Wednesday, June 18, 2008

..Maklumat Tambahan..

Apa itu News Feeds?
News Feeds merupakan satu fungsi yang membenarkan anda melihat jika terdapat kandungan baru di laman web tersebut. Anda dapat melihat kandungan-kandungan terkini dari laman web tersebut sepantas ia diterbitkan tanpa perlu melihat laman web dari mana pautannya diperolehi.
Feed juga dikenali sebagai RSS atau 'Really Simple Syndication' yang direkabentuk untuk memudahkan diterjemahkan oleh komputer anda.
Bagaimana untuk menggunakan Feeds?
Keperluan utama adalah pembaca berita atau 'News Reader'. Fungsi ini membenarkan ia untuk menyemak Feeds yang digunapakai dan membolehkan anda membaca kandungan-kandungan dari Feed yang ditetapkan. Feed boleh diakses samada melalui pelayar web ataupun aplikasi khas yang dimuat turun.
News Reader yang berasaskan pelayar web membenarkan anda untuk akses Feed dari mana-mana komputer sedangkan aplikasi khas hanya boleh digunapakai pada satu-satu komputer yang ditetapkan sahaja.
Pastikan anda membuat pilihan untuk menerima mana-mana Feeds jika menggunakannya. Sebagai contoh, jika anda ingin mendapatkan Berita Utama sahaja dari laman web Harakahdaily sila dapatkan pautan Berita Utama dari laman RSS. Salin dan tampal di News Reader anda.
Bagaimana untuk mendapatkan News Reader yang sesuai?
Terdapat pelbagai News Reader yang boleh digunapakai. Namun, ia bergantung kepada sistem operasi serta pelayar web yang digunapakai oleh anda dan komputer.

No comments: