Friday, June 18, 2010

Solat Berjemaah



Assalamualaikum...

Hari jumaat adalah penghulu segala hari. Dalam bahasa arab ia disebut Sayyidul Ayyam. Kalau hari jumaat memang tak dapat tidak wajib ke atas semua mukmin lelaki yang berakal dan baligh untuk menunaikan sembahyang jumaat. Tetapi ada rukhsah bagi mereka yang musafir namun ia perlulah mengikut syarat-syarat yang telah digarisksn oleh ulama`-ulama` berdasarkan hadith dan Al-Qur`an.

Selain mendirikan solat jumaat, kita perlu terlebih dahulu mendengar dua khutbah. Dalam perkara mendengar khutbah ini, banyak pendapat yang membincangkan hukum mendengar khutbah ini bagi orang yang ingin mendirikan solat jumaat tetapi bukan itu yang ingin aku berkongsi hari ni. Apa yang aku ingin kongsikan ialah tajuk khutbah yang dibicarakan pada hari ini dimasjid kampung aku.

Tajuk khutbah hari ni ialah pentingnya solat fardhu berjemaah di masjid dan surau. Bila aku dengar saja khatib membaca tajuk tu sikit tersentuh di hatiku ini. Adakah aku menunaikan 5 waktu solat aku berjemaah di masjid??? Namun aku tertunduk kerana aku tak dapat berjemaah sepenuhnya solat 5 waktu aku. Oleh itu aku tergerak untuk menyampaikan isi khutbah yang aku dengar supaya sama-sama kita dapat membawa perubahan kepada diri kita.

Allah ada berfirman di dalam Al-Qur`an maksudnya :

“ Dan berikanlah peringatan sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin”

(Az-Zariat:55)

Antara isi khutbah yang ingin aku tekankan adalah berkaitan 4 cara bagaimana untuk mempersiapkan diri bagi mendirikan solat berjemaah :-

1- Sentiasa mempersiapkan diri untuk solat fardhu berjemaah dimana sahaja.

2- Memastikan diri dan pakaian bersih apabila hendak mendirikan solat.

3- Mengetahui waktu masuknya solat.

4- Bersedia untuk menjadi imam dan bilal.



Untuk memberikan perkongsian yang lebih berkaitan tajuk ni aku telah mencari serba sedikit bahan-bahan untuk menghuraikan lebih lanjut supaya pemikiran dan pengetahuan kita lebih terbuka dan lebih terdedah.Sebagaimana yang kita tahu semakin ramai bilangan jemaah maka semakin besar pula fadhilat pahalanya. Solat jemaah adalah berlainan hukumnya menurut jenis solat yang dikerjakan, iaitu:

  1. Fardhu ain pada solat Jumaat;
  2. Fardhu kirayah pada solat fardhu lima waktu; dan
  3. Sunat pada solat jenazah dan solat-solat sunat yang disunatkan berjemaah padanya, seperti solat dua hari raya, solat gerhana bulan dan matahari, solat minta hujan, solat terawih dan solat witir pada bulan Ramadhan.

Tuntutan berjemaah pada solat fardhu ??


Tuntutan berjemaah pada solat 5 waktu yang selain daripad
a solat fardhu Jumaat, pada pendapat yang masyhur dan paling sohih menurut Imam an-Nawawi adalah tuntutan fardhu kifayah yang diwajibkan bagi orang-orang lelaki yang berakal, baligh, bermukim, mempunyai pakaian menutup aurat dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran syarie.

Jadi bererti apabila sesebuah kampung atau mukim mendirikan solat jemaah di tempat yang dikira menzahirkan syiar Islam seperti di masdjid atau surau, maka gugurlah dosa atas orang-orang kampung atau mukim yang tidak hadir bersolat jemaah. Tetapi sekiranya tidak didirikan solat jemaah maka semua penduduk kampung atau mukim itu berdosa.

Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa,

Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah.

Imam Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r.a:

Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak mempunyai orang yang boleh memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya Baginda telah membenarkannya, tetapi kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat yang dikumandangkan di masjid.

Fadhilat (kelebihan) solat berjemaah??


Fadhilat solat berjemaah a
mat besar sekali berbanding dengan solat bersendirian. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda).

(Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sebenarnya fadhilat solat berjemaah adalah bertali arus, sambung menyambung, mengembang dan membesar. Orang yang bersolat jemaah bukan sahaja mendapat setakat 27 darjat, malah dia akan mendapat banyak fadhilat dan keuntungan sampingan lain lagi semasa dia berulang alik ke masjid dan semasa dia berada dalam masjid.

Kajian Membuktikan Kelebihan Solat Berjemaah

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif.

Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.


Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama. Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan.

Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan

tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan

kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas

yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala

yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini b

erlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita. Menurut beliau lagi, setiap kali

kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat

berapa jam.


Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas p

ositif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi

proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat

Subuh didirikan 2 rakaat. Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah

otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak

daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan

Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab

itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk membe

ri ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.


Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang.

Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan s

ekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat

Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas

dengan lebih lama. Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak

lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa

yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya

dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuaidengan penggunaan tenaga

yng kurang berbanding 2waktu sebelumnya.


Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4

rakaat. Logiknya,pada waktu malam kita tidak

banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas

yang banyak. Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa

Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam

amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud

di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu

akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita

bangun malam (qiamullail).


Dalam kajiannya, professor

ini mendapati bahawaIslam adalah satu agama

yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang ter

sirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri

dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau

memeluk agama Islam.



Sahabat-sahabat pembaca sekalian, inilah serba sedikit perkongsian yang dapat aku kongsikan untuk kali ini. Semoga kita sama-sama dapat berjemaah dalam menunaikan solat fardhu 5 waktu kita..Ya Allah berikanlah kekuatan kepada kami untuk menunaikan perintah solat-Mu secara berjemaah dan jadikan solat yang kami dirikan mencegah kami dari perkara-perkara Fahsya` dan mungkar..amiiin..

Sumber :

http://spermaovum.blogspot.com/2009/03/sisipan-pengetahuan-fadhilat-solat.html

http://soleh.net/2008/09/08/kelebihan-solat-berjemaah/

No comments: