Monday, June 30, 2008

..Nukilan perPisahan buat sahabat-sahabat ku..




..KeNangAn kitakan kekAL Dalam Ingatan..



..kenangan kelas sem 1..





Pada pertengahan tahun 2007..





Aku telah menjejak kaki ku yang sepasang ni di sebuah Universiti terkenal di seluruh alam ini terutama kat malaysia ni,walaupun ketika mula belajar di sana hati berat dan sedih kerana terpaksa berjauhan dengan keluarga dan tambah pulak tiada kawan di sana melainkan beberapa orang sahabatku semasa sek SHAMS dulu..(time kasih sahabat) =)




Setelah seminggu lebih aku kat sana akhirnya kelas pun bermula,dalam kelas aku budak2xnye ramai dari pantai timur waduh aku tersenyum lebar..=)..setelah lama bersama hubungan aku ngan kwn2x koho rapat(kate org ganu) dan makin hari makin rapat seperti adik-beradik....




hampir genap sebulan blajo bersama datang sorang sahabat aku ni dari sabah menjadi classmate(budak al-hafiz ag 2)...Sepanjang sem 1 tu aku berasa sangat-sangat hepi sebab boleh bermain-main dan bergurau ngan kwn2x aku....dok lupa juga buat kwn2x sekelas muslimat,walaupun kita dok bape kenal tapi insyaalah antunna semua akan saya ingat..=)..Allah aku bersyukur kepada-MU kerana menemukan aku ngan kwn2x sekelas aku pada sem 1..kwn2x semoga persahabat kita kekal ke akhir hayat..




dalam gambo kat atas tulah kwn2x sekelas aku..('',)






Sem 2 2007/2008
....Kenangan kelas sem 2...





Kalau mase sem 1 aku aku berada kat petaling jaya namun sem 2 kami student art telah di pindahkan ke nilai yang terletak kat negeri sembilan setengah jam ah lebih kurang dari petaling jaya..Walaupun masih baru kat nilai tu namun aku dok ah rase janggal sepertimana kali pertama jejak kaki ker pj sebab aku telah mempunyai kawan2x yang ramai ketika itu..hehe..semasa hari pendaftaran kawan aku hok pertama aku jumpa ialah imran nasir(2nd year panggil dia imam..hehe)..lepas beres settle sume pendaftaran aku telah di tetapkan untuk duk kat bilik B2-1-7,kebetulan ade 2 org kwn aku duk dalam bilik tu..imran ngan khairil =)...untuk pengetahuan semua jelah, selain kami 3 org dalam bilik tu semuanya 2nd year..huhu..




Lepas lebih kurang seminggu kelas pun start,kebetulan 80% kwn sekelas aku tu classmate aku mase sem 1..jadi bermulalah al-kisah cite sem 2...hehe..ermm.walaupun kat nilai ni terhad ah skit ngan kemudahan nok main petang-petang tapi aku ngan kwn2x still cuba main sebab bosan ah petang kalu duk saje..hehe..jadi tiap2x petang kami main ah bola dan futsal.Cukup ah kot cite aku untuk sem 2 ni deh..kalu dop cukup ag nati aku tamboh ag..hehe..

Sem 3 2007/2008



















...KenanGan kelas SeM 3...
















Sem ni ah paling pendek nok banding dengan sem2x yang lain..dan sem ni ah paling lotih belajo,bayangkan kelas start kul 8 pagi abis kul 5 petang,gini ah kelas aku ngan kawan2x sepanjang sem 3 ni..huhu..tapi sem ni jgk ah paling sedap blajo arab sebab dapat belajo ngan ustzh mariam,ustaz umari dan ustz abdul qadir..yang sedapnya jgk sem ni aku ade classmate yg paling ramai sebab aku duk dalam 2 group..=)




Untuk petang2x pulok aku ngan kwn2x aku still bermain walaupun kelas abis lmbt..tapi sem ni tuko skit permainan..biasanya main bola ngan futsal jer tapi kali ni kitorang tambah sepak takraw se ag...hehe(aktif gilerr...)




sem ni byk cite pasal dalm kelas jer kot..aku cite ah skit2x..k




dalam kelas ust umari ah rasenya aku ngan kwn2x paling aktif sehinggakn sorang kawan aku 2 dapat gelaran(wa ghoiriha)...hehe...




dalam kelas ustzh mariam pulok budok laki selalu kene sindir(dalam bentuk QIAS)..hehe sebabnya wajibatul manzili x complete sokmo..aku pun saloh sorangnya..=)




dalam kelas ust Qadir pulok kenangan hok paling sedap aku di puji dalam qiraat bhs arab hehe tapi benonye sbb kwn aku yg sebeloh kabo..=>..yang se ag sedap dalam kelas kalam mase xtvt munazarah(debat)...kagum ah ngan kehebatan muslimat..=)..teruskan ler dgn kepetahan berkata2x tu..abih ah kot cite utk sem 3...





