Wednesday, December 29, 2010

Jin Bernama Qarin

Assalamualaikum...

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja." (Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam." (Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan." (Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

Thursday, November 25, 2010

Tokoh Sahabat : Said bin Zaid bin Amru bin Nufail




Said bin Zaid bin Amru bin Nufail Al Adawi atau sering juga disebut sebagai Abul A'waar lahir di Mekah 22 tahun sebelum Hijrah. Beliau termasuk sepuluh orang yang diberi khabar gembira akan masuk surga oleh Nabi saw.

"Wahai Allah, jika Engkau mengharamkanku dari agama yang lurus ini, janganlah anakku Sa’id diharamkan pula daripadanya.” (Doa Zaid untuk anaknya Said).


Ayah Said bernama Zaid bin Amru bin Nufail, tidak suka dan tidak pernah mahu mengikuti ajaran jahiliyah. Beliau, yang diberi gelaran Hanif, adalah penyelamat bayi perempuan yang ingin di bunuh oleh bapanya pada masa tersebut dan mengambilnya sebagai anak angkat. Beliau juga tidak pernah menyekutukan Allah, juga tidak pernah menggunakan apa pun sebagai perantaranya dengan Allah. Beliau pernah mempelajari agama Yahudi dan Nasrani, tapi masih juga tidak puas, sampai akhirnya beliau bertemu dengan seorang rahib yang memberi tahu bahwa Allah akan mengirimkan seorang Nabi dari kalangan bangsa Arab. Oleh karena itu beliau memutuskan untuk kembali ke Mekah. Di tengah perjalanan beliau dibunuh oleh kawanan perompak dan tidak sempat kembali ke Mekah. Tapi doanya agar Allah tidak menghalangi anaknya masuk Islam sebagaimana beliau terhalang, termakbul.


Allah memperkenankan doa Zaid. Pada waktu Rasulullah saw mengajak orang ramai untuk masuk Islam, Said segera memenuhi panggilan Islam. Said bin zaid menjadi pelopor orang-orang beriman dengan Allah dan membenarkan kerasulan Nabi Muhammad saw. Said bin Zaid masuk Islam tidak seorang diri, melainkan bersama-sama dengan isterinya, Fathimah binti Khatthab, adik perempuan Umar bin Khatthab. Kerana pemuda Quraisy ini masuk Islam, dia disakiti dan dianiaya, serta dipaksa oleh kaumnya agar kembali kepada agama mereka. Tetapi mereka tidak berhasil mengembalikan Said dan isterinya kepada kepercayaan nenek moyang mereka, bahkan sebaliknya Said dan isterinya berhasil menarik seorang lelaki Quraisy yang paling hebat masuk Islam. Mereka berdualah yang telah menyebabkan Umar bin Khatthab masuk Islam.


Said bin zaid pernah hijrah ke Habsyah (Ethiopia), kemudian Madinah, dan Rasulullah saw mempersaudarakan beliau dengan Ubay bin Ka’ab. Rasulullah saw pernah mengutus beliau bersama Thalhah bin Ubaidillah untuk mengintai kafilah Quraisy yang pulang dari berniaga, dan saat keduanya melaksanakan tugas, terjadilah perang Badar yang berakhir dengan kemenangan untuk kaum muslimin, kemudian keduanya pulang dan Rasulullah saw memberikan kepada keduanya bahagian dari harta rampasan perang. Said terkenal dengan keberaniannya dan kegagahannya, dan selalu menyertai setiap peperangan.


Beliau termasuk seorang yang doanya selalu dikabulkan oleh Allah, diriwayatkan bahawa Arwa binti Uwais telah melakukan penipuan dengan menuduhnya merampas sebahagian tanah miliknya, kemudian perempuan itu pergi ke Marwan bin Hakam yang waktu itu sebagai gabenor Madinah, dan mengadukan permasalahannya. Maka Marwan pun mengutus seseorang kepada Said untuk menghadap kepadanya, lalu Marwan berkata,"Sesungguhnya wanita ini menuduh engkau telah merampas tanahnya," Said berkata,"Bagaimana mungkin saya menzalimi-nya sedangkan saya pernah mendengar Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa yang mengambil tanah orang lain walau sejengkal maka nanti di hari kiamat Allah akan memikulkan tujuh lapis bumi kepadanya”. Marwan berkata : “Jadi engkau harus bersumpah”, Said berkata : “Ya Allah jika wanita ini berdusta, maka janganlah engkau matikan dia kecuali matanya lebih dahulu buta, dan menjadikan kuburnya di sumur kemudian meninggalkan tanah yang dikatakan sebagai miliknya kuburannya”. Setelah waktu berjalan, mata Arwa menjadi buta dan selalu dituntun oleh budaknya, dan pada suatu malam dia bangun dari tidurnya, sedangkan budaknya belum bangun lalu berjalan dan dirinya tercebur ke dalam sumur yang ada di dalam rumahnya lalu mati dan dijadikan sumur itu sebagai kuburnya.


Said bin Zaid adalah sahabat yang sangat terkenal dikalangan manusia, beliau mencintai mereka dan merekapun mencintainya, dan saat terjadi fitnah dikalangan umat Islam beliau tidak ikut di dalamnya, beliau sangat tekun dalam ketaatan kepada Allah dan beribadah kepada-Nya hingga akhir hayatnya. Said bin Zaid meninggal pada umur 73 tahun, 51 tahun sesudah Hijrah di Madinah, Saad bin Abi Waqqash dan Abdullah bin Umar yang menolong masukkan jenazahnya ke dalam liang lahat.

Saturday, October 9, 2010

Duhai manusia...sedarlah !!


Assalamualaikum...


Aku terjumpa satu kisah menarik yang boleh kita sama-sama renungi, lebih-lebih lagi mereka yang suka mempermainkan hukum dan perintah Allah swt..selamat membaca dan membuka pintu rumah iman anda...INSYAALLAH..


Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.


Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan ada

t serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki.... " nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: "Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakai

an menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?" Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. " Jika ISLAM itu BENAR,tempatkan bilikku di Neraka ,Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.



Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.


Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkeja

r untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.


Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na'uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.


Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. H

anya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul 'alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.


Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang tersebut . Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.


Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita, amin.

Friday, October 8, 2010

..Penyucian Jiwa Insan..



Assalamualaikum...

Duhai sahabat pembaca yang ku hormati sekalian, kali ini aku ingin menekankan topik berkaitan dengan penyucian jiwa. Aku cuba membicarakan topik ini adalah kerana aku merasakan suasana (bi`ah ) masyarakat terutama disekeliling ku ini semakin hari semakin jauh daripada agama apatah lagi dalam mengingati Allah dan membuat amalan-amalan soleh seperti SOLAT, PUASA dan selainnya. Jika sahabat pembaca sekalian pernah membaca akan sejarah Muhammad bin Abdul Wahab yang mana dikatakan mencetuskan aliran wahabbi pasti kalian merasakan aku seperti mengikut cara beliau. Iya memang benar, aku sedang mengikut cara beliau dalam menyedarkan masyarakat akan kepentingan menjaga kesucian jiwa dan kesucian AGAMA ISLAM.

Sedikit sejarah tentang Muhammad bin Abdul Wahab, beliau telah membawa masyarakat di tempat beliau pada zaman itu keluar daripada kesibukkan dunia sehingga melupakan urusan agama dan kerohanian. Beliau telah menyeru masyarakat dengan kembali kepada Al-Qur`an dan Sunnah supaya hati-hati mereka kembali kepada mengingati ALLAH swt.

Oleh disebabkan itulah, aku merasakan perlunya aku mengingati dan memberikan kesedaran kembali kepada masyrakat terutama di tempat ku supaya kembalilah kepada AGAMA. Sama-samalah kita rajin ke rumah Allah. Sama-samalah kita meninggalkan maksiat dan perkara yang dilarang oleh ALLAH swt. Semoga kehidupan kita bahagia di akhirat ( dunia yang kekal bagi kita manusia) dan tidak hanya di dunia yang sementara ini. Dengan itu marilah kita fahami dan sedar apakah itu tazkiyah al-nafs atau erti kata lain penyucian jiwa.

Terdapat pelbagai definisi yang diberikan oleh penulis-penulis terkemuka di dalam bidang kerohanian Islam ini. Said Hawwa mendefinisikan tazkiyyah al-nafs sebagai satu bentuk amalan perbuatan yang mempengaruhi jiwa manusia secara langsung bagi menyembuhkannya dari pelbagai

jenis penyakit hati serta membebaskan ruh manusia dari cengkaman syaitan. Ini membawa maksud bahawa, jiwa manusia itu mestilah sentiasa dibersihkan daripada pelbagai anasir kotor yang mampu menjatuhkan mereka ke lembah yang hina serta tidak diredhai Allah. Hal ini bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud :

'' (Nikmat berkiblatkan Ka`abah yang Kami berikan kepada kamu itu), samalah seperti nikmat Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu iaitu Muhammad, yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu dari amalan (syirik dan maksiat), dan yang mengajarkan kamu kandungan kitab (al-Qur`an) serta hikmat kebijaksanan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui.''

