Sunday, January 22, 2012

Rahsia Peralihan Waktu Solat


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbrt....

Entri kali ini sedikit perkongsian berkaitan dengan rahsia disebalik waktu solat 5 waktu yang diwajibkan ke atas kita sehari semalam. Mungkin ada yang pernah terbaca dan mungkin ada yang tidak pernah terbaca, walau apa pun sama-samalah kita mengambil manfaat daripada ilmu dan pengetahuan yang telah dan bakal kita tahu ni..insyaAllah....

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya berkaitan dengan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

• Subuh

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah tidak mendapat tenaga yang optimum lagi.

• Zuhur

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

• Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah. Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

• Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

• Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Demikianlah secara ringkasnya hubungan waktu-waktu solat dengan perubahan warna alam. Sungguh besar rahsia solat itu sendiri, walau kelihatan ringkas namun yg tersirat amat hebat & mengkagumkan. Allahuakbar! Bersyukurlah atas segala nikmat & anugerah-Nya buat kita hamba yg lemah & kerdil. Bersegeralah dalam bersolat, banyak hikmah & berkat daripada ibadah solat yg diwajibkan.

Wallahua’lam.


sumber : http://www.islamictazkirah.com/tazkirah/rahsia-di-sebalik-waktu-solat-perubahan-alam

~Ya Allah janganlah Engkau palingkan hati kami setelah Engkau berikan Hidayah~



Sunday, January 8, 2012

Cabang-cabang IMAN



بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum….

Subhanallah, Walhamdulillah, Allahuakbar…

Emm kini ana sudah mula menyambung sesi pembelajaran yang baru…jadi mungkin kekerapan blog ana dikemaskini mungkin tidak rancak seperti waktu cuti 2 bulan lepas..saya rasa sahabat-sahabat faham kesibukkan seorang pelajarkan??..hehe.. Walaupun begitu, insyaAllah ana mohon diberikan kekuatan dan kesempatan masa oleh Allah swt untuk mengemaskini blog ana ini walaupun kekerapannya tidak terlalu tinggi. Ana mungkin berlainan sedikit berbanding dengan sahabat-sahabat pembaca lain yang menuntut di Universiti dari segi sesi cuti dan sesi pembelajaran kerana ana adalah seorang pelajar IPG dan sesi cuti dan sesi pembelajaran kami mengikut sesi persekolahan..( Nak jadi cikgu kenela ikut jadual budak2 sekolah..hi2)..

Untuk kali ana ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat berkenaan sepotong hadis nabi berkaitan dengan cabang-cabang IMAN.

Maksud sepotong hadis Rasulullah s.a.w,"Keimanan itu 70 cabangnya, yang afdhalnya ialah 'Laa ilaha illallah' dan yang terendahnya ialah menolak (membuang) akan sesuatu yang menyakiti dari tengah jalan. Dan malu itu cabang dari iman yang terpenting."

[Hadits Riwayat Imam Muslim]

Ana percaya setiap daripada kita sentiasa menyelitkan dalam doa selepas setiap kali solat supaya digolongkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Ada yang bersungguh-sungguh berdoa sehingga menitiskan air mata. Namun sahabat-sahabat, cuba kita lihat kembali 70 cabang IMAN yang telah diijtihadkan oleh ulama`-ulama` daripada hadis nabi diatas dan kita muhasabah serta mengukur adakah kesemuanya sudah kita lakukan untuk menjadi orang yang betul-betul beriman kepada Allah swt.

Beliau menyatakan:

Cabang-cabang iman terbahagi kepada 3 cabang:

1.amalan hati

2.amalan lisan

3.amalan badan/ anggota tubuh


Tiga cabang ini terbahagi menjadi beberapa cabang lagi.

Cabang iman dari amalan-amalan yang berhubungan dengan hati: adalah berkaitan dengan keyakinan-keyakinan (aqidah-aqidah) dan niat, terbahagi kepada 24 :

1.Iman kepada Allah, termasuk: iman terhadap Dzat Allah, sifat-sifat Allah, tauhid/mengesakan Allah bahwa Dialah Dzat dimana tidak ada satupun yang menyerupai-Nya dan meyakini bahwa selain Allah adalah ciptaan-Nya.

2.Beriman kepada malaikat Allah

3.Beriman kepada kitab-kitab Allah

4.Beriman kepada rosul-rosul Allah

5.Beriman terhadap taqdir Allah yang baik maupun yang buruk

6.Beriman terhadap hari kiamat, termasuk: pertanyaan malaikat di dalam kubur, adanya hari kebangkitan, hari perhitungan/pembalasan, adanya timbangan amalan, jembatan di atas neraka, beriman terhadap adanya surga dan neraka.

7.Cinta kepada Allah

8.Cinta dan benci karena Allah

9.Cinta kepada Rosulullah disertai keyakinan untuk mengagungkan beliau sesuai kedudukan beliau, termasuk bersholawat atas beliau dan mengikuti sunnah beliau.

10.Ikhlash, termasuk: meninggalkan riya’ (beramal untuk dilihat orang) dan nifaq (sifat munafiq)

11.Taubat

12.Takut akan adzab Allah

13.Mengharap ridha dan pahala dari Allah

14.Syukur kepada Allah

15.Memenuhi janji untuk taat kepada Allah dan yang lainnya.

16.Sabar

17.Redha terhadap ketentuan Allah / takdir Allah.