Sem 4 2008/2009





Untuk sem ni aku sempat kot berada dalam dekat sebulan maybe(kalu saloh betulkan ek)..jadi x banyak kot yang dapat aku ceritakan untuk sem ni...tapi yang paling happy sem ni ah paling skit kelas tapi kadang2x bosan gok..Ha se ag sem ni aku main mcm2x sukan,,bola,futsal,badminton,sepak takraw dan bola tampar...fuh sem ni ah paling seronok bab main..huhu.




tapi tanggal 28 jun 2008 aku telah mendapat berita gembira tapi dalam mase yang sama kesedihan itu turut sama bertamu dalam diri ku ini...untuk pengetahuan kawan2x aku telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke maktab perguruan dan aku telah membuat keputusan untuk menerima tawaran itu walaupun jauh di lubuk hatiku sedih untuk meniggalkan kwn2x kau kat uia ni,tapi aku mohon maaf kwn2x sebab aku terpaksa meniggalkan korang semua..




Jadi di kesempatan ini aku memohon maaf dari kwn2x semua di atas segala kesilapan yang telah aku buat sepanjang kita bersama 4 sem ni...maafkanlah aku k..janganlh bersedih dengan pemergian ku ni yang bukannya ape2x tapi yang penting jangan disebabkan perpisahan ini persahabatan kita terputus k...




sekali lagi aku mohon maaf dari kwn2x ku sekalian(bhs skima..hehe)...mitok hala ah klau ade aku berhutang,kalu x mboh halal pun mitok ah ngan aku deh..hehe




UKHUWWAH FILLAH ABADAN ABADA !!!! aminn....





...Ni gambo kenangan kita semua...





...main futsal kat nilai square... ..janahain..










...main myheritage.com..hehe... ...lepak depan blok B....










....main myheritage.com jgk..huhu.. ..mase agd...


....masa agd... ...masa agd...




















Wednesday, June 25, 2008

..PengHinaan TerHadap Nabi dan Khadijah..

(MESTI BACA!!!) Babi dan Anjing serta
Maruah Agama Islam..
Message: 1.Jika anda orang islam sila sebarkan
Kisah ini
2.Jika anda orang bukan islam,
diingatkan jangan sesekali bermain
dengan api di
negara MALAYSIA ISLAM ini .
Saya ingin berkongsi cerita ini dengan
anda semua mengenai sikap
segelintir orang
Melayu kita atau lebih tepat lagi orang
Islam di Malaysia ... Kejadian
benar ini
berlaku di Carrefour Wangsa Maju
beberapa hari lepas. Seorang pemuda
Islam yang
berkerja sebagai 'cashier' di pasaraya
tersebut telah menumbuk seorang
lelaki cina.
Ini berlaku kerana ketika pemuda cina
tersebut sedang membayar harga
barangan,
pemuda Melayu ini telah menegur pemuda
Cina ini mengenai gambar baju
yang
sedang di
pakai oleh pemuda cina tersebut. Gambar
itu ialah seekor babi yang
sedang memakai
serban di samping seekor anjing yang
memakai tudung lambang agama
Islam.
pemuda
Melayu itu bertanya gambar apakah yang
sedang di pakai oleh pemuda
cina
tersebut.
Dengan rasa bangga dan tidak bersalah,
pemuda Cina itu terus menjawab
sambil
menunjuk ke arah gambar bajunya dengan
mengatakan babi yang memakai
serban
itu ialah
Muhammad dan anjing yang memakai tudung
itu ialah Khadijah. Mendengar
jawapan lelaki
tersebut, pemuda Melayu ini dengan
tidak
disangka2, menumbuk muka si
Cina
tersebut.
Huru hara lah suasana di carrefour itu.
Kemudian pemuda Cina itu memaki
hamun lalu
datanglah Manager Carrefour yang juga
beragama Islam lalu memecat
lelaki
Melayu
tadi. Apa yang di lakukan oleh Manager
Carrefour tadi adalah satu etika
yang tidak patut
di contohi kerana, menumbuk org sesuka
hati memanglah salah...Tapi
malangnya,
Manager tersebut bukan hanya memecat
pemuda Melayu tadi yang sedang
mempertahankan
akidah agama Islam, tetapi turut memaki
hamun pemuda Melayu itu dengan
kata2 kesat.
Pemuda Melayu ini pulang dengan keadaan
hampa. Bukan kerana di pecat,
tetapi turut
di maki hamun oleh saudara seislam yang
di sangkanya akan turut manjaga
maruah orang
Islam selepas di hina oleh lelaki Cina
tadi. Sekarang ni pemuda Melayu ni
sedang
menunggu untuk di saman oleh Cina
tersebut. Beliau bukan takut malah
tidak
sabar2
untuk menunggu disaman oleh Cina
tersebut kerana beliau ada alasan yang
kukuh kerana
bertindak demikian. Pengajarannya,
sikap
pemuda Melayu tadi memang
patut
di contohi
kerana ingin menegakkan agama Islam.
Pada anda, berhati2 la..kerana
saya
percaya,
tshirt yang di pakai oleh Cina tadi
adalah salah satu strategi orang2
kafir untuk
menjatuhkan maruah Islam. Sebarkan
kepada saudara2 Islam kita...

..9 miMpi Rasulullah..

