Tuesday, May 5, 2009

...Otak & Sujud...

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

oleh:Diriku

Seusai solat maghrib berjemaah,aku menunaikan solat sunat sementara menantikan liqa` smart circle bermula.Kemudian,seperti biasa majlis bermula dengan bacaan ummul kitab "al-fatihah" ,zikir dan sedikit peringatan dari naqib kumpulan aku. "Jadikanlah hari esok kamu lebih baik dari hari kemarin",inilah kata-kata yang diungkap oleh naqib ku yang diambil dari kata-kata saidina Ali karramallahuwajhah..terdetik dalam benak fikiran ku,kata-kata ini seolah-olah sama sepertimana yang dikhabarkan oleh Rasulullah S.A.W, "untunglah mereka yang mana hari ini lebih baik dari hari semalam,rugilah mereka bila mana hari ini sama seperti hari semalam dan celakalah mereka yang mana hari semalam lebih baik dari hari ini"..Kemudian ku tersedar, bila naqib ku bertanya kepada setiap ahli usrah apa yang kami fikirkan sepanjang hari ni..??? ku kembali mengelamun kerana cuba mengingat apa yang aku fikirkan sepanjang hari tu...ermmmm..hatiku sedikit kecewa dan sedih kerana yang ku fikirkan adalah perkara dunia semata-mata dan yang akhirat seperti bayang di air yang keruh pudar kelihatan..Namun ku ketepikan semua tu dan sebenarnya soalan yang diajukan oleh naqib ku berkait rapat dengan topik yang akan dia bentangkan.Sebenarnya kumpulan aku sedikit berlainan dengan group lain sebab topik yang kami bincangkan tak mengikut silibus..hehe..tak kisah le semua tu kerana yang penting apa yang disampaikan dapat menghidupkan hati dan memberi ruh kepada hati..insyaallah..Otak..inilah topik yang naqib aku bentangkan pada malam itu,dengan menggunakan laptop,naqib ku menunjukkan satu kajian yang dibuat oleh seorang prof dari barat yang telah membuat kajian terhadap otak manusia.Dalam otak manusia terdapat satu bahagian yang bertindak sebagai CEO kepada anggota lain kerana segala keputusan baik mahupun buruk adalah dibuat oleh bahagian itu.Berkaitan dengan membuat keputusan,Allah SWT ada menyebut dalam al-quran surah As-syams ayat 7-10:

(7). Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan Yang sesuai Dengan keadaannya);(8). Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan Yang membawanya kepada kejahatan, dan Yang membawanya kepada bertaqwa; -(9). Sesungguhnya berjayalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),(10). Dan Sesungguhnya hampalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).

Bahagian otak itu adalah ubun-ubun, nama saitifiknye lupe ah..hehe..Kajian ini dilakukakan oleh Dr.Daniel Amen.Daripada kajian yang beliau jalankan,otak mereka yang melakukan kejahatan atau perkara tidak baik seperti mencuri strukturnye menjadi berkurangan dan tidak stabil berbanding dengan otak mereka yang melakukan kebaikan.Oleh sebab itu,mereka yang melakukan kejahatan tidak sedar akan apa yang dia lakukan dan setelah sedar akan timbul penyesalan dalam diri.Semua ini adalah berpunca dari bahagian otak yang dipanggil ubun-ubun ,ini mengikut kajian yang dijalankan.Kemudian selepas kajian ini dijalankan,Dr.Daniel menemui hubung kait diantara bahagian otak itu dengan pergerakan sujud dalam sembahyang.Sebelum itu beliau menyertakan potongan ayat dari surah al-alaq ayat 15-19.

(15). Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi Sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya Yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke Dalam neraka), (-16). Ubun-ubun (orang) Yang berdusta, Yang bersalah.(17). Kemudian biarlah ia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya),(18). Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya)!(19). Ingatlah! janganlah Engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!

Kenapa sujud???...Ini adalah kerana daripada kedudukan sujud itu kita dapat perhatikan ubun-ubun otak kita berada dibahagian bawah dan jantung si pengepam berada di atas,keadaan ini telah menyebabkan darah-darah dihantar kepada ubun-ubun otak dengan baik dan lancar supaya struktur otak kembali normal seperti biasa.Maka secara sendirinya manusia itu kembali sedar dan berfikiran waras sebelum melakukan sesuatu keburukan.Kajian ini telah membuktikan banyak perkara kepada kita dan antaranya al-quran itu mendahului zaman.Sama-samalah kita renung dan fikirkan apa yang tersirat daripada kajian yang dilakukan ini..semoga hati kita kembali mencari Allah SWT pencipta yang Esa dan Bijaksana.

Tepat jam 9.30p.m smart circle ku tamat..tulah yang aku dapat pada minggu ni iaitu otak manusia dan hikmah pergerakkan sujud.Seperti biasa,kami tangguhkan majlis dengan tasbih kafarah dan surah al-a`sr.

wallahua`lam bi sowab..


1 comment:

Unknown said...

ooh...input yang sgt menarik..tq