Manakala bagi Sheikh Abdul Qadir al-Jailani pula membahagikan takrif tazkiyah al-nafs kepada dua bahagian. Pertama, penyucian yang bersifat luaran sebagai mana yang disarankan oleh Islam, iaitu membasuh dengan menggunakan air untuk menghilangkan segala kekotoran.

Dalam konteks yang sama juga, beliau turut mengklafikasikan amalan wudhuk sebagai salah satu bentuk penyucian bagi kategori pertama ini. kedua, penyucian yang bersifat dalaman dan melibatkan perlakuan dosa. Tambahnya lagi, ia hanya boleh dihapuskan melalui dosa. Tambahnya lagi, ia hanya boleh dihapuskan melalui proses taubat dan diikuti dengan amalan-amalan kerohanian yang diajar oleh guru-guru tarikat.

Anas Ahmad Karzun pula, menjelaskan bahawa penyucian jiwa ini merupakan satu proses pembersihan diri daripada sebarang bentuk kejahatan dan keburukan serta memperbaikinya ke arah kebaikan sehingga mencapai martabat yang mulia.

Mohd Sulaiman Yasin pula mentakrifkan penyucian jiwa ini sebagai proses pengubatan hati yang dicernakan melalui pembuangan sifat-sifat dan amalan keji serta pengisian kembali dengan amalan yang terpuji. Proses penyucian jiwa dilakukan melalui pengembaraan ruhaniah dan mujahadah al-nafs.

Sebagai kesimpulannya, kita perlulah MEWAJIBKAN diri kita supaya melakukan penyucian jiwa dari segi aspek luaran dan dalaman selaras dengan kehendak agama ALLAH iaitu Islam agar tidak menurut hawa nafsu yang sering menjadi dalang kejatuhan individu MUSLIM. Semoga dunia kita kelek ini ada bersamanya akhirat yang dijunjung. InsyaAllah..

" dan bertaubatlah kamu sekalian kepada allah, wahai orang-orang yang beriman, moga-moga kamu beruntung"
(surah al-Nur :31)

Sunday, October 3, 2010

Dosa Tinggal Solat Lebih Besar Daripada Zina !!




Assalamulaikum..wbrkth..
Buat semua sahabat..sama-samalah kita dapatkan kesedaran daripada artikel ini..semoga Allah membuka pintu hati kita dan diberikan hidayah kepada kita...amiin amiin ya rabbal a` lamin..(^^)

Pada satu senja yang lengang, kelihatan seorang wanita berjalan dalam keadaan

terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menunjukkan dia dicengkam kesedihan manakala kerudungnya menutup rapat hampir seluruh wajahnya.

Walaupun tidak bersolek atau memakai perhiasan lain di tubuhnya, kulitnya yang bersih, memiliki tubuh yang ramping dan rona wajah yang ayu, tetap tidak dapat menghapuskan kepedihan yang sedang membelenggu hidupnya.

Dia melangkah perlahan-lahan mendekati rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Apabila terdengar ucapan ‘silakan masuk’ dari dalam, wanita

cantik itu melangkah masuk sambil kepalanya terus tertunduk.

Air matanya berderai ketika dia berkata: “Wahai Nabi Allah, tolonglah saya, doakan saya supaya Tuhan berkenan mengampunkan dosa keji saya,” “Apakah dosamu wahai wanita ayu?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut. “Saya takut mengatakannya,” jawab wanita cantik itu. “Katakanlah, jangan ragu-ragu,” desak Nabi Musa.

Lalu wanita itu memulakan cerita, “Saya….telah berzina.” Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, “Dari penzinaan itu, saya pun…. hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya…cekik lehernya sampai…mati,” cerita wanita itu sambil menangis sekuat-kuat hati.

Mata Nabi Musa berapi-api dan dengan muka yang berang, dia mengherdik, “Perempuan jahat, nyah kamu dari sini! Supaya seksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!” teriak Nabi Musa sambil memalingkan muka kerana jijik.

Mendengar herdikan itu, wanita itu pun segera bangun dan berlalu dengan hati yang hancur luluh. Ketika keluar dari rumah Nabi Musa, ratapannya amat memilukan. Dia terfikir ke mana lagi dia hendak mengadu kerana apabila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang betapa besar dosanya dan jahat perbuatannya.

Tetapi dia tidak tahu bahawa sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun berjumpa Nab

i Musa. Lalu Jibril bertanya: “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu ada dosa yang lebih besar daripadanya?”

Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?” tanya Nabi Musa kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?” “Ada,” jawab Jibril dengan tegas. “Dosa apakah itu?” tanya Nabi Musa lagi. “Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besardaripada seribu kali berzina.”

Mendengar penjelasan itu, Nabi Musa kemudian memanggil wanita itu untuk menghadapnya se

mula. Dia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohon ampunan kepada Allah S.W.T untuk wanita itu.

Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu ke atas dirinya. Bererti, dia seakan-akan menganggap remeh perintah Allah, bahkan seolah-olah menganggap Allah tiada hak untuk mengatur dan memerintah hambaNya.

Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan bersungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dalam dada, yakin bahawa Allah S.W.T itu ada dan berada di jalan ketaatan kepadaNya. Itulah sebabnya Allah pasti mahu menerima taubatnya.

P/S : Solat itu tiang agama..jika benar kita beragama islam maka diri dan teguhkanlah tiang itu..dan ingatlah perkara pertama yang akan dihisab oleh Allah swt ialah solat.....!!

sumber : www.iluvislam.com

Thursday, September 16, 2010

Iklan TV yang membahayakan AQIDAH

Assalamualaikum..

Baru-baru ini negara kita telah digemparkan dengan satu iklan raya yang mengandungi unsur-unsur syirik yang boleh merosakkan aqidah umat islam. Aku merasakan ini adalah kerana "Pegangan Pemimpin" negara yang terlalu taksub terhadap kata-kata keramat SATU MALAYSIA. Jika diperhatikan setiap iklan yang keluar di kaca tv mahupun di corong-corong radio dan ditempat2 lain lagi semuanye mengandungi unsur satu malaysia. Adakah sahabat pembaca semua sedar??..Bukanlah aku tidak menerima satu malaysia ataupun perpaduan kaum tetapi kita perlu ingat urusan agama itu tidak boleh kita sepadukan dengan agama lain. Ini kerana Allah telah berfirman :

" Sesungguhnya agama yang diredhai disisi Allah adalah Islam'' (19,Ali Imran )


Disini aku ingin berkongsi kepada semua sahabat pembaca apakah unsur2 syirik dan boleh merosakkan aqidah yang terdapat dalam iklan yang di buat oleh seorang yang bukan Islam (mengikut sumber yang aku baca).


Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.


1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu


2.Buku - Bible


3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan


4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur


5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis


6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM


7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran


Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).


1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)


2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan


3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus


4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism


Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.


1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.


2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian

3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian Scene


4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)


1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.


Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.


1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)


2.Teluk Intan, Hilir P...erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.


3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.


Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.


1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan


Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.


1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.


Scene 8 - Seorang budak perempuan memeluk seorang budak perempuan lain dari belakang. Kepala seorang budak lelaki hanya tersengih di tepi pasangan tersebut.


1.Pasangan Budak Perempuan Berpelukan - Lesbianism/Feminism

2.Kepala Budak Lelaki Tersengih - Lelaki yang tak dipedulikan dan diperbodohkan.


Scene 9 - Beca terbang merentasi sebuah pulau.


1.Pulau - Singapore lah.


Scene 10 - Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang.


1.Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jin2.Masjid Kecil - Agama Islam yang lemah


Scene 11 - Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu.


1.Bangunan Misteri - Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid)


2.Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk - Perlakuan Biadab




ni video iklan tu..cubelah tgk setiap scene yang diceritakan dia atas..


p/s:Bukan aku berniat tidak baik tetapi tujuan aku hanyalah untuk membuka mata semua sahabat2 yang bergelar MUSLIM, sedarlah kita akan keadaan sekeliling kita ini dan jangan hanya membiarkan dan melepaskan tangan kepada orang lain padahal ia akan disoal ALLAH di padang Mahsyar kelak..renung2kanlah !!

Saturday, September 4, 2010

Ramadhan & Lailatul Qadar

Assalamualaikum...

Buat renungan semua sahabat pembaca sempena Ramadhan yang bakal musafir meninggalkan kita dan hanya kembali setelah setahun perjalanannya..namun sempatkah kita menemuinya??..sempatkah kita?? sama-sama kita merenung dan bertindak..semoga Ramadhan yang tinggal ini menjanjikan kegembiraan bagi kita di Akhirat sana..insya-Allah...

Sajak :

Ramadhan

Waktu terus bergulir

Ramadhan segera berakhir

Ada luka yang terus terukir

Ada sedih yang terus mengalir

Ya Allah selamatkanlah kami

Hingga bulan Ramadhan ke depan

Dan pertemukan untuk bulan Ramadhan

Dan terimalah seluruh amal kami di bulan Ramadhan


Lailatul Qadar

Kubuka lebar-lebar

Hati dan jiwa

Agar para malaikat

Berkenan tuk menyapa

Dalam sujud panjangku

Di malam ke dua puluh tujuh

Ya Rahman…ya Rahim…

Ya Malikul Qudus…

Ya Kabir… ya Ghofur…

Takkan kuhentikan

Tuk sebut asma-Mu

Tuesday, July 27, 2010

Si Kuda dan Si Baik

Pada suatu hari di bandar Madinah, ketika Nabi Muhammad sedang mengajar ilmu agama islam kepada sahabat-sahabatnya di dalam masjid, tiba-tiba datang seorang lelaki menaiki unta di luar masjid. Lelaki itu kelihatan seperti pengembara yang datang dari jauh. Lelaki itu turun dari untanya menuju ke tempat mengambil air sembahyang. Sejurus selepas mengambil air sembahyang, beliau masuk ke dalam masjid dan berjumpa Nabi Muhammad.

Lelaki itu menyapa Nabi Muhammad dengan penuh hormat sambil memberi salam, lalu beliau berkata, ''Saya adalah pengembara. Saya mengembara selama 9 hari untuk berjumpa Tuan.'' Dia berkata lagi, ''Dalam pengembaraan ini, saya menahan rasa mengantuk pada waktu malam dan menahan rasa dahaga pula pada waktu siang. Saya memecut unta saya berlari laju supaya cepat sampai ke sini.'' Lelaki remaja itu bercerita bersungguh-sungguh tentang pengembaraannya.

''Semua yang saya lakukan itu adalah semata-mata kerana mahu berjumpa Tuan dan bertanya tentang dua masalah,'' ujar lelaki itu dengan menjelaskan niat pengembaraannya.

''Silakanlah! Beritahu masalah kamu kepada saya,'' kata Nabi Muhammad sambil mempelawa lelaki remaja itu bertanya.

Ibaratkan orang mengantuk disorongkan bantal, lelaki remaja itu segera bertanya dua masalah yang terpendam dihatinya selama ini. ''Wahai pesuruh Tuhan, masalah saya yang pertama adalah bagaimana sifat-sifat manusia yang disayangi Tuhan? Masalah kedua, bagaimana pula sifat-sifat manusia yang dimurkai Tuhan yang maha satu?'' tanya lelaki remaja itu dengan tidak sabar-sabar lagi menanti jawapan Nabi Muhammad.

Nabi Muhammad berasa kagum dengan lelaki remaja itu. Nabi Muhammad tersenyum sambil memandang wajahnya. Walaupun begitu, Nabi Muhammad tidak segera menjawab pertanyaan lelaki remaja itu.

'' Wahai orang muda, siapakah nama kamu?'' tanya Nabi Muhammad.

''Kawan-kawan saya sering memanggil saya dengan gelaran Zaid Khail'', jawab lelaki remaja itu memperkenalkan dirinya.

Zaid Khail bermaksud Zaid Si Kuda Jantan. Kemungkinan beliau suka membela kuda atau berlari sepantas kuda sehingga beliau digelar Si Kuda Jantan.

Apabila Nabi Muhammad mendengar namanya, beliau tersenyum lalu berkata, ''Bukan Zaid Khail tetapi nama kamu sekarang ialah Zaid Khair.'' Nabi Muhammad mengubah gelarannya kepada erti yang lebih baik. Gelarannya diubah daripada Zaid Khail yang bermakna Zaid Si Kuda Jantan kepada gelaran Zaid Khair iaitu Zaid Si Pembawa Kebaikan.

