Monday, November 2, 2009

Jika Aku Jatuh Cinta

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

edit by : Diriku

Sahabat-sahabat..bukanlah aku ingin mengajak atau membawa kalian berada dalam dunia cinta sehingga lupa pada yang lebih utama. Namun ku cube memberi kalian dan diriku peringatan kerna diri kita tidak dapat menolak rasa cinta itu dari lahir dan kembang bak bunga yang segar dalam diri kita ini. Semoga cinta yang tersemai atau baru berputik dalam hati kita dapat membawa kita lebih dekat dengan Allah yang Esa..insyaAllah...renung-renungkanlah kata-kata ku ini buat kita bersama..Sahabat..


Ya Allah jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatanku untuk menyintai-Mu.


Cinta merupakan fitrah bagi manusia namun ingatlah manusia itu berbagai-bagai jenis adanya,maka cinta yang fitrah itu akan mengikut pada siapa lahirnya ia. Jadi sahabat-sahabat, sama-samalah kita memohon pada Allah yang Esa temukan kita kepada kekasih yang fitrah cintanya suci nun kepada Yang Esa dan semoga cinta itu memberi kekuatan kepada kita dalam menggapai cinta Allah Yang Esa.


Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padamu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.


Sahabatku semua, hati amatlah lembut dan anggota paling utama dalam jasad kita yang sementara ini. Jika iman yang kita isikan ke dalamnya maka baiklah dan bergembiralah kita namun jika nafsu yang mengatasi segalanya maka musnahlah kita di dunia dan nun akhirat sana.


Ya Rabbana jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya,
agar tidak berpaling daripada hati-Mu.

Ia kita manusia tak dapat menolak cinta itu hadir dalam hati kita ini kerana ia sudah fitrah Allah menjadikan kita.Namun rugilah kita jika membiarkan cinta yang hadir mengisi hati kita ini menjauhkan dan melupakan kita pada Allah Yang Esa.


Ya Rabbul Izzati jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid dijalan-Mu.

Bila bercinta sudah tentu timbul perasaan rindu.Inilah sebenarnya kenikmatan cinta wahai sahabat ku semua. Namun kemanakah kerinduan itu hendak kita dayungkan amatlah penting untuk kita fikirkan bersama.


Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasih hatiku,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu.

Cinta nikmatnya amatlah terasa sekali.Mana taknya hati sentiasa gembira dan fikiran sentiasa tenang dengan adanya cinta dari si dia yang di cintai.Namun lupakah kita nikmat cinta itu hanya sementara jika nak kita bandingkan kenikmatan yang Allah janjikan pada kita jika bersengkang mata pada perngakhiran malam-Nya.

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasih ku,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh,
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadamu.


Sahabat bila dah cinta,apa sahaja sanggup kita korban hatta nyawa kita sendiri semata-mata kekasih hati kita. Namun jangan biar cinta itu alpakan kita daripada tanggungjawab dan taklif kita untuk mengajak manusia menuju Allah Yang Esa.Jika ia berlaku celakalah kita nun di akhirat sana.


Ya Allah jika kau halalkan aku merindui kekasihku,
jangan biarkan aku melampaui batas,
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Sahabat jika merindui kekasih hati kita jangalah ia melebihi cinta dan rindu kita pada Allah Yang Esa yang sudah pasti hakiki seharusnya.

Tuesday, September 22, 2009

Sambutan Raya lepas puasa enam?????

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

oleh:Diriku

Hari Eid al-Fitr atau Hari Raya Eidul Fitri yang kedua menandakan bermulanya Puasa enam bagi setengah-tengah orang Islam. Pelbagai alasan yang memotivasikan mereka untuk memulakan puasa pada hari keDua Syawwal. Diantaranya adalah :

a. masih berada didalam mood puasa, lagi pun baru sehari break, elok sahaja diteruskan berpuasa.

b. takut melambat-lambatkan Puasa Enam nanti langsung Syawwal berlalu

c. berpakat sesama kawan-kawan untuk ramai-ramai berpuasa enam.

Alasan (c) ini akan membawa setengah-tengah mereka dikalangan kariah masjid atau surau menyambut apa yang dinamakan Hari Raya selepas puasa enam yang jatuh pada hari 8 Syawwal. Amalan ini juga dikenali oleh masyarakat Timur Tengah sebagai Eid al-Abrar, Kita dapati ada dikalangan anggota kariah akan memasak ketupat dan ada yang mula membakar lemang. Ada dikalangan anak-anak kecil yang bertanya,

"Buat apa tu?"

Jawab si-Ibu : "Ini haa...Bapak engkau nak sambut Raya lepas habis puasa enam! Ini yang Mak masakkan rendang untuk dia".

Menyambut Raya selepas tamat puasa enam ini agak popular juga dikalangan Umat Islam seluruh dunia. Ia merupakan satu fenomena sejagat.Jika dijejaki, sejarahnya pasti lama sebelum zaman Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah rh lagi, kerana beliau sendiri pernah berfatwa mengenai perbuatan tersebut didalam Kitab Majmu' Fataawanya. Kenapa mereka begitu ghairah sekali menyambut Eid al-Abrar, atau Raya selepas puasa enam? Mungkin dua faktor yang dapat difikirkan buat masa ini...

1. Memahami bahawa hadith berikut :-

من صام رمضان ثم أتبعه بست من شوال فكأنما صام الدهر

Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikutinya dengan berpuasa 6 hari dibulan Syawwal maka seolah-oleh disudah berpuasa sepanjang tahun". [hadith Sahih Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tirmudzi]

Dengan berpuasa 6 hari didalam bulan Syawwal ganjarannya adalah seperti berpuasa 1 tahun, dan ini bermakna sudah tentu beraya pada hari ke lapan Syawwal bagi mereka yang tamat puasa enam lebih bagus lagi.

2. Perayaan ini sudah menjadi satu fadhilat turun temurun dikalangan sebahagian kecil umat Islam.

Ini merupakan amalan warisan yang kelihatan seolah-olah satu sunnah besar yang perlu diikuti.

Apakah hukum menyambut Eid al-Abar ini?

Didalam Kitab al-Sunnan (ms 166) ada menyebut : "Perayaan untuk Eid ini bagi setengah-tengah masjid adalah masyhur, dimana lelaki dan wanita bercampur lalu berjabat tangan sampai menyebut lafaz-lafaz Jahiliyah, kemudian mereka akan menyediakan berapa hidangan makanan khas bagi perayaan ini". Berkata Ibn Taimiyah rh : "Bagi mereka yang menyambut perayaan yang tidak ada didalam syariah, seperti beberapa malam pada bulan Rabi al-Awal dengan mengatakan, sesungguhnya ini adalah Malam Maulud, atau beberapa malam didalam bulan Rejab, atau 18 Zulhijjah, atau Jumaat pertama didalam bulan Rejab, atau 8 Syawwal yang kenali namanya sebagai Eid al-Abrar : sesungguhnya ianya adalah bid'ah yang tidak disukai oleh Salaf, dan mereka tidak beramal dengannya" [Majmu' Fataawa, 25/298].

Jelas disini bahawa umat Islam dilarang menyambut Eid al-Abrar kerana ia merupakan satu perayaan yang diada-adakan. Tidak ada larangan bagi mereka yang ingin berpuasa seawal 2 Syawwal, kerana yang diharamkan hanyalah berpuasa pada 1 Syawwal sebagai hadith Abu Saed ra. riwayat Imam Bukhari. Bagi umat Islam hanyalah terdapat hanya 2 perayaan sahaja, iaitu Eid al-Fitr dan Eid al-Adha.

Barangkali kita kena fikirkan juga mengapa Imam Malik rh mengatakan puasa Enam itu makruh hukumnya, walaupun puasa Enam ini datang dari hadith yang sahih. Beliau khawthir akan mungkin ada yang mengatakan puasa Enam ini hukumnya wajib. Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi rh menganggap kata-kata Imam Malik ini sebagai langkah berhati-hati dan bukan melarang.

Mungkin kita juga boleh usulkan agar puasa Enam tersebut tidak dilakukan pada awal Syawwal bagi meraikan kedatangan sahabat handai yang menziarahi mereka.Puasa enam merupakan amalan kesinambungan madrasah Ramadhan yang telah tamat apabila bermulanya Syawwal. Ini bukan merupakan puasa untuk menyambut 8 Syawwal, atau Hari Raya selepas puasa Enam yang jelas bid'ah hukumnya. Apa yang jelas ialah puasa ini boleh dilaku pada bila-bila masa didalam bulan Syawwal.

wallahua`lam.

sumber: http://akob73.blogspot.com/2008/10/raya-selepas-puasa-enam.html

Ganjaran Puasa Enam di bulan Syawal..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....

oleh:Diriku

Adalah menjadi lumrah bagi kebanyakan umat Islam untukmenggiatkan aktiviti ibadah pada sepanjang bulanRamadan. Ini adalah kerana pada bulan yang penuhberkat ini Allah 'Azza wa Jalla membuka pintu langitdengan seluas-luasnya untuk menurunkan limpahanrahmat-Nya kepada sekalian hamba-hamba-Nya. Pada bulanyang mulia ini juga segala amalan-amalan berbentukketaatan kepada-Nya akan naik secara terus kepada-Nya.Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

Apabila masuk bulan Ramadan, maka pintu-pintu langitdibuka… Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalamShahihnya, no: 1899

Namun demikian apabila Syawal menjelma terdapat ramai umat Islam yang mula lalai serta alpa dalam mengerjakan ibadah. Syawal di lihat seperti bulan untuk berehat dari melakukan amal-amal soleh dan digantikan dengan pesta pembaziran, pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita, memakai pakain yang tidak mengikut spesifikasi syari’at, temasya menonton rancangan televisyen yang berunsur hedonis dan lain-lain lagi. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana pada bulan Ramadan umat Islam seolah-olah berada di dalam sebuah institusi latihan untuk membentuk insan yang bertaqwa dan setelah tamat latihan tersebut ia sepatutnya dapat membantu seseorang untuk mengekalkan ketaqwaan tersebut pada baki sebelas bulan lagi.

Justeru itu seluruh umat Islam sewajarnya mengekalkan peningkatan dalam tahap mengerjakan amal ibadah padabulan Syawal dan bulan-bulan yang lain. Di antara bukti bahawa Ramadan telah berjaya membentukkeperibadian yang tinggi terhadap seseorang dalammenjadi insan yang bertaqwa adalah dengan mengerjakan puasa sunat Syawal atau lebih dikenali dengan puasa enam bagi masyarakat kita. Dalil disyari’atkan ibadah puasa sunat Syawal adalah sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan laludiiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal,maka seolah-olah dia telah berpuasa sepanjang masa. -Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, no: 1164

Menerusi hadis di atas dapat kita fahami bahawakeutamaan puasa sunat pada bulan Syawal adalahseolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun. Menurut Syaikh ‘Abdullah al-Bassam:

Barangsiapa berpuasa enam hari pada bulan Syawalsetelah Ramadan maka seakan-akan dia berpuasa fardusetahun. Ini adalah kerana satu kebaikan di balas dengan sepuluh kali ganda sepertinya. Puasa pada bulan Ramadan dibalas dengan ganjaran bersamaan sepuluh bulan (iaitu bersamaan dengan 300 hari), puasa enam hari (pada bulan Syawal) pula mendapat ganjaran sebanyak dua bulan (iaitu bersamaan dengan 60 hari),yang demikian itu menjadi sunah yang sempurna, maka tercapailah pahala beribadah setahun tanpa kesulitan sebagai kurnia daripada Allah dan nikmat ke atashamba-Nya. – Taudhih al-Ahkam min Bulughul Maraam,jilid 3, ms. 576, Pustaka Azzam.

Cara yang paling utama untuk melaksanakannya adalahmemulakan berpuasa sesudah Hari Raya Aidilfitri secara langsung (iaitu pada tarikh 2 Syawal), berturut-turut sebagaimana yang ditetapkan oleh para ulamak. Ini jugamerupakan pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam al-Syafi’i. Namun begitu seseorang juga bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan Syawal sama ada di awal, pertengahan mahupun akhirnya bahkan dia juga boleh mengerjakan secara berturut-turut mahupun berpisah-pisah.

Amalan sesetengah pihak yang melakukan puasa qadha dan sunat Syawal secara serentak mengikut formula dua dalam satu merupakan perbuatan bidaah yang tidak ada dalilnya dari mana-mana hadis Nabi shallallahu 'alaihiwasallam yang sabit. Apa yang lebih utama adalah menyempurnakan puasa bulan Ramadan terlebih dahulu yakni dengan menggantikan puasa-puasa yang tertinggal kemudian baru dikerjakan puasa sunat Syawal. Ini lebih bertepatan dengan maksud hadis di atas untuk mendapat keutamaanya iaitu seolah-olah berpuasa sepanjangtahun. Oleh itu janganlah ketinggalan dari menunaikan puasa sunat enam hari di bulan Syawal ini.

sumber: http://akob73.blogspot.com/2008/09/puasa-enam-mendapat-ganjaran-puasa.html

Wednesday, July 15, 2009

Hati Kecilku.. (قلبي الصغير)

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Sahabat pembaca semua,aku mengambil kesempatan kali ini dengan mempersembahkan kepada kalian sebuah syair arab yang begitu indah bahasa dan maknanya.Aku mendapat inspirasi untuk mencari syair adalah daripada ustaz aku yang mengajar aku untuk sem ini.Aku amat mengagumi kepuitisan bahasa yang digunakan apabila mula berbicara memulakan tutur kata.Semoga apa yang dimiliki olehnya dapat aku miliki bersama..aminnnn..

Sama-samalah kita baca dan fahami apa yang terkandung dalam syair ini...


قَلْبِيْ الصَّغِيْرُ

Hati Kecilku..


حِيْنَ وُلِدْتُ أَعْطَيْتَــنِيْ قَلْباً صَغِيْراً خَالِيـــــــاً

Ketika dilahirkan, Kau berikanku hati kecil yang bersih..


مَلأْتُـهُ حُبّـــــــاً لَــكَ حُبّاً نَقِيّاً صَافِـيًــــــــا

Ku penuhi ia dengan cinta pada Mu..Cinta yang murni nan suci..

أَنْتَ حَبِيْبِيْ وَمَالِكِـــــيْ حُبُّكَ فِي قَلْبِيْ يَزِيْــــد

Kamu lah kekasih dan Pemilik Ku.. Cintamu pada hatiku, bertambah..


