Wednesday, March 14, 2012

Kata-Kata Semangat buat Diri, Teman dan Kita..

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum....

Keberadaan ana seperti 'chipsmore' kejap ada kejap tiada..hehe..pepun, ana akan cuba tidak terus menghilang..insyaAllah...kali ini hanyalah perkongsian buat semua sahabat-sahabat dengan kata-kata semangat...moge ia memberi semangat buat semua....(^_^)

Kata-Kata Semangat Buat Diri

Kadang-kala diri tidak bersemangat untuk membuat sebarang pekerjaan. Semua benda yang diri buat rasa serba tak kena. Seperti ada sesuatu yang hilang. Tapi tak pula diri tahu apa benda yang hilang itu. Disaat itu, diri sangat-sangat memerlukan teman. Teman untuk diri mendapatkan semula semangat yang hilang. Kata-kata semangat dari seorang teman itu diharapkan, akan dapat membantu menaikkan semula semangat diri yang hilang.Sudah menjadi lumrah, kadang-kadang, teman yang dicari itu tidak pula ditemui. Secara tiba-tiba teman baik diri itu sibuk sendiri. Kelibat mereka tak pula kelihatan. Puas mata mencari tetapi tak jumpa juga.Atau mungkin juga, diri tak punya teman baik, teman baik itu belum lagi ditemui. Mereka masih lagi dikalangan orang ramai. Menanti saat, tika dan jodoh untuk bertemu dan dipertemukan. Hati terasa sepi kerana teman baik tak ditemui lagi.Tetapi percayalah dalam hati. Diri masih punya Dia. Dialah tempat untuk diri mengadu. Dia ada di mana-mana. Dialah Allah, Tuhan sekalian alam.

Kata-Kata Semangat Buat Teman

Teman ku percayalah. Belum tiba lagi masanya untuk mu, merasa nikmat yang kau mahu nikmati itu. Mungkin si dia yang sebelum ini, bukan tercipta untuk mu. Akan tetapi janganlah kau putus asa dengan rahmat Tuhan yang maha Esa.Si dia yang kau tunggu itu pasti ada. Kerana setiap anak Adam itu sudah lumrahnya berpasangan. Tiba saat dan ketikanya, pasti kau juga akan merasa nikmat yang kau cari itu. Nikmatnya dicintai dan nikmatnya mencintai. Lagi indah apabila cinta itu disulami dengan redha Ilahi.Kata-Kata Semangat Buat DiriKadang-kala aku terfikir, apakah betul setiap tindakan yang aku ambil? Bolehkah begini? Bolehkah begitu? Andai begitu apa ceritanya? Andai begini apa jadinya? Persoalan yang kadang-kala tak terjawap, sepi.Mencari teman baik buat bicara. Mencari teman baik buat mengadu. Mencari teman baik buat bermanja. Keinginan setiap insan normal, inginkan seorang teman baik sebagai teman. Selagi hayat dikandung badan.Namun tak mudah juga. Matlamat itu tak menghalalkan cara. Niat dihati ingin berkenalan, tapi masih belum kesampaian. Takut hanyut dalam kelalaian. Tak sedar tersasar dari tujuan. Semakin jauh dari jalan kebenaran.Kata orang “seeing is believing.” Tapi tak semudah yang diperkata. Kadang-kala yang dilihat itu diluar norma. Biasa bagi mereka, tapi luar biasa bagi-Nya.

Kata-Kata Semangat Buat Kita

Kata-kata semangat buat teman. Kata semangat sebagai ingatan. Buat diri ku juga seorang insan. Memperbaiki diri memperbaiki teman, dengan cara saling ingat-mengingatkan.Buat kamu wahai teman, buat ingatan, buat sempadan. Buat kau juga wahai diri ku, agar kau sematkan dalam ingatan. Kuatkan semangat teruskan perjuangan, untuk mencari redha Tuhan.

Kata-kata semangat buat teman,
kata-kata semangat buat diri,
kata-kata semangat buat kita.


credit to : http://akulearn.com

6 comments:

Srikandi permata said...

Alhamdulillah..
kata semangat yg bermakna..

api_islam said...

syukran..moge ia dapat memberi smgt buat hati yang sedang berduka..namun jgn hingga ia melalaikan kita pada dunia...=)

Anonymous said...

syukran shbt utk kata2 smgt utk hati yg sdg brduka... ssguhnya tiada duka yg abadi,smoga kdukaan ini smakin mndekatkan diri kita smua kpd Ilahi...

محمد حذوان بن حميدان said...

moga terus kuat menempuh segala mehnah dan tribulasi dlm perjuangan..ameen

Syuhada Mujahiddah said...

Allahuakbar.. Syukran ukhti atas kata2 mutiara yg amat berharga ni..bak mutiara di lautan... Jazakillah...

Anonymous said...

mohon share ye :)