Walaupun gelarannya tadi sudah ditukar menjadi lebih baik ertinya, lelaki itu masih tidak puas hati kerana jawapan bagi dua masalahnya belum dijawab.

Wahai pesuruh Tuhan, saya mahu jawapan tentang dua masalah saya tadi. Pertama, bagaimana sifat-sifat manusia yang disayangi Tuhan dan kedua, bagaimanakah sifat-sifat manusia yang dimurkai Tuhan?'' Lelaki itu mengulangi pertanyaannya kepada Nabi Muhammad.

Sekali lagi Nabi Muhammad tidak segera menjawab pertanyaannya. Lelaki itu resah menanti jawapan. Beliau memandang wajah Nabi Muhammad dengan penuh harapan. Seolah-olah hatinya berbisik, ''Bilakah pertanyaanku ini akan dijawab?''

Nabi Muhammad mahu mengetahui lebih lanjut tentang diri lelaki itu. "Wahai orang muda, bagaimana perasaan kamu sewaktu bangun dari tidur?''

Wahai pesuruh Tuhan, setiap kali bangun dari tidur, saya berasa terlalu ringan bagi melakukan kebaikan. Saya juga berasa terlalu rindu bagi melakukan kebaikan. Saya juga berasa terlalu rindu untuk bertemu orang yang melakukan kebaikan. Apabila saya diberi peluang membuat kebaikan, saya tidak mengharapkan sesuatu melainkan kasih sayang Tuhan. Tetapi, apabila saya terlepas peluang membuat kebaikan dalam satu hari, saya berasa terlalu sedih,'' jawab lelaki itu berterus terang.

Nabi Muhammad tersenyum lagi mendengar jawapan lelaki itu. Lalu, Nabi Muhammad berkata, ''Wahai orang muda, begitulah sifat-sifat manusia yang disayangi oleh Tuhan. Manakala yang dimurkai Tuhan adalah orang yang tidak ada sifat-sifat yang kamu sebutkan tadi.''

Nabi Muhammad tidak perlu menghurai dan menjawab pertanyaan lelaki remaja itu. Sebenarnya lelaki itulah yang menjawab pertanyaannya sendiri. Selama 9 hari pengembaraan yang jauh dan mencabar bagi menjawab dua soalannya, akhirnya jawapan yang dinanti-nanti itu ada pada dirinya sendiri.

sumber : Ainol Kusyairi, Dimanakah Tuhan, 2009, PTS Publications & Distributors SDN. BHD.

Friday, June 18, 2010

Solat Berjemaah



Assalamualaikum...

Hari jumaat adalah penghulu segala hari. Dalam bahasa arab ia disebut Sayyidul Ayyam. Kalau hari jumaat memang tak dapat tidak wajib ke atas semua mukmin lelaki yang berakal dan baligh untuk menunaikan sembahyang jumaat. Tetapi ada rukhsah bagi mereka yang musafir namun ia perlulah mengikut syarat-syarat yang telah digarisksn oleh ulama`-ulama` berdasarkan hadith dan Al-Qur`an.

Selain mendirikan solat jumaat, kita perlu terlebih dahulu mendengar dua khutbah. Dalam perkara mendengar khutbah ini, banyak pendapat yang membincangkan hukum mendengar khutbah ini bagi orang yang ingin mendirikan solat jumaat tetapi bukan itu yang ingin aku berkongsi hari ni. Apa yang aku ingin kongsikan ialah tajuk khutbah yang dibicarakan pada hari ini dimasjid kampung aku.

Tajuk khutbah hari ni ialah pentingnya solat fardhu berjemaah di masjid dan surau. Bila aku dengar saja khatib membaca tajuk tu sikit tersentuh di hatiku ini. Adakah aku menunaikan 5 waktu solat aku berjemaah di masjid??? Namun aku tertunduk kerana aku tak dapat berjemaah sepenuhnya solat 5 waktu aku. Oleh itu aku tergerak untuk menyampaikan isi khutbah yang aku dengar supaya sama-sama kita dapat membawa perubahan kepada diri kita.

Allah ada berfirman di dalam Al-Qur`an maksudnya :

“ Dan berikanlah peringatan sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin”

(Az-Zariat:55)

Antara isi khutbah yang ingin aku tekankan adalah berkaitan 4 cara bagaimana untuk mempersiapkan diri bagi mendirikan solat berjemaah :-

1- Sentiasa mempersiapkan diri untuk solat fardhu berjemaah dimana sahaja.