يَا مَنْ يَسُرُّنِي قُرْبُِــكَ سِوَى رِضَاكَ لا أُرِيْــدُ

Wahai yang dekatnya membahagiakanku.. ridha selain Mu tak ku inginkan..

قَلْبِيْ بِذِكْرِكَ يَطْمَئِـنُّ يَدْعُوْكَ رَبِّّي العَالِيَــا

Hatiku, dengan mengingat Mu,merasa tenang.. memohon kepada Mu tuhanku yang Maha Tinggi..


سُبْحَانَكَ وَبِحَمْـــــدِكَ يَرْجُوْكَ عَفْواً وَعَافِيَـا


Maha Suci engkau, dengan memuji Mu, ku memohon maaf dan ampunan Mu..


شُكْراً لِمَا أَهْدَيْتِـنِــــي قلباً بِذِكْرِكَ يَخْشَــــعُ

Syukur terucap.. untuk petunjuk yang Kau berikan padaku.. Hati ini, dengan menyebut Mu,merasakan khusyu’


ثَبِّتْهُ رَبِّي بِفَضْلِـــــكَ حَتَّى يُطِيْعُ وَيَسْمَــــعُ

Tetapkanlah hati ini dengan keutamaan Mu wahai tuhanku.. Sampai ia mentaati dan mendengar..


Syair oleh : Manshur Al Wawan

Penerjemah :Khairul Umam Al Batawy

Saturday, July 4, 2009

Kisah Si atuk,Si bapa dan Si anak

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

oleh:Diriku

Sahabat pembaca sekalian,kita selalu mendengar jika seseorang itu melakukan keburukan atau kejahatan semasa waktu mudanya mereka akan menerima perlakuan yang sama apabila sudah berusia.Sebagai contoh,jika hari ini kita sebagai seorang anak derhaka terhadap ibu bapa kita,kelak apabila kita bergelar sebagai bapa, anak-anak kita akan memperlakukan perkara yang sama terhadap kita.nauzubillahiminzaalik...Padahal sebagai seorang anak kita tidak sepatutnya derhaka terhadap ibu bapa kita yang telah banyak berkorban untuk kebahagian kita,namun hari ini kita dapat lihat anak-anak muda lebih menyanyangi awek,pakwe dan kawan-kawan mereka berbanding ibu bapa mereka.Apalah sebenarnya yang mereka ini pikirkan??Adakah mereka sedar mati sedanng mendekati kita dari hari ke hari??Adakah mereka ini tahu keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa mereka??
Sedarkah mereka tanpa redha Allah nerakalah tempat selayaknya bagi mereka??
Sahabat-sahabat pembaca,jika kita tidak terdetik rasa simpati dan sedih dalam diri kita apabila melihat kerosakkan dan kepunahan yang dialami anak-anak muda kita maka perkara yang sama akan berlaku kepada generasi muda kita di masa hadapan.

Allah berfirman,maksudnya:

"Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka berusaha mengubah diri mereka sendiri"

Disini aku bawakan satu cerita yang mana dapat kita lihat kesan perbuatan kita terhadap diri kita sendiri disuatu masa kelak.

Kisah ini tentang seorang anak yang terpaksa menjaga ayahnya yang sudah uzur.Saban hari dia merasakan hidupnya dalam kesusahan kerana terpaksa menjaga ayanhnya yang uzur itu,lebih-lebih lagi bila terpaksa mencuci najis ayahnya yang kencing dan berak sesuka hati.Tiap-tiap hari si anak mengeluh,aku sepatutnya enjoy dengan kawan-kawan bermain bola,shoping ,bersukan tapi apa yang aku buat,tiap-tiap hari duk menjaga si tua ni..huh...itulah keluhan si anak setiap masa.Bebanan si anak bukan setakat ayahnye saje tapi dia juga mempunyai seorang isteri dan anak yang hendak dijaga,keadaan ini telah menekan dia untuk membuat satu keputusan yang jauh diluar perikemanusiaan iaitu meninggalkan ayahnya di dalam hutan.
Satu hari,dia mengajak anaknye ke hutan dengan alasan nak bawa atuk hirup udara segar setelah lama terperap didalam umah je.Terjadilah dialog di antara mereka.

Ayah: Along,jom ikut ayah ke hutan!
Anak:Hutan? Nak buat apa kat hutan tu ayah?
Ayah:Saja bawa atuk ko ni kuar amek angin luar,nak ikut x?
Anak:000..kalu macam tu nak ikut la..
Ayah:Ha..kalu macam tu,along pergi amek kayu pengusung kat belakang.

Si anak cepat-cepat pergi ke belakang mengambil pengusung,lalu si tua diletakkan diatasnya.
Sambil berjalan mereka berbual-bual.

Ayah:Along besar nanti nak jadi macam siapa?
Anak:Along bila dah besar nanti,along nak jadi macam ayah.Ayah rajin dan baik.
Ayah:Iye ke bagus lah kalu along pikir macam tu.Jadi along kene contohi ayah betul-betul tau?
Anak:Sudah tentu..hehe

Si tua yang tak bermaya hanya mendengar perbualan dua beranak tu.
Sampai disatu tempat,mereka pun berhenti.

Ayah:Along,kita berhenti kat sini ye.Letak atuk dulu lepas tu kita rehat ye..
Anak:ok ayah.
Ayah:Along,jom kita balik.Hari pun dah nak gelap ni.
Anak:Eh,ayah..atuk ni jangan lupa.
Ayah:La,tak payah usung atuk tu,kita tinggal je dia kat hutan ni.Lagipun memang ayah berniat nak tinggal atuk ko tu dalam hutan ni,tak lah menyusahkan ayah lagi nati.Dah,jom balik!
Anak:Yelah ayah.Tapi saya nak bawa balik pengusung ni ek ayah.
Ayah:La,along nak buat apa je dengan pengusung tu? Tinggalkan je,tak de guna jugak kalu buat balik pun.
Anak:Tak boleh macam tu ayah.Tadikan ayah suruh along jadi macam ayah.Jadi along nak simpan lah pengusung ni supaya waktu ayah tua nati bolehlah along tinggalkan ayah kat dalam hutan ni macam atuk.

Si ayah terasa seperti batu besar tiba-tiba menghempap kepala apabila mendengar jawapan dari anaknye.Terdetik keinsafan dan rasa malu dalam diri dengan perbuatan yang tak sepatutnya dia buat sebagai seorang anak yang bergelar manusia.

Begitulah ceritanya sahabat-sahabat pembaca sekalian.Semoga isi daripada cerita ini difahami dan dijadikan sempadan bagi kita sebagai seorang anak.Segala apa ujian dan cabaran,sama-samalah kita bersabar menghadapinya.InsyaAllah..

Fikir-fikirkan dan kaitkan kisah ini dengan hidup kita di zaman serba maju ni...

wallhu a`lam...

Saturday, June 27, 2009

Tok Guru Nik Aziz vs Dato` Seri Najib

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

oleh:Diriku

Semalam 26 jun 09,dada-dada akhbar dihiasi dengan artikel berkaitan Tuan Guru Dato` NIk Abdul Aziz mengatakan gerakan Umno adalah sesat seperti ayah Pin.Berbagai-bagai pendapat dan pandangan yang disertakan bersama lebih-lebih lagi dari pihak Umno sendiri.Aku amati setiap pandangan yang diberi dan semua kearah tidak setuju dengan apa yang diperkatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz.Ape pun disini aku sertakan artikel yang aku ambil dari laman web harakahdaily yang mana menunjukkan bagaimana kekuatan pendirian Tuan Guru Nik Aziz dengan apa yang dia katakan.Diharap semua dapatlah baca apa yang tertulis yer..

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan beliau bertekad untuk berdepan secara terbuka dengan Presiden Umno, DatO' Seri Najib Razak dalam masa terdekat menerusi 'mujadalah' (debat).

Beliau berkata, untuk tujuan itu draf surat rasmi telah pun disiapkan dan akan dikirimkan dengan kadar segera kepada Najib yang juga Perdana Menteri Malaysia itu.

"Hari ini saya nak beritahu bahawa saya sudah siapkan draf surat khusus untuk Presiden Umno.

"Saya nak minta Presiden Umno berdepan dengan saya bulat-bulat, secara terbuka, tidak secara sulit kerana perkara ini telah terbuka secara umum sejak 1951, tak habis-habis.

"Saya mahu penjelasan kerana apa Umno tolak Islam dan kerana apa Umno lawan PAS sedangkan PAS ini guna Islam (dalam dasar parti, perjuangan dan pemerintahannya).

"Saya nak tahu, tak kena di mana (ajaran) Islam menyebabkan Umno menolak Islam, sebaliknya guna (mengambil sistem) sekular dan kebangsaan," jelasnya pada sidang media selepas mengimamkan Solat Dhuha sempena Sambutan Bulan Sembahyang Peringkat Negeri Kelantan di pekarangan Masjid Al-Baraah, Pasar Besar Siti Khadijah di sini pagi tadi.

"Saya berhasrat benar-benar ingin tahu kenapa Umno yang sudah Islam 500 tahun, Melayu pun sudah Islam 500 tahun, menolak Islam, sedangkan Islam menyebut, 'rahmatan lil-'aalamin', rahmat bagi seluruh dunia, bukan laknatan,"katanya.

Tambahnya,Islam kini dianggap semacam satu 'laknat', (dan membawa kepada) pecah belah, dan (sekiranya) melaksanakan Islam itu tidak maju dan membawa kemunduran.

Image"Tuduhan seperti itu tidak akan selesai melalui suratkhabar, bahkan mesti berdepan dengan saya sebagai seorang pemimpin Islam di sini, dan dengan Presiden Umno sebagai pemimpin sekular, (secara) berdepan-depan.

"Ini (program dilakukan seperti ini) cara Nabi-nabi di mana Nabi Ibrahim berdepan dengan Namrud, Nabi Musa berdepan dengan Firaun dan Nabi Muhammad berdepan dengan Abu Jahal.

"Mengenai cara demokrasi, Amerika pun telah mengadakan debat terbuka di kalangan calon-calon Presidennya termasuk (yang dihadapi) Obama sendiri berdepan dengan calon Presiden Amerika dari parti lawannya, dan cara itu kini digunakan negara jiran, Indonesia.

"Pengamal demokrasi melakukan demikian oleh kerana negara ini disebut bukan (mengamalkan cara) Komunis.

"Cara mujadalah ini bukan pandai-pandai saya. Ini kerja Nabi, (oleh kerana perkara ini) ada Hadisnya dan ada Sirahnya.

"Oleh itu tidak ada sebab tidak mahu bermujadalah dalam satu saja isu iaitu 'Kerana Apa Umno Menolak Islam'.

"Saya nak tahu itu saja. Biar rakyat pun faham, biar masyarakat jelas oleh kerana (ketika berada) di akhirat kelak, tak selesai dengan mahkamah (dunia).

"Takkanlah dalam kubur nanti, saya nak kata; 'Ini keputusan Mahkamah Malaysia'.

"Apabila masuk kubur, (berdepan dengan) kerajaan lain, kerajaan Tuhan betul-betul. Tidak ada langsung sama ada Kerajaan Kelantan atau Kerajaan Kuala Lumpur, bahkan yang ada Kerajaan Allah SWT dan pada masa itu tidak laku keputusan yang dibuat dan bercanggah dengan Islam," tegasnya. -

Sunday, May 31, 2009

Ubat Bagi Hati

Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

oleh:Diriku

Sahabat pembaca,mungkin ini akan menjadi artikel terakhir dariku utk 3 minggu ni sebab aku akan bercuti dan rehat dari kepenatan dan keletihan 6 bulan study..hehe..ketika ini(membuat artikel ni) aku berada di rumah seorang sahabatku..time kasih sahabat di atas kebaikanmu sepanjang aku menumpang di teratakmu...=)
APa yang akan aku kongsikan utk kali ini ialah perkara yang berkait dengan hati manusia yang mana merupakan enjin kepada segala anggota badan kita.Ilmu ini aku dapat sepanjang aku berada dirumah sahabatku.
Sahabat pembaca sekalian,sebagaimana yang kita semua tahu dalam diri manusia ini ada seketul daging yang mana jika baik ia maka baiklah seluruh badan namun jika buruk ia maka buruklah seluruh badan dan ketahuilah oleh kite daging itu adalah hati.Perkara ini ada nabi kita Nabi Muhammad SAW sebut didalam hadisnya.Oleh itu,di sini aku ingin kongsikan buat semua sahabat pembaca ubat atau penawar bagi hati kita ini supaya ia sentiasa dalam keadaaan baik dan memberikan manfaat kepada seluruh jasad kita..insyaAllah..
Ubat bagi hati ada 6 iaitu:

1-Jangan tamak
2-Jangan Hasad dengki
3-Jangan Syak
4-Jangan bohong
5-jangan khianat
6-jangan jaga tepi kain org

inilah ubat dan penawar kepada hati kita,aku rasa tidak perlulah dijelaskan atau diterangkan lagi kerana semua pasti dapat memahami setiap apa yang tertulis itu dengan mudah.Oleh itu sahabat pembaca sekalian,sama-samalah kita ambil berat perkara ini dah sebar-sebarkanlah kepada sahabat-sahabat kita yang lain,semoga hati-hati kita ini bersih dari segala kotoran yang akan menjauhkan kita dari mendapat "nur" atau hidayah dari Allah SWT.

Saturday, May 30, 2009

Tip Mencapai Bahagia Dalam Hidup

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Published by:Diriku

Tiga tips meraih kebahagiaan ini kami kutip dari buku “Jangan Bersedih Keridhoan anda menuntun pada keselamatan” karya Aidh Bin Abdullah Al Qorni dalam buku tersebut diungkapkan bahwa untuk meraih kebahagian dalam hidup ini yang pertama harus kita lakukan adalah “ Jalanilah hari ini! Jalanilah hari ini!” artinya adalah hari ini adalah milik kita maka yang tahu dan bisa memanfaatkan sebaik-baiknya hanyalah diri kita sendiri, ketika kita melewatkan sedikit saja peluang yang ada baik peluang untuk kehidupan dunia maupun amal perbuatan untuk kehidupan kita kelak maka semua akan lewat dan kita akan merugi karena satu hari /waktu tidak akan pernah sama sampai kapanpun, dan peluang dan kesempatan itu tidak akan pernah kita dapatkan lagi selamanya, untuk itu kita harus bisa memanfaatkan waktu yang ada dan tersedia sebaik mungkin.

