Saturday, January 16, 2010

Tiga Lelaki Bakhil


Tiga orang sahabat yang terkenal kedekut sedang berkira-kira untuk memberi sedekah sebahagian harta setelah orang ramai mengecam sifat kedekut mereka.Lelaki pertama berkata: ''Aku akan melukis satu bulatan di atas tanah kemudian aku akan lemparkan wang ke udara. Wang yang jatuh di dalam bulatan tu milik aku, manakala wang yang jatuh di luar garisan bulatan tu milik orang miskin.''
Lelaki kedua pula berkata: ''Aku pula akan melukis satu garisan memanjang di atas tanah. Akan aku lemparkan wang ke langit. Wang yang jatuh di sebelah kanan garisan adalah wang aku, wang yang jatuh disebelah kiri garisan akan aku dermakan.''
Lelaki ketiga diam sejenak. Mencari alasan yang lebih hebat. Dialah lelaki yang paling kedekut. Katanya:''Aku pula, aku takkan melukis bulatan atau garis lurus di atas tanah. Aku akan lemparkan sahaja duit ke langit. Duit yang jatuh ke atas tanah adalah milikku. Duit yang tidak jatuh itu milik orang miskin''.

-Solusi isu no.14-

p/s:
Janganlah kita menjadi hamba Allah yang bakhil (kedekut) di atas dunia ini. Sesungguhnya segala kekayaan harta yang kita ada adalah milik Allah yang Esa. Daripada-Nya ia datang dan kepada-Nya ia kembali.
Nabi ada bersabda:''siapa yang tidak mengasihi dia tidak akan dikasihi"-riwayat Bukhari- Baginda juga bersabda yang mana berbunyi:''Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri''.
Sahabat-sahabatku sekalian, cubalah kita renungi segala nasihat dan ajaran yang diberikan Nabi kita Muhammad SAW. Dan ingatlah ketika mana kita kenyang ada saudara-saudara kita yang lapar dan ketika mana kita gembira ada saudara-saudara kita yang sedih. Adakah kita ingin menutup mata atas segala kebenaran ini sehingga kita akan dipersoalkan di mahkamah Allah satu masa nanti.
Yang paling sahabat-sahabat ingatlah segala kekayaan,kebendaan yang kita ada didunia tidak akan menjamin kesejahteraan dan ketenangan kita di alam dunia, di alam kubur dan di alam akhirat kelak kerana Nabi ada bersabda:''Apabila matinya anak adam, terputuslah baginya semua perkara kecuali 3 iaitu;sedekah jariah,ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh".

No comments: