Tuesday, October 28, 2008

..Sekian Lame Menyepi...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....

Coretan ini adalah yang kedua dari diriku yang hina ini.Sebenarnya tidak terlintas dalam kepala aku untuk menghasilkan coretan dalam blog aku yang dah hampir mencapai umonye genap 7 bulan kot,tapi mungkin kerana kepuasan yang melampau maka aku perkuatkan diri ni untuk menghasilkan satu coretan yang ringkas untuk sama-sama aku kongsi dengan sahabat-sahabta pembaca semua.Pada 7 November ini maka genaplah 18 tahun aku berada diatas muka bumi ALLAH ini.Aku pun tidak tahu bila ALLAH akan mewakilkan malaikat-Nya untuk datang menjemputku balik kepada-Nya dan adakah aku ini layak dan cukup bersedia menghadap ALLAH taala????..persoalan ini selalu bermain dalam firkiran aku namun aku tetap tidak terlepas dari leka melakukan maksiat kepada-Nya.Namun begitu aku syukur kerana ALLAH masih lagi memberi aku kusempatan untuk menebus kembali segala doas yang telah aku lakukan..
Ya ALLAH,aku memohon kepada-Mu supaya sentiasa menyedarkan aku tika aku berada di jurang kemaksiatan dan berikan aku kekuatan untuk terus mengejar rahmat-Mu dan lebih-lebih lagi keredhaan-Mu..
Ya ALLAH aku tahu betapa kuatnya rindu seorang yang soleh itu tidak lagi dapat menandingi rindu-Mu terhadap hamban-Mu yang soleh.Aku juga tahu jika aku mendatangi Mu sejengkal maka Engkau akan mendatangi ku sehasta dan jika kau mendatangi-Mu secara berjalan maka Engkau akan mendatangi ku secara berlari namun aku masih lagi tidak dapat membuat semua itu secara istiqamah.Aku tahu diri ku ini rindu dan ingin akan keredhaan-Mu namun ku tetap tidak dapat istiqamah dalam melakukan apa yang Engkau inginkan.
Ya ALLAH,namun begitu aku bersyukur kerana Engkau masih memberiku kesenangan hidup dan menjaga ku dari terlalai kerana kesenangan ini.Asykuru kasiron ilaika..(",)
Sahabat-sahabat,apa yang aku coretkan ini adalah untuk kayu ukur bagi diri kita sebagai hamba yang hina lagi dina di atas muka bumi ALLAH ini.Adakah pernah sedetik ALLAH taala hilang dari fikiran kita yang asyik memikirkan assignment,awek,kereta,motosikal dan banyak lagi yang hanya sementara sedangkan ALLAH itu adalah yang kekal selamanya..??
Adakah kita pernah menggunakan nikmat yang di berikan dengan sebaik-baiknya atau kita sia-siaknya dengan begitu sahaja tanpa memikirkan sedetik pun ALLAH taala????
Perjuangan yang patut kita perjuangkan di atas duni ini,adakah kita termasuk ke dalam mereka yang berjuang atau hanya menumpang nama mereka yang berjuang.???
Fikir-fikirkan lah sahabat-sahabatku sekalian..ku mengaku diriku turut lemah dalam hal-hal keduniaan namun dengan saling ingat-mengingatilah kita dapat tersedar dari lamunan dan buaian dunia yang penuh dengan fitnah ini..
Rabbana aatina fiddunya hasanah wa fil aakhirati hasanah...aminnn
Kita matikan dulu langkah jari-jari kecil ku ini untuk coretan kali ini namun dengan kekuatan dan keizinan dari ALLAH,akan ku hidupkan kembali jari-jari ini untuk menghasilkan coretan yang sama-sama memberikan kita kesedaran harapnya...

"Hisablah diri mu sebelum diri mu di hisab(di akhirat kelak).."-Saidina Umar-

Monday, September 15, 2008

Apakah Doa yang Paling utam di Bulan Ramadhan.?


Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Kedatangan bulan Ramadhan walaupun menjadi suatu kebiasaan kepada kebanyakan orang, tetapi sebenarnya ianya menjadi suatu mercu tanda kepada orang-orang yang ingin mencapai kepada matlamat penghidupan yang sebenarnya iaitu seperti yang disebutkan oleh Allah swt khususnya dalam kontek kita berpuasa disebutkan sebagai "La 'al lakum tat takuun" maksudnya dengannya kamu akan memperolehi darjat ketaqwaan kepada Allah swt. Menjadi suatu yang agak lumrah kepada insan, biasa disebut, di hafal dan diingati kalimah ini "La 'al lakum tat takuun", tetapi pernahkah, sampaikah kita ke tahap "tat takuun" itu bila sampai Ramadan dan berakhir Ramadan? Sampaikah kita kepada apa yang nabi sebut kepada isteri-isterinya dan kepada sahabat-sahabatnya iaitu " Faya 'ajaban liman adraka ramada na fala yukh farulah", iaitu maksudnya "Alangkah hairannya (ajaibnya) bagi orang yang telah sampai umurnya kepada menjelang Ramadan, apabila habis Ramadan hairan kalau dia tidak mengambil kesempatan untuk Allah mengampunkan semua dosa-dosanya". Tidak ada insan yang tidak berdosa melainkan nabi yang maksom. Lailatul Qadar dan DoanyaKita lihat dizaman ini banyak perkara yang terpaksa kita telan dan kita tempuh. Akibatnya kita terpaksa menerima kemurkaan-kemurkaan Allah swt. kepada hamba-hambanya. Kita lihat dari bala bencana, musibah demi musibah, kita lihat dari berbagai-bagai kejadian yang tidak menyenangkan menunjukkan bahawa adanya kemurkaan Allah. Allah tidak akan murka melainkan kerana besarnya dosa manusia. Kerana itu datang Ramadhan, memanglah boleh menghairankan orang yang sempat hidup sampai Ramadhan, apabila habis Ramadan dosa dia tidak terampun. Sebab itu Siti Aisyah radiaAllahhu anha ingin sangat untuk bertemua peluang dengan malam Qadar (Lailatul Qadar), dia bertanya kepada nabi "Bilakah berlaku malam Qadar?". Nabi bertanya kepada Aisyah semula "Apakah kamu nak buat bila kamu bertemu dengan malam Qadar?". Aisyah menjawab "Saya tak tahu" kemudian Aisyah bertanya lagi "Apakah yang patut saya buat bila bertemu dengan malam Qadar itu?". Nabi berkata kepada Aisyah "Malam itu malam yang amat baik untuk beramal dimalamnya dan amat mudah dimakbul Allah doanya". Aisyah bertanya lagi "Apakah doa yang paling baik untuk aku berdoa pada malam itu?" Nabi jawab "Kalau kamu sempat berjumpa dan mengetahui malam itu ialah malam Qadar berdoalah "Allah humma innaka 'afuu 'un karimun tuhib bul 'af wa fa' fu 'anni" (maknanya Ya Allah, Kamulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa saya). Sebenarnya Nabi dah tahu yang Aisyah itu akan masuk syurga ertinya dosanya telah diampunkan oleh Allah tetapi kenapa Nabi masih menyuruh Aisyah untuk memohon kepada Allah agar diampunkan dosa? Sedangkan Aisyah memang layak untuk tidak dimasukkan ke dalam neraka, hanya layak ke syurga. Soal dosa dan pahala dia dah tak kisah sangat tapi nabi masih menyuruhnya berdoa supaya Allah ampunkan dosa.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Kisah Uwais Al-QarniSaya nak kaitkan dengan satu kisah iaitu bila Allah bagitahu kepada nabi Muhammad s.a.w. iaitu ada insan yang akan lahir dikalangan *Tabiin. Nabi berpesan kepada Umar dan Ali, "Akan lahir dikalangan Tabiin seorang insan yang doa dia sangat makbul nama dia Uwais al-Qarni dan dia akan lahir dizaman kamu". Kita telah mengenali siapa dia Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali iaitu orang-orang yang telah disenaraikan sebagai "al-Mubasyirun bil Jannah" iaitu mereka dah dijamin masuk syurga. Nabi seterusnya berkata kepada Umar dan Ali, "Dizaman kamu nanti akan lahir seorang insan yang doa dia sangat makbul. Kamu berdua pergilah cari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dbesarkan di Yaman. Dia akan muncul dizaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia mintak tolong dia berdoa untuk kamu berdua." Sama juga macam kisah Siti Aisyah tadi, Umar dan Ali bertanya kepada nabi soalan yang sama iaitu "Apakah yang patut saya mintak daripada Uwais al-Qarni, Ya Rasulullah?" Nabi menjawab "Kamu mintak kepadanya supaya dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian". Banyak peristiwa sahabat yang berjumpa dengan nabi, minta sesuatu yang baik kepada mereka, nabi menjawab "Pohonlah al-Maghfirah daripada Allah swt." Jadi, topik al-Maghfirah (keampunan) ini menjadi topik yang begitu dicari yang begitu relevan, hatta kepada orang yang telah disenaraikan sebagai ahli syurga. Kalau logiknya ahli syurga macam dah tak perlu kepada ampun dosa kerana mereka dah dijamin masuk syurga, tetapi tidak, nabi masih tekankan supaya mintak Allah ampunkan dosa. Memang