Sunday, January 31, 2010

Kritikkan ?? Baik atau Buruk??

Anak seorang tukang ukir hairan mengapa bapanya terus mengkritik hasil kerjanya.Padahal hasil ukirannya sudah terjual dengan harga yang lebih mahal daripada hasil ukiran bapanya.
"Ayah,dahulu ketika hasil ukiran saya dijual dengan harga RM40, ayah menegur hasil kerja saya. Mengapa?" tanya si anak.
"Memanglah kerana pada waktu itu hasil ukiran ayah sendiri terjual dengan harga RM50," sahut ayahnya dengan perlahan.
"Tetapi apabila hasil kerja ukiran saya terjual RM50 pun ayah masih mengkritik hasil kerja saya. Mengapa? Bukankah hasil kerja saya telah meningkat?"
Ayahnya tersenyum seraya berkata," Sebab pada waktu itu hasil kerja kamu cuma menyamai hasil kerja ayah. Itu belum boleh dianggap satu kejayaan besar." Anaknya tidak puas hati.
"Nah, semalam hasil ukiran saya berjaya dijual dengan harga RM60! Sudah melebihi harga ukiran ayah. Bukankah itu satu kejayaan besar? Tetapi ayah masih terus mengkritik hasil kerja saya,".
"Nak, sejak sekian lama pernah kau lihat hasil ukiran ayah terjual lebih atau kurang daripada RM50?'' tanya si ayah. Si anak terdiam sebentar.
"Sepanjang ingatan saya, tak pernah".
"Mengapa agaknya?''
"Saya tidak tahu ayah!"
"Fikirkan", tekan si ayah.
"Betul ayah, saya tidak pasti".
"Jawabnya, sebab ukiran ayah tidak pernah meningkat mutunya. Hanya ditakuk lama", kata si ayah.
Anaknya terus diam.
"Kamu tahu kenapa hasil ukiran ayah tidak bertambah baik mutunya?"
"Er,er saya....tidak tahu ayah".
"Sebab datuk kamu tidak pernah mengkritik hasil ukiran ayah. Dia diam dan selamba sahaja.
Jadi, ayah tidak mahu mengulangi kesilapan datuk kamu. Sekarang ayah akan terus mengkritik hasil kerja kamu supaya ia terus meningkat dan meningkat. Jika tidak, harga ukiran kamu akan terus ditakuk lama seperti hasil ukiran ayah sekarang ini!"

Pengajaran:

Kritikan atau nasihat yang betul dan adil adalah pendorong dan pemantau kepada kualiti kerja yang tinggi. Sikap terlalu cepat berpuas hati dengan hasil kerja akan membunuh semnagat untuk terus menambah ilmu,kemahiran dan kegigihan. Jangan berlunjur sebelum duduk!
Sepertimana kata Saidina Ali Karramallahu wajhah (kalau tak silap saya la..kalu salah betulkan ye..)
"Lihatlah pada nasihat dan janganlah tengok kepada orang yang menasihat"
Kata-kata ini ada kaitannya dengan kritikan. Jika kita perhalusi, kata-kata ini intipatinya adalah untuk menyeru manusia supaya menerima apa saja nasihat atau kritikan yang baik walaupun nasihat itu datang bukan dari orang yang baik mahupun thiqah(alim) kerana ia dapat membantu kita dalam meningkatkan hasil kerja mahupun amal ibadah kita..insyaAllah..
Semoga selepas pada ini, dapatlah kita sama-sama mengamalkan apa isi atau pati yang terkandung dalam kisah pada kali ini.


Sumber: Solusi isu no 15

No comments: