Saturday, October 9, 2010

Duhai manusia...sedarlah !!


Assalamualaikum...


Aku terjumpa satu kisah menarik yang boleh kita sama-sama renungi, lebih-lebih lagi mereka yang suka mempermainkan hukum dan perintah Allah swt..selamat membaca dan membuka pintu rumah iman anda...INSYAALLAH..


Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.


Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan ada

t serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki.... " nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: "Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakai

an menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?" Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. " Jika ISLAM itu BENAR,tempatkan bilikku di Neraka ,Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.



Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.


Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkeja

r untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.


Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na'uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.


Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. H

anya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul 'alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.


Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang tersebut . Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.


Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita, amin.

Friday, October 8, 2010

..Penyucian Jiwa Insan..



Assalamualaikum...

Duhai sahabat pembaca yang ku hormati sekalian, kali ini aku ingin menekankan topik berkaitan dengan penyucian jiwa. Aku cuba membicarakan topik ini adalah kerana aku merasakan suasana (bi`ah ) masyarakat terutama disekeliling ku ini semakin hari semakin jauh daripada agama apatah lagi dalam mengingati Allah dan membuat amalan-amalan soleh seperti SOLAT, PUASA dan selainnya. Jika sahabat pembaca sekalian pernah membaca akan sejarah Muhammad bin Abdul Wahab yang mana dikatakan mencetuskan aliran wahabbi pasti kalian merasakan aku seperti mengikut cara beliau. Iya memang benar, aku sedang mengikut cara beliau dalam menyedarkan masyarakat akan kepentingan menjaga kesucian jiwa dan kesucian AGAMA ISLAM.

Sedikit sejarah tentang Muhammad bin Abdul Wahab, beliau telah membawa masyarakat di tempat beliau pada zaman itu keluar daripada kesibukkan dunia sehingga melupakan urusan agama dan kerohanian. Beliau telah menyeru masyarakat dengan kembali kepada Al-Qur`an dan Sunnah supaya hati-hati mereka kembali kepada mengingati ALLAH swt.

Oleh disebabkan itulah, aku merasakan perlunya aku mengingati dan memberikan kesedaran kembali kepada masyrakat terutama di tempat ku supaya kembalilah kepada AGAMA. Sama-samalah kita rajin ke rumah Allah. Sama-samalah kita meninggalkan maksiat dan perkara yang dilarang oleh ALLAH swt. Semoga kehidupan kita bahagia di akhirat ( dunia yang kekal bagi kita manusia) dan tidak hanya di dunia yang sementara ini. Dengan itu marilah kita fahami dan sedar apakah itu tazkiyah al-nafs atau erti kata lain penyucian jiwa.

Terdapat pelbagai definisi yang diberikan oleh penulis-penulis terkemuka di dalam bidang kerohanian Islam ini. Said Hawwa mendefinisikan tazkiyyah al-nafs sebagai satu bentuk amalan perbuatan yang mempengaruhi jiwa manusia secara langsung bagi menyembuhkannya dari pelbagai

jenis penyakit hati serta membebaskan ruh manusia dari cengkaman syaitan. Ini membawa maksud bahawa, jiwa manusia itu mestilah sentiasa dibersihkan daripada pelbagai anasir kotor yang mampu menjatuhkan mereka ke lembah yang hina serta tidak diredhai Allah. Hal ini bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud :

'' (Nikmat berkiblatkan Ka`abah yang Kami berikan kepada kamu itu), samalah seperti nikmat Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu iaitu Muhammad, yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu dari amalan (syirik dan maksiat), dan yang mengajarkan kamu kandungan kitab (al-Qur`an) serta hikmat kebijaksanan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui.''

Manakala bagi Sheikh Abdul Qadir al-Jailani pula membahagikan takrif tazkiyah al-nafs kepada dua bahagian. Pertama, penyucian yang bersifat luaran sebagai mana yang disarankan oleh Islam, iaitu membasuh dengan menggunakan air untuk menghilangkan segala kekotoran.

Dalam konteks yang sama juga, beliau turut mengklafikasikan amalan wudhuk sebagai salah satu bentuk penyucian bagi kategori pertama ini. kedua, penyucian yang bersifat dalaman dan melibatkan perlakuan dosa. Tambahnya lagi, ia hanya boleh dihapuskan melalui dosa. Tambahnya lagi, ia hanya boleh dihapuskan melalui proses taubat dan diikuti dengan amalan-amalan kerohanian yang diajar oleh guru-guru tarikat.

Anas Ahmad Karzun pula, menjelaskan bahawa penyucian jiwa ini merupakan satu proses pembersihan diri daripada sebarang bentuk kejahatan dan keburukan serta memperbaikinya ke arah kebaikan sehingga mencapai martabat yang mulia.

Mohd Sulaiman Yasin pula mentakrifkan penyucian jiwa ini sebagai proses pengubatan hati yang dicernakan melalui pembuangan sifat-sifat dan amalan keji serta pengisian kembali dengan amalan yang terpuji. Proses penyucian jiwa dilakukan melalui pengembaraan ruhaniah dan mujahadah al-nafs.

Sebagai kesimpulannya, kita perlulah MEWAJIBKAN diri kita supaya melakukan penyucian jiwa dari segi aspek luaran dan dalaman selaras dengan kehendak agama ALLAH iaitu Islam agar tidak menurut hawa nafsu yang sering menjadi dalang kejatuhan individu MUSLIM. Semoga dunia kita kelek ini ada bersamanya akhirat yang dijunjung. InsyaAllah..

" dan bertaubatlah kamu sekalian kepada allah, wahai orang-orang yang beriman, moga-moga kamu beruntung"
(surah al-Nur :31)

Sunday, October 3, 2010

Dosa Tinggal Solat Lebih Besar Daripada Zina !!




Assalamulaikum..wbrkth..
Buat semua sahabat..sama-samalah kita dapatkan kesedaran daripada artikel ini..semoga Allah membuka pintu hati kita dan diberikan hidayah kepada kita...amiin amiin ya rabbal a` lamin..(^^)

Pada satu senja yang lengang, kelihatan seorang wanita berjalan dalam keadaan

terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menunjukkan dia dicengkam kesedihan manakala kerudungnya menutup rapat hampir seluruh wajahnya.

Walaupun tidak bersolek atau memakai perhiasan lain di tubuhnya, kulitnya yang bersih, memiliki tubuh yang ramping dan rona wajah yang ayu, tetap tidak dapat menghapuskan kepedihan yang sedang membelenggu hidupnya.

Dia melangkah perlahan-lahan mendekati rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Apabila terdengar ucapan ‘silakan masuk’ dari dalam, wanita

cantik itu melangkah masuk sambil kepalanya terus tertunduk.

Air matanya berderai ketika dia berkata: “Wahai Nabi Allah, tolonglah saya, doakan saya supaya Tuhan berkenan mengampunkan dosa keji saya,” “Apakah dosamu wahai wanita ayu?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut. “Saya takut mengatakannya,” jawab wanita cantik itu. “Katakanlah, jangan ragu-ragu,” desak Nabi Musa.

Lalu wanita itu memulakan cerita, “Saya….telah berzina.” Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, “Dari penzinaan itu, saya pun…. hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya…cekik lehernya sampai…mati,” cerita wanita itu sambil menangis sekuat-kuat hati.

Mata Nabi Musa berapi-api dan dengan muka yang berang, dia mengherdik, “Perempuan jahat, nyah kamu dari sini! Supaya seksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!” teriak Nabi Musa sambil memalingkan muka kerana jijik.

Mendengar herdikan itu, wanita itu pun segera bangun dan berlalu dengan hati yang hancur luluh. Ketika keluar dari rumah Nabi Musa, ratapannya amat memilukan. Dia terfikir ke mana lagi dia hendak mengadu kerana apabila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang betapa besar dosanya dan jahat perbuatannya.

Tetapi dia tidak tahu bahawa sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun berjumpa Nab

i Musa. Lalu Jibril bertanya: “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu ada dosa yang lebih besar daripadanya?”

Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?” tanya Nabi Musa kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?” “Ada,” jawab Jibril dengan tegas. “Dosa apakah itu?” tanya Nabi Musa lagi. “Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besardaripada seribu kali berzina.”

Mendengar penjelasan itu, Nabi Musa kemudian memanggil wanita itu untuk menghadapnya se

mula. Dia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohon ampunan kepada Allah S.W.T untuk wanita itu.

Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu ke atas dirinya. Bererti, dia seakan-akan menganggap remeh perintah Allah, bahkan seolah-olah menganggap Allah tiada hak untuk mengatur dan memerintah hambaNya.

Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan bersungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dalam dada, yakin bahawa Allah S.W.T itu ada dan berada di jalan ketaatan kepadaNya. Itulah sebabnya Allah pasti mahu menerima taubatnya.

P/S : Solat itu tiang agama..jika benar kita beragama islam maka diri dan teguhkanlah tiang itu..dan ingatlah perkara pertama yang akan dihisab oleh Allah swt ialah solat.....!!

sumber : www.iluvislam.com