benarlah firasat seorang nabi, Uwais al-Qarni telah muncul di zaman Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali. Memang mereka tunggu dan cari kabilah-kabilah yang datang dari Yaman ke Madinah, akhirnya bertemu mereka dengan Uwais al-Qarni. Dengan pandangan mata luar, tidak mungkin dia orang yang nabi maksudkan. Kerana orang itu pada pandangan insan-insan biasa atau orang-orang yang datang bersama dengannya bersama kabilah menganggapkan dia seorang yang akal tidak sempurna (wire short), sesuatu yang macam tidak betul pada pandangan orang. Tetapi dia ada sesuatu. Sayidina Umar dan Sayidina Ali dapat berjumpa dengan Uwais ini minta satu sahaja iaitu minta supaya doakan supaya Allah swt. mengampun semua dosa-dosa mereka. Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Umar dan Ali, dia berkata "Aku datang ini dari Yaman ke Madinah kerana aku nak tunaikan wasiat nabi kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku. Aku datang ini nak tunaikan wasiat itulah". Maka Uwais pun telah mendoakan untuk mereka berdua. Memang hairanSeperti yang saya sebutkam dipermulaan tadi "Faya 'ajaban liman adraka ramada na fala yukh farulah", Memang hairan orang yang dapat hidup sampai Ramadan ini, tetapi dosa dia tidak diampun. Kalau malam ini malam Qadar, fokus kita selalunya memanglah nak minta hal-hal keduniaan. Kalau kita dapat rasakan dalam perasaan dalaman seorang insan kecil hamba Allah ini apa yang hendak kita mintak di malam Qadar? Saya rasa orang tidak begitu berminat untuk minta supaya diampunkan segala dosa, mereka akan minta yang lain pula, minta saham naik, perniagaan laris, dapat kahwin lagi dua, kaya, mesti pilihan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, sedangkan "Wallah yuridul akhirah". Allah dan RasulNya lebih mengutamakan penghidupan akhirat itulah yang paling mustahak sekali. Selama ini pun kita tidak tahu bahawasanya terampunkah dosa-dosa yang telah kita buat? Walaupun kita rasa macam dosa itu Allah telah ampunkan. Ada peluang yang macam ini iaitu malam Qadar atau berpeluang berjumpa dengan orang-orang yang konfirm macam tadi iaitu doa-doa mereka makbul seperti orang-orang yang soleh dan seumpamanya doa yang paling utama dan besar diminta ialah minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa kita. Bukan kata orang lain sebagai contoh besar, hatta nabi yang dikatakan "Ghoforollah hu mat taqadaman", Allah ta'ala ampunkan dosa dia yang telah lalu (jika ada) dan juga ampun untuk yang akan datang. Tetapi kenapa nabi masih berdoa kepada Allah tiap-tiap hari tidak kurang dari seratus kali iaitu "Astagh firruka humma waatubu ilaih". Sehari seratus kali , sembahyang baginda, berdoa panjang-panjang sampai dikataka juga (hadith Aisyah) sampai bengkak kaki nabi. Sampai Siti Aisyah berkata kepada nabi, "Ya Rasulullah, kenapalah sampai kamu teruk-teruk beribadah hingga bengkak kaki, sembahyang lama-lama, menangis lama-lama, tidakkah Allah telah ampunkan dosa kamu dahulu dan kemudian?". Nabi menjawab "Kalau demikian adanya mengapa aku tidak menjadi hamba yang bersyukur". Syukur maknanya melakukan ibadah kepada Allah swt. Inilah yang saya katakan tadi, datanglah sistem yang Islam kemukakan kepada ummah, seluruh aktiviti-aktiiti ibadah, penumpuan kepada persiapan-persiapan yang dikatakan "Wa tazau wadu" kesemuanya ditujukan ke arah pembersihan diri, hati, akal dan budi daripada yang dipanggil "al-khush" (yang tidak baik). Pembersihan hati, pembersihan diriAl-Quran memberikan satu analogi iaitu Bumi kalau sudah cantik dan subur dia mudah menumbuhkan pokok-pokok yang bermanfaat dan bagi bumi yang kotor (bagi maksud tidak sesuai ditanam tumbuhan) seperti tempat berbatu dan berpasir, tanam apapun tak tumbuh, kalau tumbuh pun dia tak jadi seperti tempat yang lain. Maksudnya sama seperti insan, kalau yang disimpan dalam diri kita ini kotor (benda yang jijik) maka tidak akan keluar melainkan yang kotor juga. Kalau dalam diri kita baik, dia akan menumbuhkan yang baik, amal dia baik, kata-kata dia baik, akhlak dia baik, muammalah dia baik dan dia dikatakan orang yang baik. Allah itu baik, Dia tidak terima amalan melainkan amalan yang baik juga. Sebab itu dari awal Islam datang dah ada sistem seperti contoh ayat-ayat al-Quran yang awal turun surah Al-Mudatsir, firman Allah yang bermaksud "Wahai orang-orang yang sedang tidur, bangunlah kamu beri peringatan kepada manusia (maknanya bergerak dalam satu wadah perjuangan, mengerakkan jiwa diri sendiri dan jiwa insan) dan kepada Tuhanmulah kamu wajib membesarkanNya, jangan mengagungkan yang lain, agungkan Allah swt. sahaja. Caranya diberikan beberapa analogi seperti apa yang kamu pakai iaitu pakaian biasa, rumah tempat tinggal, kereta yang dinaiki dan apa sahajalah mestilah yang bersih, kamu kena sucikan dia. Sebab ini sangat kena dengan ayat yang nabi hayati. Diantara pakaian yang nabi suka pakai ialah pakaian putih yang melambangkan suci dan bersih. Walaupun kadangkala nabi pakai warna merah dan hitam didalam peperangan tetapi yang paling nabi sukai ialah warna putih. Sebab itu kita lihat, pakaian haji putih, kain kafan putih (tak pernah nampak lagi kain kafan warna hijau, kain kafan biru lagi tak pernah nampak). Ditempat saya masjid-masjid gunakan kain putih sebagai alas tempat sujud. Serban umumnya putih. Serban nabi putih kadangkala ada yang hijau. Apabila diluar memakai pakaian putih bersih maka didalam diri perlu buang segala kekotoran. Islam mengajar agar diluar bersih sehingga kedalam diri juga bersih. Kalaulah inilah yang nabi buat dari pada mula memanglah bulan Ramadan ini yang utama ialah untuk membersihkan diri. Krisis dunia vs krisis dosaSemua krisis-krisis dunia, semua masalah yang insan hadapi didunia, yang kita hadapi hari ini dalam semua masalah, pergaduhan, hutang yang banyak, akan berakhir bila orang itu mati. Kita berjanji dengan orang, bertelagah, bergaduh, semua krisis-krisis dunia ini kepada seorang insan dia habis bila dia mati. Tetapi krisis dosa dengan Allah ta'ala khasnya krisis keimanan, krisis kerana kita menyimpan dosa yang melibatkan iman dan sebagainya, didunia dia tidak menampakkan masalah tetapi sebenarnya ia akan bermula apabila telah hampir nak mati, masuk kubur lagi masalah, alam barzakh lagi masalah, sampai kepada alam mahsyar lagi bermasalah puncanya balik kepada dosa tadi. Sebab itu nabi telah bagi satu garis panduan yang cukup senang kita faham. Kita tidak disuruh minta dimalam Qadar supaya turun emas dari langit, minta agar dikasihani oleh semua orang, minta agar dijadikan ketua selama-lamanya, untung berniaga, bukan itu yang patut diminta. Sebaliknya nabi bagi contoh kalau ini dapat kamu capai walaupun dunia kamu susah sekejap tetapi kamu akan berakhir krisis dunia ini bila kamu mati. Jika kamu ada dosa ini mati bermula suatu penghidupan yang perit, malah dari sejak nak mati sekalipun sudah bermula, sampai kepada peringkat orang-orang yang "Zalimi an fusu hum" orang-orang yang menzalimi diri mereka dalam kehidupan ini kerana membiarkan dosa, banyak melakukan dosa, tidak cuba untuk membuang dosa, bila nak mati akan datang malaikat kepada mereka dengan pemukul untuk pukul muka, belakang hingga ke punggung mereka. Ia bermula daripada nyawa nak keluar, tergantung-gantung diantara langit dan bumi, diantara barzakh dengan tidak barzakh, masuk kubur terseksa. Sebab itulah nabi nak lepaskan kita daripada seksaan ini semua, nak pastikan kepada isteri dia Siti Aisyah pun berpesan "Kalau kamu dapat malam Qadar jangan minta yang lain selain daripada minta supaya diampunkan Allah segala dosa". Begitu juga nabi berpesan kepada sahabat-sahabat yang lain supaya bermohon supaya Allah ampunkan segala dosa. Penutup Memang telah menjadi tradisi kita di Darussyifa', kita bertemu sekali dalam bulan Ramadan bersama-sama berbuka puasa, bersolat tarawih dan saya berpeluang untuk berucap mengajak diri saya dan mengajak semua orang. Kita akan manfaatkan Ramadan ini dengan fokus kita supaya tidak ada lagi dosa, kalau ada dosa diampunkan. Caranya kita jangan tambah dosa, yang ada selesaikan. Minta ampun yang berbaki daripadanya. Dan AlhamdulilLah jika kita diambil oleh Allah dibulan Ramadan lebih-lebih lagi jika kita mati di Mekah di bulan Ramadan. Macam baru-baru ini orang Malaysia yang mati kemalangan jalanraya di Mekah, kita cemburu kerana Allah pilih dia dan tidak pilih kita. Pilih mereka yang dalam musafir, dalam keadaan buat Umrah, dalam bulan Ramadan pula, mati syahid dunia kerana mereka luka parah, kemudian disembahyangkan pula di Masjidil Haram yamg setiap malam sembahyang itu jutaan manusia yang mendoakan mereka masuk syurga. Jadi itu satu keberuntungan kerana Allah pilih mereka. Kita pula menunggu giliran entah dimana.. Maka persediaan kepada kita, pada saya, pada saudara sekalian, kita ambil peluang Ramadan ini untuk Allah ampunkan dosa kita semua. Supaya kita termasuk dikalangan hamba yang akan beruntung khasnya selepas kita kembali kepada Allah swt. Selamat berpuasa, selamat berhari raya, maaf zahir batin, terima kasih kepada yang menganjurkan majlis malam ini Darussyifa' dan kita mengharapkan kepada Allah swt. agar sentiasa menghimpunkan kita sebagai orang-orang yang sentiasa berkasih sayang dan saling bermaaf-maafan menuju kepada kerahmatan dan keberkatan Allah swt.


Tazkirah ramadan ini ditulis semula daripada rakaman tazkirah Ramadan oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din pada hari Khamis 12 Ramadan 1427H bersamaan 5 Oktober 2006

Thursday, September 4, 2008

Bersin dan Menguap

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ta’alaa anhu, Rasulullah bersabda, :
“Sungguh Allah mencintai orang yang bersin dan membenci orang yang menguap, maka jika kalian bersin maka pujilah Allah, maka setiap orang yang mendengar pujian itu untuk menjawabnya; adapun menguap, maka itu dari syaitan, maka lawanlah itu sekuat tenagamu. Dan apabila seseorang menguap dan terdengar bunyi: Aaaa, maka syaitan pun tertawa karenanya”. (Shahih Bukhari, 6223)
Imam Ibn Hajar berkata, “Imam Al-Khathabi mengatakan bahwa makna cinta dan benci pada hadits di atas dikembalikan kepada sebab yang termaktub dalam hadits itu. Yaitu bahwa bersin terjadi karena badan yang kering dan pori-pori kulit terbuka, dan tidak tercapainya rasa kenyang.
Ini berbeda dengan orang yang menguap. Menguap terjadi karena badan yang kekenyangan, dan badan terasa berat untuk beraktivitas, hal ini karena banyaknya makan . Bersin bisa menggerakkan orang untuk bisa beribadah, sedangkan menguap menjadikan orang itu malas (Fath-hul Baari: 10/6077)
Nabi menjelaskan bagaimana seseorang yang mendengar orang yang bersin dan memuji Allah agar membalas pujian tersebut.
Rasulullah bersabda:Apabila salah seorang diantara kalian bersin, maka ucapkanlah Al-Hamdulillah, dan hendaklah orang yang mendengarnya menjawab dengan Yarhamukallahu, dan bila dijawab demikian, maka balaslah dengan ucapan Yahdikumullahu wa Yushlihubaalakum (HR. Bukhari, 6224)
Dan para doktor di zaman sekarang mengatakan, “Menguap adalah gejala yang menunjukkan bahwa otak dan tubuh orang tersebut membutuhkan oksigen dan nutrisi; dan karena organ pernafasan kurang dalam menyuplai oksigen kepada otak dan tubuh.
Dan hal ini terjadi ketika kita sedang mengantuk atau pusing, lesu, dan orang yang sedang menghadapi kematian. Dan menguap adalah aktivitas menghirup udara dalam-dalam melalui mulut, dan bukan mulut dengan cara biasa menarik nafas dalam-dalam !!!
Karena mulut bukanlah organ yang disiapkan untuk menapis udara seperti hidung.
Maka, apabila mulut tetap dalam keadaan terbuka ketika menguap, maka masuk juga berbagai-bagai jenis mikroba, kuman dan debu, atau kutu bersamaan dengan masuknya udara ke dalam tubuh.
Oleh karena itu, datang petunjuk nabawi yang mulia agar kita melawan “menguap” ini sekuat kemampuan kita, atau pun menutup mulut saat menguap dengan tangan kanan atau pun dengan punggung tangan kiri.
Bersin adalah lawan dari menguap yaitu keluarnya udara dengan keras, kuat disertai hentakan melalui dua lubang: hidung dan mulut. Maka akan terkuras dari badan bersamaan dengan bersin ini sejumlah hal seperti debu, haba’ (sesuatu yang sangat kecil, di udara, yang hanya terlihat ketika ada sinar matahari), atau kutu, atau mikroba yang terkadang masuk ke dalam organ pernafasan.
Oleh karena itu, secara tabiat, bersin datang dari Yang Maha Rahman (Pengasih), sebab padanya terdapat manfaat yang besar bagi tubuh. Dan menguap datang dari syaithan sebab ia mendatangkan bahaya bagi tubuh.
Dan atas setiap orang hendaklah memuji Allah Yang Maha Suci Lagi Maha Tinggi ketika dia bersin, dan agar meminta perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk ketika sedang menguap. (Lihat Al-Haqa’iq Al-Thabiyah fii Al-Islam: hal 155).

Wednesday, August 27, 2008

..Buat Renungan..

Di akhir zaman ramai umat Islam beribadah secara jahil kerana mempelajari syariat secara rambang sahaja,tidak faham peranan syariat, tidak faham mana yang fardhu, mana yang wajib, mana yang sunat, sah batal pun tidak begitu difahami oleh ramai umat Islam.
Apakah beribadah seperti ini Tuhan terima?
Adakalanya kerana mengejar fadhilat terlanggar yang fardhu dan yang wajib, kerana membuat yang sunat tidak peduli pantang-larang syariat.Hendakkan fadhilat puasa Isnin Khamis, waktu berbuka tidak kira makanan halal atau haram.Kerana mengejar pahala umrah, setiap tahun mengerjakan umrah, fakir miskin depan rumah diabaikan, bahkan dibiarkan.Kenduri arwah tidak dicuaikan, tapi sembahyang fardhu diabaikan.Kerana hendakkan fadhilat sembahyang di raudhah, berkasar dengan orang, sakit pula hati orang yang wajib dijaga.Kerana hendak mencium hajarul aswad melanggar dan menyiku orang, padahal perbuatan itu adalah haram,mencium hajarul aswad hanya sunat sahaja di dalam Islam,tidak mencium bukan satu kesalahan.
Rajin bersembahyng malam tapi bakhil menjadi pakaian, sombong menjadi budaya sedangkan perbuatan itu adalah haram termasuk dosa besar. Rajin berdakwah, sering membuat ceramah tapi kerana nama dan glamour yang dilarang Allah. Beribadah di masjid rajin, tapi di rumah Allah Taala itu jugalah dia mengumpat,bercerita tentang dunia.Berpuasa sunat jarang ditinggalkan tapi sepanjang hari membuka aurat atau berpakaian ketat.Meninggalkan sunat bukan satu kesalahan, mendedahkan aurat perkara yang dilarang.
Begitulah umat Islam bersyariat di akhir zaman. Rajin juga beribadah tapi pantang larang, tata tertib, mana yang utama tidak difaham.Kalau di Mekah atau di Madinah, bersembahyang di kedua-dua masjid ini ada yang melangkah orang sedang bersembahyang, berkasar dengan orang kerana merebut tempat sembahyang. Di dalam beribadah berkecai ukhuwah dan kasih sayang yang sangat dituntut oleh Islam

Monday, June 30, 2008

..Nukilan perPisahan buat sahabat-sahabat ku..