18.Tawakal kepada Allah

19.Kasih sayang

20.Tawadhu’ hormat kepada yang lebih tua dan sayang kepada yang lebih muda.

21.Meninggalkan perangai sombong dan ujub (ingin dipuji)

22.Meninggalkan dengki

23.Meninggalkan perangai marah


Amalan lisan, terbahagi 7 iaitu:

1.Melafazkan kalimat tauhid laa ilaaha illallah

2.Membaca Al-Quran

3.Menuntut ilmu

4.Mengajarkan ilmu

5.Berdoa

6.Berdzikir termasuk istighfar

7.Menjauhi perkara-perkara yang tidak bermanfaat/senda gurau.


Amalan badan/anggota tubuh, terbahagi 38 :

Amalan badan yang berkaitan dengan individu/ peribadi :

1.Mensucikan diri secara lahir maupun hukum. Termasuk: menjauhi perkara-perkara najis.

2.Menutup aurat.

3.Solat wajib dan sunat

4.Zakat.

5.Berbuat baik terhadap karib/ keluarga dekat.

6.Derma, termasuk: memberi makan orang lain atau memuliakan tamu.

7.Puasa wajib dan sunat

8.Haji dan umrah

9.Thawaf

10.I’tikaf

11.Berusaha/ mencari mendapatkan malam lailatul qadar.

12.Hijrah kerana ajaran agama, termasuk hijrah dari kampung kesyirikan menuju kampung yang muslim.

13.Memenuhi nadzar.

14.Berupaya untuk meraih tingkatan-tingkatan iman.

15.Membayar kafarat/denda


Amalan badan yang berhubungan dengan ittiba’/mencontoh Rasulullah ada 6 :

1.Berupaya untuk menikah

2.Melaksanakan hak-hak keluarga (isteri, anak dan lainnya)

3.Berbakti kepada orang tua termasuk: tidak boleh durhaka kepada orang tua

4.Mendidik anak-anak

5.Menyambung tali kekerabatan/silaturrahmi

6.Taat kepada pemimpin

7.Berlemah lembut kepada orang lain


Amalan badan yang berhubungan dengan kemasyarakatan, ada 17 :

1.Menegakkan kepemimpinan yang adil.

2.Mengikuti al-jama’ah/kebenaran.

3.Taat kepada pemerintah muslim.

4.Mendamaikan antara pihak yang bertikai atau sebagai mediator untuk perdamaian, termasuk: memerangi Khawarij dan para pemberontak.

5.Tolong-menolong dalam hal yang baik, termasuk: amar-ma’ruf nahi mungkar.

6.Menegakkan hudud atau hukum-hukum Allah.

7.Jihad, termasuk berjaga-jaga di perbatasan musuh.

8.Menyampaikan amanat yang dibebankan kepadanya, di antaranya: membagikan 1/5 dari harta rampasan perang.

9.Pinjam meminjami dengan orang lain.

10.Membantu memuliakan tetangga.

11.Berbuat baik dalam bermu’amalah, termasuk: mengumpulkan harta yang halal.

12.Menginfakkan harta kepada yang berhak menerima, termasuk: tidak boleh berlebih-lebihan dalam berinfak yang bukan karena Allah.

13.Menjawab salam.

14.Mendoakan orang bersin.

15.Menolak gangguan dari orang lain.

16.Menjauhi hal-hal yang tidak ada manfaatnya.

17.Menyingkirkan duri dari jalan.

Keseluruhan jumlahnya adalah 69 cabang iman, bisa juga dihitung menjadi 79 kalau bahagian-bahagiannya dimasukkan pula.” Wallahu a’lam. (Fathul Bari 1/ 52-53)

Wallahua`lam...


~Ya Allah janganlah Engkau palingkan hati kami setelah Engkau berikan Hidayah~

Sunday, January 1, 2012

Lembaran diTahun Baru Masihi 2012..


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum..

Tepat jam 12.00 malam semalam tahun 2011 telah meninggalkan kita. Kini tahun 2012 pula menjemput kita bertandang bersama. Bermacam-macam kenangan dan pengalaman yang telah kita lalui bersama tahun 2011, mungkin ada yang sedih ada yang gembira dan ada yang biasa-biasa aje namun kini itu semua sudah disimpan buat selamanya. Moga-moga ditahun 2012 ini banyak kenangan baru yang tercipta dan dirasa namun yang pasti janganlah ia mengundang murka ALLAH swt Yang Maha Esa dan kecewa Baginda Rasulullah saw terhadap kita. Sahabat-sahabat pembaca Ana ucapkan selamat tahun baru masihi buat semua sahabat pembaca. Andai ada silap dan salah ana mohon beribu kemaafan. Semoga sahabat-sahabat masih sudi untuk mengunjung blog ana yang tak seberapa ni...Terima kasih atas sokongan sahabat-sahabat semua...Ukhuwwah filla abadan abada..amiin

Dikesempatan yang ada ini, marilah dihari pertama kita ditahun 2012 ini, kita berdoa kepada Allah swt supaya hari-hari yang bakal kita lalui ini sentiasa mendapat berkat dan redha-Nya..moge dipermudahkan yang susah, moge dikuatkan apa yang lemah, moge dibaikkan apa yang buruk dan moge segalanya memberikan manfaat dan pengajaran buat hidup kita sebagai seorang hamba dan musafir dunia.....amiin..


~Ya Allah janganlah Engkau palingkan hati kami setelah Engkau berikan Hidayah~