Cara yang kedua adalah “ Berpikir dan Bersyukurlah” Yang membedakan manusia dengan mahluk yang lainnya adalah akal yang berfungsi untuk berpikir sehingga dunia ini bisa hidup dan terjadi segala sesuatu yang hebat, canggih dan mutakhir adalah karena buah pemikiran manusia akan tetapi karena pikiran manusia pula Dunia ini bisa hancur dan berantakan sehingga manusia harus bisa menggunakan buah pemikirannya untuk kebaikan dan kebahagiaan umat manusia itu sendiri, setelah kita menjadi bahagia dan bisa menikmati hidup dari akal budi kita maka kita diwajibkan oleh Sang pencipta untuk bersyukur atas apa yang telah kita peroleh dan nikmati dalam hidup ini, karena ketika kita tidak bersyukur dengan apa yang kita terima maka kerusakan dan kehancuran yang akan terjadi .

Cara yang ketiga adalah “ Jangan Marah” kenapa demikian karena sifat pemarah inilah yang membikin kacau kehidupan kita karena apa apabila manusia dalam kehidupannya telah di dominasi oleh emosi dan marah maka yang Dia kerjakan tidak pernah mendapatkan hasil yang baik, demikian juga dengan sikap marah tersebut manusia tidak bisa lagi menggunakan kemampuan berpikirnya secara jernih dan maksimal, untuk itu kita harus bisa mengendalikan amarah kita apabila kita menginginkan kebahagiaan hidup.

sumber:Achmad Sholeh,eksperesi Hati.

Saturday, May 23, 2009

Pesanan buat Sang Pencinta

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

oleh:Diriku

Detik jam ditanganku menunjukkan waktu sudah menghampiri pukul 1 pagi,ku merasakan mata kian berat dan tertunggu-tunggu utk ditutupkan.Badan kurasakan lemah dan mahu je aku baringkan abis cite.Di tanganku sedia menunggu satu novel yang bertajuk "Warkah Cinta Berbau Syurga".Walau malam kian menyepi dan berlalu pergi untuk pagi datang mengganti,namun aku gagahi diriku demi menyoroti kesudahan cinta seorang insan bernama Amir Mukhlis.Cinta??? mesti sahabat pembaca semua memandang sinis akan perbuatanku bersengkang mata semata-mata membaca novel cinta..ish3..tapi ketahuilah sahabat ku semua, kisah cinta yang aku soroti ini banyak memberi panduan dan jalan kepada kita bagaimana mahu mengenal cinta nafsu ataupun cinta hakiki.Kisah ni juge menyedarkan kita sbg seorang remaja yang kemaruk dengan cinta supaya jangan lupa akan agama dan ape yang telah dibataskan.Ape yang paling aku terkesan dan aku sedar adalah cinta bukan beerti romantis,bagi hadiah,kata-kata manis,dating dan macam-macam lagi namun cinta adalah mendekatkan lagi diri kita kepada agama dan tunduk serta patuh pada Allah yang Maha Esa...Allahuakbar!!!...buat shabat pembaca semua jika ingin mengungkap kebenaran kalamku ini dapatkanlah novel ini dan bacalah......
Untuk itu aku titipkan sedikit isi surat yang ditulis Si Amir kepada Si Wardah..nak tau siapa mereka bacalah novel ni...he3

surat Amir kepada Wardah...

Saudari, seringkah saudari membaca novel cinta?Atau menonton drama-drama percintaan di televisyen?Maaflah jika soalan saya kelihatan janggal.Bagi saya percintaan yang wujud di dunia realiti tidak sama dengan kandungan novel dan drama.Memang diakui ,kekadanag penulis cerita atau pengarah drama akan membuat sesuatu untuk mencari keuntungan.Mereka mencipta sesuatu yang mengasyikkan.Mereka mencipta dunia khayalan yang diimpikan oleh muda-mudi.Walhal sebahagian besar cerita itu hanyalah penipuan semata-mata. Hakikatnya hidup kita tidak indah.Hidup kita tidak sempurna.Apa juga jenis kisah percintaan yang wujud,tidak ada satu pun yang menjanjikan keasyikan berpanjangan. Justeru,jangan terlalu memasang angan-angan untuk mewujudkan suatu dunia mimpi yang kemungkinan tidak akan menjadi realiti.Sebaliknya,susunlah jalan untuk menjadi manusia yang sedar hakikat sebenar kehidupan. Tahukah saudari apakah hakikat kehidupan?Hakikatnya ialah kehidupan pasti berakhir dengan kematian.Kita akan menemui Tuhan yang satu,Allah.Apa jenis hubungan yang wujud tidak akan bisa membntu kita di akhirat melainkan jika dibina ia atas ketakwaan dan keimanan.Kita akan dipersoalkan akan setiap amalan dan perbuatan yang dilakukan.Jika berasaskan nafsu,maka sia-sialah usaha kita.Jika berasaskan amal soleh,beruntunglah kita. Wardah,ini bukan surat cinta.Selepas ini tidak akan wujud surat cinta persis Romeo dan Juliet.Jika mahu menulis,tulislah sesuatu yang menyedarkan kita tentang hakikat kehidupan yang sebenar.Jangan bermimpi pada sesuatu yang tidak realistik.Itu saja, Akhir sekali,saya ingatkan.Tidak usah bercakap soal perasaan.Kerana itu bukan sesuatu yang boleh kita nilai dengan mata kasar.Saya hadir sebagai saudara seagama.Saya akan membantu bila diperlukan,saya akan pergi apabila keadaan meminta saya untuk pergi. Mudah-,mudahan,kita dirahmati Allah.
Sekian,wassalam
.
Yang benar,
AM

Renungilah isi surat ini wahai sahabat pembaca semua tidak kira lelaki mahupun perempuan,ambilah pengajaran dan nasihat yang diberikan moga kita sentiasa di atas toriq yang lurus dan benar.

Wallahu a'lam...

Tuesday, May 19, 2009

...Pandangan Sang Lelaki...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

oleh:Diriku

Hari ni selesai lah sudah 2 paper exam.Jadi dapatlah aku rehat buat masa ni sebelum tibe minggu depan dengan 2 lagi paper yang lain dan yang terakhir n lepas tu cuti semester doh le..hehe..Sambil-sambil aku tengok cite aqso dan madina di tv9 dekat dihati,aku on9 ah untuk mencari bahan untuk aku muatkan dalam blog ni...akhirnya aku jumpe satu sajak yang berkait rapat dengan pandangn lelaki terhadap insan yang bergelar wanita.Sama-samalah kita baca dan faham wahai sahabat pembaca terutamanya yang bergelar lelaki.....


Kami sulit menahan pandangan mata kami ketika melihat kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan Allah kecantikan dan postur yand ideal,
kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,
kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian
dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.
Kami sulit menahan pendengaran kami
ketika berbicara dengan kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah suara yang merdu dengan irama yang mendayu kerana itu tegaskanlah suara kalian tatkala berbicara di berhadapan dengan kami dan berbicaralah seperlunya sahaja.
Kami juga sulit menahan bayangan-bayangan hati kalian,
ketika kalian dapat menjadi
tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami,
waktu luang kami kadangkala akan sering terisi
oleh bayangan-bayangan kalian,
kerana itu janganlah kalian membiarkan kami menjadi curahan hati bagi kalian,
Kami tahu kami insan lemah bila harus berhadapan dengan kalian,
kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh
hanya dengan senyum kalian,
hati kami akan bergetar ketika mendengar dan melihat kalian menangis.
Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian,

maka jagalah amanah itu
jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya.
Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu
akan kelemahan hati kami ini,
hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA,

kalian akan menjadi halal bagi kami.

