Sunday, January 1, 2012

Lembaran diTahun Baru Masihi 2012..


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum..

Tepat jam 12.00 malam semalam tahun 2011 telah meninggalkan kita. Kini tahun 2012 pula menjemput kita bertandang bersama. Bermacam-macam kenangan dan pengalaman yang telah kita lalui bersama tahun 2011, mungkin ada yang sedih ada yang gembira dan ada yang biasa-biasa aje namun kini itu semua sudah disimpan buat selamanya. Moga-moga ditahun 2012 ini banyak kenangan baru yang tercipta dan dirasa namun yang pasti janganlah ia mengundang murka ALLAH swt Yang Maha Esa dan kecewa Baginda Rasulullah saw terhadap kita. Sahabat-sahabat pembaca Ana ucapkan selamat tahun baru masihi buat semua sahabat pembaca. Andai ada silap dan salah ana mohon beribu kemaafan. Semoga sahabat-sahabat masih sudi untuk mengunjung blog ana yang tak seberapa ni...Terima kasih atas sokongan sahabat-sahabat semua...Ukhuwwah filla abadan abada..amiin

Dikesempatan yang ada ini, marilah dihari pertama kita ditahun 2012 ini, kita berdoa kepada Allah swt supaya hari-hari yang bakal kita lalui ini sentiasa mendapat berkat dan redha-Nya..moge dipermudahkan yang susah, moge dikuatkan apa yang lemah, moge dibaikkan apa yang buruk dan moge segalanya memberikan manfaat dan pengajaran buat hidup kita sebagai seorang hamba dan musafir dunia.....amiin..


~Ya Allah janganlah Engkau palingkan hati kami setelah Engkau berikan Hidayah~

2 comments:

mujahidah1413h said...

salam alayk~ ziarah sini ,, moga dis year better then b4,,INSYAALLAH.. may ALLAH bless.

p/s: shoutmix dah tak bleyh guna secara free. so bleyh tukar dengan cbox or yang lain2.. hanya sekadar pemberitahuan,,

محمد حذوان بن حميدان said...

salam tahun baru masihi.. mga thn bru ni mmbuka lembaran baru kpd kita utk mmbuat PERUBAHAN..insyaAllah.