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:“Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan……..”
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T. memberi minum hingga ia merasa puas.
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T. lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH S.W.T. lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.BERSABDA RASULULLAH S.A.W. : “SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT”

Thursday, June 19, 2008

5 peRkara Yang perlu di ambil Peringatan...

Kali ini, saya hendak menarik perhatian tentang 5 perkara yang patut disebut-sebut selalu untuk memberi kesedaran kepada kita sepanjang menjalani hidup ini.
Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu:
1.Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.
Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.
2.Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.
Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.
3.Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan. Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Alli dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?
4.Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga. Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam ‘bertelur sebiji riuh sekampung’. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria’ atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria’) tidak akan mencium bau syurga. Ria’ adalah satu unsur dari syirik (khafi). Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu.
Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain. Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua ‘kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan’. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka.
Demikian tazkirah minggu ini. Semoga 5 perkara yang disebutkan di atas dapat kita hayati dan diterapkan dalam kehidupan kita seharian. Sama-sama beroda semoga terselamat dari kemurkaan Allah semasa di dunia hingga ke akhirat. Amin…

Wednesday, June 18, 2008

..Maklumat Tambahan..

Apa itu News Feeds?
News Feeds merupakan satu fungsi yang membenarkan anda melihat jika terdapat kandungan baru di laman web tersebut. Anda dapat melihat kandungan-kandungan terkini dari laman web tersebut sepantas ia diterbitkan tanpa perlu melihat laman web dari mana pautannya diperolehi.
Feed juga dikenali sebagai RSS atau 'Really Simple Syndication' yang direkabentuk untuk memudahkan diterjemahkan oleh komputer anda.
Bagaimana untuk menggunakan Feeds?
Keperluan utama adalah pembaca berita atau 'News Reader'. Fungsi ini membenarkan ia untuk menyemak Feeds yang digunapakai dan membolehkan anda membaca kandungan-kandungan dari Feed yang ditetapkan. Feed boleh diakses samada melalui pelayar web ataupun aplikasi khas yang dimuat turun.
News Reader yang berasaskan pelayar web membenarkan anda untuk akses Feed dari mana-mana komputer sedangkan aplikasi khas hanya boleh digunapakai pada satu-satu komputer yang ditetapkan sahaja.
Pastikan anda membuat pilihan untuk menerima mana-mana Feeds jika menggunakannya. Sebagai contoh, jika anda ingin mendapatkan Berita Utama sahaja dari laman web Harakahdaily sila dapatkan pautan Berita Utama dari laman RSS. Salin dan tampal di News Reader anda.
Bagaimana untuk mendapatkan News Reader yang sesuai?
Terdapat pelbagai News Reader yang boleh digunapakai. Namun, ia bergantung kepada sistem operasi serta pelayar web yang digunapakai oleh anda dan komputer.

..Musibah besar Muslimah sekarang..

video

Jangan Sombong....


Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka.
Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki; takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan, nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan, Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
Jangan pakai sandal atau selipar yang berlainan pasangan, makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan biarkan mata liar di perjalanan, nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana KEMATIAN boleh bertandang bila-bila masa.
Jangan ego untuk memohon maaf pada ibu bapa dan sesama manusia andainya kita memang berdosa.
Jangan mengumpat sesama rakan, rosak persahabatan, hilang kebahagiaan.
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita tidak sombong bila berjaya, andai gagal tidak kecewa.
Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur jiwa tenang, rezeki melimpah.
Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik menghilangkan kasih orang kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
Jangan terlalu gundah dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama. Hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Tuesday, June 17, 2008

kaT CeMerong Punye Air Terjun..

17 jun 2008,selasa

Semasa cuti sem 3,5 jun2008,aku nGan adek-beradik pergi ker air terjun cemerong..fuhh..tempatnya sgtlah cantik dengan permandangannye yg menghijau,airnya yg jernih(sejuk giler..)..aku merasakan begitu rilex dan tenang sekali bab kate pepatah melayu bagai isi dengan kuku(sesuai ker..)...huhu
tapi kenangan ni x kan aku lupakan sampai bila2x(dialog drama..) hehe
pepun aku gempira dan enjoy menikmati alam kejadian TUHAN yg ESA itu..

kalu nak try g "melancong" kat sana contact ler aku...hehe

PemBuka BiCarA

17 jun 2008,selasa

Katadua Mengenai Kesedihan..

Tanpa kesedihan kita tidak akan mengerti erti kebahagiaan. Justeru itu, kesedihan akan membuat kita bangkit untuk meraih kebahagiaan.
Apabila kita dilanda kesedihan, berhentilah dari melayani perasaan dan fikiran jika kita ingin terlepas dari belenggu penderitaan hidup.
Bersikap lemah dan bersedih hati apabila mendapat dugaan dari Allah bukanlah ciri orang-orang yang diangkat darjatnya oleh Allah.
Sibukkanlah diri dalam ibadah, mudah-mudahan ianya akan menjadi ubat yang mujarab bagi seseorang yang ingin bangkit dari kesedihan yang berpanjangan.Terlalu lama tenggelam dalam kesedihan akan menambah penderitaan dan memberi peluang kepada syaitan untuk datang dengan bisikan-bisikan mendayu.