..KeNangAn kitakan kekAL Dalam Ingatan..



..kenangan kelas sem 1..





Pada pertengahan tahun 2007..





Aku telah menjejak kaki ku yang sepasang ni di sebuah Universiti terkenal di seluruh alam ini terutama kat malaysia ni,walaupun ketika mula belajar di sana hati berat dan sedih kerana terpaksa berjauhan dengan keluarga dan tambah pulak tiada kawan di sana melainkan beberapa orang sahabatku semasa sek SHAMS dulu..(time kasih sahabat) =)




Setelah seminggu lebih aku kat sana akhirnya kelas pun bermula,dalam kelas aku budak2xnye ramai dari pantai timur waduh aku tersenyum lebar..=)..setelah lama bersama hubungan aku ngan kwn2x koho rapat(kate org ganu) dan makin hari makin rapat seperti adik-beradik....




hampir genap sebulan blajo bersama datang sorang sahabat aku ni dari sabah menjadi classmate(budak al-hafiz ag 2)...Sepanjang sem 1 tu aku berasa sangat-sangat hepi sebab boleh bermain-main dan bergurau ngan kwn2x aku....dok lupa juga buat kwn2x sekelas muslimat,walaupun kita dok bape kenal tapi insyaalah antunna semua akan saya ingat..=)..Allah aku bersyukur kepada-MU kerana menemukan aku ngan kwn2x sekelas aku pada sem 1..kwn2x semoga persahabat kita kekal ke akhir hayat..




dalam gambo kat atas tulah kwn2x sekelas aku..('',)






Sem 2 2007/2008
....Kenangan kelas sem 2...





Kalau mase sem 1 aku aku berada kat petaling jaya namun sem 2 kami student art telah di pindahkan ke nilai yang terletak kat negeri sembilan setengah jam ah lebih kurang dari petaling jaya..Walaupun masih baru kat nilai tu namun aku dok ah rase janggal sepertimana kali pertama jejak kaki ker pj sebab aku telah mempunyai kawan2x yang ramai ketika itu..hehe..semasa hari pendaftaran kawan aku hok pertama aku jumpa ialah imran nasir(2nd year panggil dia imam..hehe)..lepas beres settle sume pendaftaran aku telah di tetapkan untuk duk kat bilik B2-1-7,kebetulan ade 2 org kwn aku duk dalam bilik tu..imran ngan khairil =)...untuk pengetahuan semua jelah, selain kami 3 org dalam bilik tu semuanya 2nd year..huhu..




Lepas lebih kurang seminggu kelas pun start,kebetulan 80% kwn sekelas aku tu classmate aku mase sem 1..jadi bermulalah al-kisah cite sem 2...hehe..ermm.walaupun kat nilai ni terhad ah skit ngan kemudahan nok main petang-petang tapi aku ngan kwn2x still cuba main sebab bosan ah petang kalu duk saje..hehe..jadi tiap2x petang kami main ah bola dan futsal.Cukup ah kot cite aku untuk sem 2 ni deh..kalu dop cukup ag nati aku tamboh ag..hehe..

Sem 3 2007/2008



















...KenanGan kelas SeM 3...
















Sem ni ah paling pendek nok banding dengan sem2x yang lain..dan sem ni ah paling lotih belajo,bayangkan kelas start kul 8 pagi abis kul 5 petang,gini ah kelas aku ngan kawan2x sepanjang sem 3 ni..huhu..tapi sem ni jgk ah paling sedap blajo arab sebab dapat belajo ngan ustzh mariam,ustaz umari dan ustz abdul qadir..yang sedapnya jgk sem ni aku ade classmate yg paling ramai sebab aku duk dalam 2 group..=)




Untuk petang2x pulok aku ngan kwn2x aku still bermain walaupun kelas abis lmbt..tapi sem ni tuko skit permainan..biasanya main bola ngan futsal jer tapi kali ni kitorang tambah sepak takraw se ag...hehe(aktif gilerr...)




sem ni byk cite pasal dalm kelas jer kot..aku cite ah skit2x..k




dalam kelas ust umari ah rasenya aku ngan kwn2x paling aktif sehinggakn sorang kawan aku 2 dapat gelaran(wa ghoiriha)...hehe...




dalam kelas ustzh mariam pulok budok laki selalu kene sindir(dalam bentuk QIAS)..hehe sebabnya wajibatul manzili x complete sokmo..aku pun saloh sorangnya..=)




dalam kelas ust Qadir pulok kenangan hok paling sedap aku di puji dalam qiraat bhs arab hehe tapi benonye sbb kwn aku yg sebeloh kabo..=>..yang se ag sedap dalam kelas kalam mase xtvt munazarah(debat)...kagum ah ngan kehebatan muslimat..=)..teruskan ler dgn kepetahan berkata2x tu..abih ah kot cite utk sem 3...





Sem 4 2008/2009





Untuk sem ni aku sempat kot berada dalam dekat sebulan maybe(kalu saloh betulkan ek)..jadi x banyak kot yang dapat aku ceritakan untuk sem ni...tapi yang paling happy sem ni ah paling skit kelas tapi kadang2x bosan gok..Ha se ag sem ni aku main mcm2x sukan,,bola,futsal,badminton,sepak takraw dan bola tampar...fuh sem ni ah paling seronok bab main..huhu.




tapi tanggal 28 jun 2008 aku telah mendapat berita gembira tapi dalam mase yang sama kesedihan itu turut sama bertamu dalam diri ku ini...untuk pengetahuan kawan2x aku telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke maktab perguruan dan aku telah membuat keputusan untuk menerima tawaran itu walaupun jauh di lubuk hatiku sedih untuk meniggalkan kwn2x kau kat uia ni,tapi aku mohon maaf kwn2x sebab aku terpaksa meniggalkan korang semua..




Jadi di kesempatan ini aku memohon maaf dari kwn2x semua di atas segala kesilapan yang telah aku buat sepanjang kita bersama 4 sem ni...maafkanlah aku k..janganlh bersedih dengan pemergian ku ni yang bukannya ape2x tapi yang penting jangan disebabkan perpisahan ini persahabatan kita terputus k...




sekali lagi aku mohon maaf dari kwn2x ku sekalian(bhs skima..hehe)...mitok hala ah klau ade aku berhutang,kalu x mboh halal pun mitok ah ngan aku deh..hehe




UKHUWWAH FILLAH ABADAN ABADA !!!! aminn....





...Ni gambo kenangan kita semua...





...main futsal kat nilai square... ..janahain..










...main myheritage.com..hehe... ...lepak depan blok B....










....main myheritage.com jgk..huhu.. ..mase agd...


....masa agd... ...masa agd...




















Wednesday, June 25, 2008

..PengHinaan TerHadap Nabi dan Khadijah..

(MESTI BACA!!!) Babi dan Anjing serta
Maruah Agama Islam..
Message: 1.Jika anda orang islam sila sebarkan
Kisah ini
2.Jika anda orang bukan islam,
diingatkan jangan sesekali bermain
dengan api di
negara MALAYSIA ISLAM ini .
Saya ingin berkongsi cerita ini dengan
anda semua mengenai sikap
segelintir orang
Melayu kita atau lebih tepat lagi orang
Islam di Malaysia ... Kejadian
benar ini
berlaku di Carrefour Wangsa Maju
beberapa hari lepas. Seorang pemuda
Islam yang
berkerja sebagai 'cashier' di pasaraya
tersebut telah menumbuk seorang
lelaki cina.
Ini berlaku kerana ketika pemuda cina
tersebut sedang membayar harga
barangan,
pemuda Melayu ini telah menegur pemuda
Cina ini mengenai gambar baju
yang
sedang di
pakai oleh pemuda cina tersebut. Gambar
itu ialah seekor babi yang
sedang memakai
serban di samping seekor anjing yang
memakai tudung lambang agama
Islam.
pemuda
Melayu itu bertanya gambar apakah yang
sedang di pakai oleh pemuda
cina
tersebut.
Dengan rasa bangga dan tidak bersalah,
pemuda Cina itu terus menjawab
sambil
menunjuk ke arah gambar bajunya dengan
mengatakan babi yang memakai
serban
itu ialah
Muhammad dan anjing yang memakai tudung
itu ialah Khadijah. Mendengar
jawapan lelaki
tersebut, pemuda Melayu ini dengan
tidak
disangka2, menumbuk muka si
Cina
tersebut.
Huru hara lah suasana di carrefour itu.
Kemudian pemuda Cina itu memaki
hamun lalu
datanglah Manager Carrefour yang juga
beragama Islam lalu memecat
lelaki
Melayu
tadi. Apa yang di lakukan oleh Manager
Carrefour tadi adalah satu etika
yang tidak patut
di contohi kerana, menumbuk org sesuka
hati memanglah salah...Tapi
malangnya,
Manager tersebut bukan hanya memecat
pemuda Melayu tadi yang sedang
mempertahankan
akidah agama Islam, tetapi turut memaki
hamun pemuda Melayu itu dengan
kata2 kesat.
Pemuda Melayu ini pulang dengan keadaan
hampa. Bukan kerana di pecat,
tetapi turut
di maki hamun oleh saudara seislam yang
di sangkanya akan turut manjaga
maruah orang
Islam selepas di hina oleh lelaki Cina
tadi. Sekarang ni pemuda Melayu ni
sedang
menunggu untuk di saman oleh Cina
tersebut. Beliau bukan takut malah
tidak
sabar2
untuk menunggu disaman oleh Cina
tersebut kerana beliau ada alasan yang
kukuh kerana
bertindak demikian. Pengajarannya,
sikap
pemuda Melayu tadi memang
patut
di contohi
kerana ingin menegakkan agama Islam.
Pada anda, berhati2 la..kerana
saya
percaya,
tshirt yang di pakai oleh Cina tadi
adalah salah satu strategi orang2
kafir untuk
menjatuhkan maruah Islam. Sebarkan
kepada saudara2 Islam kita...

..9 miMpi Rasulullah..

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:“Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan……..”
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T. memberi minum hingga ia merasa puas.
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T. lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH S.W.T. lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.BERSABDA RASULULLAH S.A.W. : “SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT”

Thursday, June 19, 2008

5 peRkara Yang perlu di ambil Peringatan...

Kali ini, saya hendak menarik perhatian tentang 5 perkara yang patut disebut-sebut selalu untuk memberi kesedaran kepada kita sepanjang menjalani hidup ini.
Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu:
1.Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.
Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.
2.Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.
Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.
3.Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan. Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Alli dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?
4.Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga. Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam ‘bertelur sebiji riuh sekampung’. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria’ atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria’) tidak akan mencium bau syurga. Ria’ adalah satu unsur dari syirik (khafi). Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu.
Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain. Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua ‘kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan’. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka.
Demikian tazkirah minggu ini. Semoga 5 perkara yang disebutkan di atas dapat kita hayati dan diterapkan dalam kehidupan kita seharian. Sama-sama beroda semoga terselamat dari kemurkaan Allah semasa di dunia hingga ke akhirat. Amin…

Wednesday, June 18, 2008

..Maklumat Tambahan..

Apa itu News Feeds?
News Feeds merupakan satu fungsi yang membenarkan anda melihat jika terdapat kandungan baru di laman web tersebut. Anda dapat melihat kandungan-kandungan terkini dari laman web tersebut sepantas ia diterbitkan tanpa perlu melihat laman web dari mana pautannya diperolehi.
Feed juga dikenali sebagai RSS atau 'Really Simple Syndication' yang direkabentuk untuk memudahkan diterjemahkan oleh komputer anda.
Bagaimana untuk menggunakan Feeds?
Keperluan utama adalah pembaca berita atau 'News Reader'. Fungsi ini membenarkan ia untuk menyemak Feeds yang digunapakai dan membolehkan anda membaca kandungan-kandungan dari Feed yang ditetapkan. Feed boleh diakses samada melalui pelayar web ataupun aplikasi khas yang dimuat turun.
News Reader yang berasaskan pelayar web membenarkan anda untuk akses Feed dari mana-mana komputer sedangkan aplikasi khas hanya boleh digunapakai pada satu-satu komputer yang ditetapkan sahaja.
Pastikan anda membuat pilihan untuk menerima mana-mana Feeds jika menggunakannya. Sebagai contoh, jika anda ingin mendapatkan Berita Utama sahaja dari laman web Harakahdaily sila dapatkan pautan Berita Utama dari laman RSS. Salin dan tampal di News Reader anda.
Bagaimana untuk mendapatkan News Reader yang sesuai?
Terdapat pelbagai News Reader yang boleh digunapakai. Namun, ia bergantung kepada sistem operasi serta pelayar web yang digunapakai oleh anda dan komputer.

..Musibah besar Muslimah sekarang..

Jangan Sombong....


Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka.
Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki; takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan, nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan, Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
Jangan pakai sandal atau selipar yang berlainan pasangan, makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan biarkan mata liar di perjalanan, nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana KEMATIAN boleh bertandang bila-bila masa.
Jangan ego untuk memohon maaf pada ibu bapa dan sesama manusia andainya kita memang berdosa.
Jangan mengumpat sesama rakan, rosak persahabatan, hilang kebahagiaan.
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita tidak sombong bila berjaya, andai gagal tidak kecewa.
Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur jiwa tenang, rezeki melimpah.
Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik menghilangkan kasih orang kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
Jangan terlalu gundah dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama. Hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Tuesday, June 17, 2008

kaT CeMerong Punye Air Terjun..

17 jun 2008,selasa

Semasa cuti sem 3,5 jun2008,aku nGan adek-beradik pergi ker air terjun cemerong..fuhh..tempatnya sgtlah cantik dengan permandangannye yg menghijau,airnya yg jernih(sejuk giler..)..aku merasakan begitu rilex dan tenang sekali bab kate pepatah melayu bagai isi dengan kuku(sesuai ker..)...huhu
tapi kenangan ni x kan aku lupakan sampai bila2x(dialog drama..) hehe
pepun aku gempira dan enjoy menikmati alam kejadian TUHAN yg ESA itu..

kalu nak try g "melancong" kat sana contact ler aku...hehe

PemBuka BiCarA

17 jun 2008,selasa

Katadua Mengenai Kesedihan..

Tanpa kesedihan kita tidak akan mengerti erti kebahagiaan. Justeru itu, kesedihan akan membuat kita bangkit untuk meraih kebahagiaan.
Apabila kita dilanda kesedihan, berhentilah dari melayani perasaan dan fikiran jika kita ingin terlepas dari belenggu penderitaan hidup.
Bersikap lemah dan bersedih hati apabila mendapat dugaan dari Allah bukanlah ciri orang-orang yang diangkat darjatnya oleh Allah.
Sibukkanlah diri dalam ibadah, mudah-mudahan ianya akan menjadi ubat yang mujarab bagi seseorang yang ingin bangkit dari kesedihan yang berpanjangan.Terlalu lama tenggelam dalam kesedihan akan menambah penderitaan dan memberi peluang kepada syaitan untuk datang dengan bisikan-bisikan mendayu.