2- Memastikan diri dan pakaian bersih apabila hendak mendirikan solat.

3- Mengetahui waktu masuknya solat.

4- Bersedia untuk menjadi imam dan bilal.



Untuk memberikan perkongsian yang lebih berkaitan tajuk ni aku telah mencari serba sedikit bahan-bahan untuk menghuraikan lebih lanjut supaya pemikiran dan pengetahuan kita lebih terbuka dan lebih terdedah.Sebagaimana yang kita tahu semakin ramai bilangan jemaah maka semakin besar pula fadhilat pahalanya. Solat jemaah adalah berlainan hukumnya menurut jenis solat yang dikerjakan, iaitu:

  1. Fardhu ain pada solat Jumaat;
  2. Fardhu kirayah pada solat fardhu lima waktu; dan
  3. Sunat pada solat jenazah dan solat-solat sunat yang disunatkan berjemaah padanya, seperti solat dua hari raya, solat gerhana bulan dan matahari, solat minta hujan, solat terawih dan solat witir pada bulan Ramadhan.

Tuntutan berjemaah pada solat fardhu ??


Tuntutan berjemaah pada solat 5 waktu yang selain daripad
a solat fardhu Jumaat, pada pendapat yang masyhur dan paling sohih menurut Imam an-Nawawi adalah tuntutan fardhu kifayah yang diwajibkan bagi orang-orang lelaki yang berakal, baligh, bermukim, mempunyai pakaian menutup aurat dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran syarie.

Jadi bererti apabila sesebuah kampung atau mukim mendirikan solat jemaah di tempat yang dikira menzahirkan syiar Islam seperti di masdjid atau surau, maka gugurlah dosa atas orang-orang kampung atau mukim yang tidak hadir bersolat jemaah. Tetapi sekiranya tidak didirikan solat jemaah maka semua penduduk kampung atau mukim itu berdosa.

Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa,

Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah.

Imam Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r.a:

Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak mempunyai orang yang boleh memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya Baginda telah membenarkannya, tetapi kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat yang dikumandangkan di masjid.

Fadhilat (kelebihan) solat berjemaah??


Fadhilat solat berjemaah a
mat besar sekali berbanding dengan solat bersendirian. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda).

(Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sebenarnya fadhilat solat berjemaah adalah bertali arus, sambung menyambung, mengembang dan membesar. Orang yang bersolat jemaah bukan sahaja mendapat setakat 27 darjat, malah dia akan mendapat banyak fadhilat dan keuntungan sampingan lain lagi semasa dia berulang alik ke masjid dan semasa dia berada dalam masjid.

Kajian Membuktikan Kelebihan Solat Berjemaah

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif.

Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.


Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama. Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan.

Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan

tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan

kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas

yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala

yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini b

erlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita. Menurut beliau lagi, setiap kali

kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat

berapa jam.


Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas p

ositif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi

proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat

Subuh didirikan 2 rakaat. Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah

otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak

daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan

Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab

itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk membe

ri ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.


Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang.

Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan s

ekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat

Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas

dengan lebih lama. Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak

lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa

yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya

dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuaidengan penggunaan tenaga

yng kurang berbanding 2waktu sebelumnya.


Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4

rakaat. Logiknya,pada waktu malam kita tidak

banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas

yang banyak. Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa

Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam

amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud

di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu

akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita

bangun malam (qiamullail).


Dalam kajiannya, professor

ini mendapati bahawaIslam adalah satu agama

yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang ter

sirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri

dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau

memeluk agama Islam.



Sahabat-sahabat pembaca sekalian, inilah serba sedikit perkongsian yang dapat aku kongsikan untuk kali ini. Semoga kita sama-sama dapat berjemaah dalam menunaikan solat fardhu 5 waktu kita..Ya Allah berikanlah kekuatan kepada kami untuk menunaikan perintah solat-Mu secara berjemaah dan jadikan solat yang kami dirikan mencegah kami dari perkara-perkara Fahsya` dan mungkar..amiiin..

Sumber :

http://spermaovum.blogspot.com/2009/03/sisipan-pengetahuan-fadhilat-solat.html

http://soleh.net/2008/09/08/kelebihan-solat-berjemaah/