"LAlu apa yang telah aku lakukan selama ini..YA Rabb, ampunilah daku.
Untuk setiap pandangan yang tak terjaga,
untuk iman yang tak dipelihara,
lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab,

Ya Rabb, Engkaulah mengawasi kami setiap detik,
kerana kasih sayangMu ya Allah kepada kami,
Engkau perintahkanlah malaikan silih berganti
menemani kami siang dan malam
agar iman kami dapat dijaga...

Tuesday, May 12, 2009

...Cinta abadi Milik Yang Esa...

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Edited by:Diriku

Buat sahabat pembaca semua,ketika diri ku yang hina dina ini mencari maklumat tentang pelajaran di kala bulan kian pergi meninggalkan kita buat sementara,aku sempat mencari sajak untuk disajikan buat renungan kita bersama selaku remaja yang ghairah dengan cinta dunia sehingga alpa dan leka akan dunia yang kekal abadi nun disana.Di kesempatan ini ku mengucapkan terima kasih kepada tuan empunya sajak asal ini kerana memberi satu sajak yang impak dan kesan di hati kita yang bergelar insan biasa.Sama-samalah kita renung sajak ini wahai sahabat pembaca yang di rahmati insyaallah...aminnn..sajak ini berkisar akan C.I.N.T.A ManuSia...


Janganlah kita angkuh melaungkan

si dia milik kita

atau kita milik si dia

kerana hakikatnya

kita tidak pernah memiliki sape-sape

walau sekeping hati seorang bergelar insan.

tidakkah kita sedar

hukum alam menyatakan

menyintai tidak semestinya memiliki?

Manusia pandai berpura dan bermuka-muka

berlakon di pentas dunia

bertopeng menutup rahsia

tetapi hati

tak pernah dusta pada empunya

tentang perasaan yang bergolak di dalamnya

Tidakkah kita sedar

mungkin si dia melafazkan

ungkapan cinta pada kita

tetapi hati dan perasaannya

tak bermaksud seadanya

dia hanya berselindung

di sebalik sejuta alasan

Dan kita

begitu jujur dan setia menyintainya

sehingga alpa

hukum alam menyatakan

menyintai tidak bermakna memiliki

Sesungguhnya...

"Aku tidak pernah memiliki dirimu...

dan kau jua tidak memiliki diriku."

Mengertilah

kita sebenarnya kepunyaan

Yang Maha Esa

tiada sesiapa berhak memiliki diri kita

kecuali Dia

Dia mengasihi hambaNya

Dia memiliki hambaNya

Dan ke pangkuan Dia kita kembali

karya" azdriana@hotmail.com

Tuesday, May 5, 2009

...Otak & Sujud...

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

oleh:Diriku

Seusai solat maghrib berjemaah,aku menunaikan solat sunat sementara menantikan liqa` smart circle bermula.Kemudian,seperti biasa majlis bermula dengan bacaan ummul kitab "al-fatihah" ,zikir dan sedikit peringatan dari naqib kumpulan aku. "Jadikanlah hari esok kamu lebih baik dari hari kemarin",inilah kata-kata yang diungkap oleh naqib ku yang diambil dari kata-kata saidina Ali karramallahuwajhah..terdetik dalam benak fikiran ku,kata-kata ini seolah-olah sama sepertimana yang dikhabarkan oleh Rasulullah S.A.W, "untunglah mereka yang mana hari ini lebih baik dari hari semalam,rugilah mereka bila mana hari ini sama seperti hari semalam dan celakalah mereka yang mana hari semalam lebih baik dari hari ini"..Kemudian ku tersedar, bila naqib ku bertanya kepada setiap ahli usrah apa yang kami fikirkan sepanjang hari ni..??? ku kembali mengelamun kerana cuba mengingat apa yang aku fikirkan sepanjang hari tu...ermmmm..hatiku sedikit kecewa dan sedih kerana yang ku fikirkan adalah perkara dunia semata-mata dan yang akhirat seperti bayang di air yang keruh pudar kelihatan..Namun ku ketepikan semua tu dan sebenarnya soalan yang diajukan oleh naqib ku berkait rapat dengan topik yang akan dia bentangkan.Sebenarnya kumpulan aku sedikit berlainan dengan group lain sebab topik yang kami bincangkan tak mengikut silibus..hehe..tak kisah le semua tu kerana yang penting apa yang disampaikan dapat menghidupkan hati dan memberi ruh kepada hati..insyaallah..Otak..inilah topik yang naqib aku bentangkan pada malam itu,dengan menggunakan laptop,naqib ku menunjukkan satu kajian yang dibuat oleh seorang prof dari barat yang telah membuat kajian terhadap otak manusia.Dalam otak manusia terdapat satu bahagian yang bertindak sebagai CEO kepada anggota lain kerana segala keputusan baik mahupun buruk adalah dibuat oleh bahagian itu.Berkaitan dengan membuat keputusan,Allah SWT ada menyebut dalam al-quran surah As-syams ayat 7-10:

(7). Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan Yang sesuai Dengan keadaannya);(8). Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan Yang membawanya kepada kejahatan, dan Yang membawanya kepada bertaqwa; -(9). Sesungguhnya berjayalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),(10). Dan Sesungguhnya hampalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).

Bahagian otak itu adalah ubun-ubun, nama saitifiknye lupe ah..hehe..Kajian ini dilakukakan oleh Dr.Daniel Amen.Daripada kajian yang beliau jalankan,otak mereka yang melakukan kejahatan atau perkara tidak baik seperti mencuri strukturnye menjadi berkurangan dan tidak stabil berbanding dengan otak mereka yang melakukan kebaikan.Oleh sebab itu,mereka yang melakukan kejahatan tidak sedar akan apa yang dia lakukan dan setelah sedar akan timbul penyesalan dalam diri.Semua ini adalah berpunca dari bahagian otak yang dipanggil ubun-ubun ,ini mengikut kajian yang dijalankan.Kemudian selepas kajian ini dijalankan,Dr.Daniel menemui hubung kait diantara bahagian otak itu dengan pergerakan sujud dalam sembahyang.Sebelum itu beliau menyertakan potongan ayat dari surah al-alaq ayat 15-19.

(15). Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi Sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya Yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke Dalam neraka), (-16). Ubun-ubun (orang) Yang berdusta, Yang bersalah.(17). Kemudian biarlah ia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya),(18). Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya)!(19). Ingatlah! janganlah Engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!

Kenapa sujud???...Ini adalah kerana daripada kedudukan sujud itu kita dapat perhatikan ubun-ubun otak kita berada dibahagian bawah dan jantung si pengepam berada di atas,keadaan ini telah menyebabkan darah-darah dihantar kepada ubun-ubun otak dengan baik dan lancar supaya struktur otak kembali normal seperti biasa.Maka secara sendirinya manusia itu kembali sedar dan berfikiran waras sebelum melakukan sesuatu keburukan.Kajian ini telah membuktikan banyak perkara kepada kita dan antaranya al-quran itu mendahului zaman.Sama-samalah kita renung dan fikirkan apa yang tersirat daripada kajian yang dilakukan ini..semoga hati kita kembali mencari Allah SWT pencipta yang Esa dan Bijaksana.

