beza

nya sama ada kita mendapatkannya dengan cara mulia atau cara sebaliknya. Pilihlah yang terbaik!





Sunday, January 31, 2010

Kritikkan ?? Baik atau Buruk??

Anak seorang tukang ukir hairan mengapa bapanya terus mengkritik hasil kerjanya.Padahal hasil ukirannya sudah terjual dengan harga yang lebih mahal daripada hasil ukiran bapanya.
"Ayah,dahulu ketika hasil ukiran saya dijual dengan harga RM40, ayah menegur hasil kerja saya. Mengapa?" tanya si anak.
"Memanglah kerana pada waktu itu hasil ukiran ayah sendiri terjual dengan harga RM50," sahut ayahnya dengan perlahan.
"Tetapi apabila hasil kerja ukiran saya terjual RM50 pun ayah masih mengkritik hasil kerja saya. Mengapa? Bukankah hasil kerja saya telah meningkat?"
Ayahnya tersenyum seraya berkata," Sebab pada waktu itu hasil kerja kamu cuma menyamai hasil kerja ayah. Itu belum boleh dianggap satu kejayaan besar." Anaknya tidak puas hati.
"Nah, semalam hasil ukiran saya berjaya dijual dengan harga RM60! Sudah melebihi harga ukiran ayah. Bukankah itu satu kejayaan besar? Tetapi ayah masih terus mengkritik hasil kerja saya,".
"Nak, sejak sekian lama pernah kau lihat hasil ukiran ayah terjual lebih atau kurang daripada RM50?'' tanya si ayah. Si anak terdiam sebentar.
"Sepanjang ingatan saya, tak pernah".
"Mengapa agaknya?''
"Saya tidak tahu ayah!"
"Fikirkan", tekan si ayah.
"Betul ayah, saya tidak pasti".
"Jawabnya, sebab ukiran ayah tidak pernah meningkat mutunya. Hanya ditakuk lama", kata si ayah.
Anaknya terus diam.
"Kamu tahu kenapa hasil ukiran ayah tidak bertambah baik mutunya?"
"Er,er saya....tidak tahu ayah".
"Sebab datuk kamu tidak pernah mengkritik hasil ukiran ayah. Dia diam dan selamba sahaja.
Jadi, ayah tidak mahu mengulangi kesilapan datuk kamu. Sekarang ayah akan terus mengkritik hasil kerja kamu supaya ia terus meningkat dan meningkat. Jika tidak, harga ukiran kamu akan terus ditakuk lama seperti hasil ukiran ayah sekarang ini!"

Pengajaran:

Kritikan atau nasihat yang betul dan adil adalah pendorong dan pemantau kepada kualiti kerja yang tinggi. Sikap terlalu cepat berpuas hati dengan hasil kerja akan membunuh semnagat untuk terus menambah ilmu,kemahiran dan kegigihan. Jangan berlunjur sebelum duduk!
Sepertimana kata Saidina Ali Karramallahu wajhah (kalau tak silap saya la..kalu salah betulkan ye..)
"Lihatlah pada nasihat dan janganlah tengok kepada orang yang menasihat"
Kata-kata ini ada kaitannya dengan kritikan. Jika kita perhalusi, kata-kata ini intipatinya adalah untuk menyeru manusia supaya menerima apa saja nasihat atau kritikan yang baik walaupun nasihat itu datang bukan dari orang yang baik mahupun thiqah(alim) kerana ia dapat membantu kita dalam meningkatkan hasil kerja mahupun amal ibadah kita..insyaAllah..
Semoga selepas pada ini, dapatlah kita sama-sama mengamalkan apa isi atau pati yang terkandung dalam kisah pada kali ini.


Sumber: Solusi isu no 15