Tepat jam 9.30p.m smart circle ku tamat..tulah yang aku dapat pada minggu ni iaitu otak manusia dan hikmah pergerakkan sujud.Seperti biasa,kami tangguhkan majlis dengan tasbih kafarah dan surah al-a`sr.

wallahua`lam bi sowab..


Saturday, May 2, 2009

Kenapa Salahuddin al-Ayubi dan Baitulmaqdis??

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

edited by:Diriku

Sahabatku sekalian,moge kita sentiasa di bawah rahmat-NYA.Jika sebelum ini aku menyajikan kisah mengenai Serikandi Syurga,kini ku coretkan dan persembahkan pula kisah seorang Mujahid Islam yang amat besar perjuangan dan pengorbanannya dalam sejarah islam.Salahuddin al-Ayubi satu nama yang gah suatu ketika dahulu jauh sekali jika nak dibandingkan Mawi mahupun Nabil,namun hakikat dunia ketika ini amat menyedihkan sekali,artis-artis disanjung-sanjung..Ya Allah,bukakanlah pintu hati kami dengan sinaran Hidayah-Mu...Oleh sebab itu,ku cuba menggerakkan jari-jari halus ku ini untuk mengungkap dan mededahkan kepada semua siapa itu Salahuddin al-Ayubi dan apakah pengorbanan yang telah beliau lakukan.??..sama-samalah kita teliti dan perhalusi..


SALAHUDDIN al-Ayubi dilahirkan pada 532 Hijrah bersamaan 1138 Masihi di Kota Tarkit iaitu bahagian Tebing Barat Sungai Tigris, terletak di antara Mosul dan Baghdad. Beliau adalah anak gabenor.


Ayahnya, Najmuddin Ayub bin Shadhi adalah anak saudara kepada Sultan Nurudin Zenggi, berketurunan Kurdistan yang berasal dari Azerbaijan. Selain sebagai panglima perang, beliau adalah pendakwah, mujahid dan tokoh pemimpin Islam yang bukan daripada kalangan bangsa Arab.


Ketika hayatnya, beliau lebih banyak berada di khemah perang daripada duduk di istana bersama keluarga. Siapa saja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya. Apabila hendak memulakan jihad melawan tentera salib, beliau akan menumpukan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tentera.

Di medan perang, beliau bagaikan seorang ibu garang kehilangan anak tunggal. Beliau bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah.

Beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinangan mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.

Ketika berusia 17 tahun, Salahuddin al-Ayubi mula berkhidmat dengan Nur al-Din di Damsyik. Beliau adalah panglima tentera, pemimpin dan pentadbir negara yang sangat berbakat dan sangat popular ketika zaman perang salib. Beliau membabitkan diri dalam peperangan salib di kawasan Mesir, Palestin dan Syria.

Beliau mula terkenal pada 559 Hijrah (1164 Masihi) apabila menyertai ekspedisi bersama-sama Shirkuh yang dihantar oleh Nur al-Din bagi menentang tentera Salib di Mesir. Beliau berjaya mengusir Amaury dari Mesir pada 1 Rabiulakhir 564 Hijrah (Januari 1969 Masihi). Selepas Shirkuh meninggal dunia, tempatnya diganti oleh Salahuddin al-Ayubi. Pada masa sama, Nur al-Din melantik beliau sebagai panglima angkatan tentera Syria.

Bagi memperkukuhkan tentera Islam, Salahuddin meminta negara Islam diurus di bawah satu pemerintahan. Walaupun cadangannya tidak dipersetujui sesetengah pihak termasuk pemimpin Syria, cita-cita Salahuddin itu termakbul.

Dalam bulan Zulkaedah 570 Hijrah (Mei 1175 Masihi), khalifah Abbasiyyah mengisytiharkan Salahuddin al-Ayubi sebagai Sultan Mesir dan menggelarkan dirinya sebagai Sultan al-Islam wa al-Muslimin. Pada tahun itu juga beliau membina kota pertahanan di Kaherah.

Pada tahun 583 Hijrah (1187 Masihi) berlaku Perang Salib kedua, yang juga dikenali sebagai Perang Hittin. Peperangan ini dipimpin sendiri oleh Salahuddin al-Ayubi hingga membuka jalan mudah untuk menawan kembali Baitulmaqdis.

Pada tahun 588 Hijrah (1192 Masihi) berlaku Perang Salib ketiga, hasil dendam dan kekecewaan golongan pembesar Kristian. Mereka berusaha merampas semula Baitulmaqdis daripada orang Islam. Walaupun perang Salib yang ketiga itu menggabungkan seluruh kekuatan negara Kristian, mereka tidak mampu menggugat kekuatan tentera Salahuddin al-Ayubi.

Pihak Kristian mengalami kekalahan dan ramai tentera terbunuh dan tertawan. Baitulmaqdis yang dikuasai orang Kristian selama 88 tahun, dapat ditakluki semula oleh Salahuddin al-Ayubi.

Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin ketika peperangan sangat jauh berbeza daripada kekejaman tentera Kristian. Ahli sejarah Kristian pun mengakui mengenai hal itu.

Lane-Poole (penulis Barat) mengesahkan, kebaikan hati Salahuddin mencegahnya daripada membalas dendam. Beliau menulis bahawa Salahuddin menunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang Kristian menyerah kalah. Tenteranya sangat bertanggungjawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan sehingga tidak ada kedengaran orang Kristian dianiaya.

Selanjutnya Lane-Poole menuliskan mengenai tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitulmaqdis kali pertama pada 1099. Tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem, jalan itu dipenuhi mayat, orang Islam yang tidak bersenjata diseksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah ibadat.

Darah membasahi bumi yang mengalir daripada pembunuhan orang Islam secara beramai-ramai. Ia juga mencemarkan kesucian gereja yang sebelumnya mengajar sifat berkasih sayang. Orang Kristian sangat bertuah apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin.

Beliau meninggal dunia pada 27 Safar 589 Hijrah (1193 Masihi) pada usia 55 tahun di Damsyik, Syria slepas memerintah selama 25 tahun. Beliau sakit selama 14 hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Beliau meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang harta untuk diwariskan. Beliau dikatakan hanya memiliki 47 dirham wang perak dan 1 dinar wang emas. Urusan penyelenggaraan jenazah ditanggung oleh keluarga beliau, manakala kain kafannya diberikan oleh menteri.


Persoalan yang cuba aku timbulkan kepada semua sahabat pembaca ialah, mengapakah suatu ketika dahulu 'Salahuddin Al-Ayubi' bersama tentera Islam bermati-matian mempertahankan Baitulmaqdis ketika diserang oleh tentera Salibiah Eropah sedangkan beliau sendiri bukan rakyat Arab Palestin, beliau adalah daripada keturunan Kurdis, satu bangsa yang mendiami utara Iraq yang bersempadan dengan Turki.

Beliau berjaya menumpaskan serangan tersebut, malah berjaya menghalau saki baki tentera Kristian itu daripada bumi Palestin.

Apakah yang mendorong beliau bertindak demikian, dan tidak menyerahkan urusan mempertahan kota Baitulmaqdis itu kepada rakyat Palestin untuk mempertahankan tanah air mereka sendiri?

Sebaliknya Salahuddin ketika pada penghujung hayatnya telah berpesan supaya segala pakaian penuh berdebu yang digunakan semasa berperang, agar dimasukkan di dalam liang kubur dan ditanam bersama jenazahnya dengan tujuan supaya menjadi saksi bahawa beliau telah menghabis segala tenaga dan fikiran untuk mengetuai tentera Islam bagi mempertahankan Baitulmaqdis daripada serangan tentera Kristian Eropah.

Sesungguhnya yang mendorong Salahuddin bertindak demikian adalah kerana kesedaran yang tinggi untuk mempertahan kota suci iaitu kota yang telah menemukan Nabi Muhammad s.a.w. dengan para anbiya' yang lain, khususnya dalam peristiwa Israk Mikraj.

Sebagai seorang Islam beliau berkeyakinan bahawa apabila bumi suci Baitulmaqdis itu diganggu oleh golongan kuffar, adalah menjadi kewajipan kepadanya dan juga umat Islam seluruhnya bangun untuk mempertahankan atau membebaskan bumi tersebut dari cengkaman musuh Allah SWT itu, tidak kira sama ada mereka orang Palestin ataupun bukan.

Empat puluh tahun selepas peristiwa itu, Lord Olenby yang mengetuai pasukan Salibiah berjaya memasuki semula kota Baitulmaqdis, dia pergi ke kubur Salahuddin dan menginjakkan kakinya ke atas kubur Salahuddin sambil berkata: "Sekarang aku datang semula ke sini."

Alangkah baculnya ketua tentera Salibiah itu, dia hanya berani berdepan dengan Salahuddin yang telah mati, dengan mesej bahawa pihak Salibiah sentiasa menyimpan dendam terhadap Islam.

Bagi Salahuddin, beliau telah melaksanakan tanggungjawabnya mempertahankan kota suci terletaknya Masjid al-Aqsa yang mulia, tempat Nabi Muhammad s.a.w. mendirikan solat dua rakaat dalam peristiwa Israk dan Mikraj.

Tanggal hitam 15 Mei 1948

Sahabat pembaca sekalian,pada tarikh ini, genaplah usia 60 tahun Palestin ditakluk, betapa malunya kita sebagai umat Islam hari dengan kelengkapan serba serbi peralatan persenjataan masih tidak terdaya membebaskan bumi Palestin, malah Masjid al-Aqsa juga dikuasai rejim Yahudi.

Kalau dilihat dari sudut logik akal manusia, negara Israel dilingkungi beberapa negara Arab yang kaya dengan senjata minyak seperti Arab Saudi, Kuwait, Iraq, Syria, Lubnan, Bahrain, Oman, Yaman dan sebagainya sepatutnya pada 1948, orang-orang Arab berjaya menghalang penubuhan negara haram itu, namun ia tidak berlaku.

Sebabnya, para pemimpin Arab hanya banyak menganjurkan persidangan menjaga kepentingan mereka daripada memikirkan keselamatan rakyat bangsa Palestin yang ditindas, dianiayai, dinafikan hak mereka sepanjang 60 tahun, iaitu satu jangka masa yang begitu lama mengatasi usia Malaysia merdeka (51 tahun).

Imam Syahid Hasan al-Banna pengasas Gerakan Ikhwanul Muslimin pernah mengemukakan pandangannya kepada Perdana Menteri Mesir pada masa itu, Noqrashi Basha agar membantu rakyat Palestin dengan menghantar pasukan tentera ke Palestin bagi menghadapi segala kemungkinan agar kuasa asing tidak bertapak di kawasan yang diduduki bangsa Arab, apatah lagi beragama Islam.

Pandangannya itu bukan mahu membangkitkan isu kebangsaan, malah kebimbangannya terhadap pengaruh bukan Islam akan masuk ke dalam negara-negara yang dihuni oleh orang Arab.

Noqrashi menolak pandangannya itu malah bertindak mengharamkan segala aktiviti gerakan Ikhwanul Muslimin. Imam Hasan tidak berputus asa dan mengerahkan unit pasukan jihad gerakan itu supaya pergi ke Palestin bertujuan untuk membantu rakyat negara itu, walau bagaimanapun tentera-tentera yang dihantar itu ada yang mati syahid dan ada yang sempat pulang semula ke Mesir dengan pelbagai kesusahan yang menanti mereka.

Kejatuhan Palestin di tangan Israel disifatkan oleh Imam Hasan sebagai satu kesilapan dan pengkhianatan besar ke atas rakyat Palestin yang beragama Islam.

Selang tidak berapa lama selepas kejatuhan Palestin, pada 12 Februari 1949, Imam Hasan ditembak mati secara misteri tanpa seorang pun yang tahu kejadian itu hingga ahli keluarganya juga tidak dapat mengesan di manakah jenazahnya di kuburkan hingga hari ini.

Selain itu sahabat pembaca yang setia sekalian,Perang Arab-Israel 1948, dikenali juga sebagai Perang Kemerdekaan Israel, adalah merupakan perang yang pertama di dalam satu siri peperangan antara negara Israel dan negara jiran Arabnya dalam konflik Arab-Israel.

Bagi orang Yahudi Israel, peperangan ini menandakan kejayaan penubuhan negara Israel, tetapi bagi orang-orang Arab Palestin, ia menandakan permulaan bagi peristiwa-peristiwa yang dirujuk daripada bahasa Arab sebagai 'Al-Nakba' yang bermaksud 'malapetaka', perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pengusiran keluar beratus-ratus ribu penduduk Palestin tempatan dari negara Israel yang baru dibentuk, dan kemudiannya pelarangan pihak Israel kembali ke kampung halaman mereka.

Pada tahun 1947, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mencadangkan memisahkan tanah Palestin kepada negara Yahudi dan negara Arab, satu rancangan yang ditolak oleh masyarakat Arab.

Mandat British terhadap Palestin sepatutnya berakhir pada 15 Mei 1948, tetapi kepemimpinan Yahudi, diketuai oleh bakal Perdana Menteri David Ben-Gurion, telah mengisytiharkan kemerdekaan pada 14 Mei.

Kemerdekaan Israel dengan cepatnya diiktiraf oleh Kesatuan Soviet, Amerika Syarikat, dan banyak negara lain.

Pada akhir Mei 1948, 6000 tentera Syria, 4500 Iraq, 6000 Transjordan, 1000 Lubnan dan 5000 Mesir telah melancarkan serangan terhadap negara Israel yang baru lahir.

Namun, mereka ditewaskan oleh Israel yang berjaya menawan hampir setengah wilayah yang diberikan oleh PBB kepada penduduk Arab serta Baitulmaqdis Barat.

Dalam perjanjian gencatan senjata, Semenanjung Gaza diserahkan kepada Mesir, manakala Tebing Barat diserahkan kepada Jordan, dan tanah mandat British terhadap Palestin dahulu yang lain menjadi Israel.


p/s: Sama-samalah kita berfikir sahabatku,adakah kita pernah berfikir sepertimana Salahuddin al-Ayubi yang tidak pernah lekang dari fikirannya Baitulmaqdis dan Islam itu sendiri.Pernah ataupun tidak kita semua yang lebih tahu...Wallahu a`lam bi Sowab..