Friday, February 11, 2011

Rasulullah saw Kekasihku...




Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Detik 12 Rabiul awal semakin menghampiri kita. Namun tahukah kita apakah peristiwa penting yang ada disebalik tarikh ini? Apabila diminta menyebut tarikh hari kekasih " Valentine day " semua pasti ada jawapannya. Tidak kurang juga apabila ditanya tarikh kemerdekaan Negara pasti semua tahu jawapannya. Namun bila ditanya bila tarikh kelahiran nabi semua tunduk dan menggelengkan kepala tanda tidak tahu. Sungguh sedih bila ini yang berlaku dalam masyrakat kita yang bangga dengan status islam mereka pada MYkad namun amalan dan perintah yang datang daripada agama islam di tinggalkan dan di letakkan
sejauh-jaunhnya daripada kehidupan dunia. Yang lebih menyedihkan dan memilukan adalah mereka petah dalam membicarakan islam seolah-olah islam itu sebati dalam diri mereka padahal yang sebenarnya mereka hanya bermuka-muka untuk mendapatkan kepentingan diri.

Inilah perkara yang disebut dan dilarang oleh Allah swt dalam Al-Quran :

" Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! , Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. "
(surah As-Saf ayat 2-3)


Dalam ayat ini, jelas Allah swt melarang dan mencela mereka yang hanya mengatakan sesuatu tentang islam namun dia sendiri meninggalkan dan tidak melaksanakannya. Oleh itu sedarlah wahai semua individu islam ! dan sebarkanlah perkara ini kepada saudara-saudaramu supaya kita kembali kepada Allah swt. Berbalik kepada tarikh 12 rabiul awal tadi, ia sebenarnya adalah tarikh kelahiran baginda Nabi Muhammad saw iaitu kekasih Allah swt dan merupakan rasul yang diutus Allah kepada seluruh umat manusia termasuk kita masyarakat di Malaysia.


Jadi jika diperhatikan pada kalendar masihi tarikh 12 rabiul awal ini akan kita sambut pada tarikh 15 Februari 2011 bersamaan hari Selasa . Oleh itu marilah kita memperbanyakkan amalan yang boleh mengingatkan kita kepada baginda Nabi Muhammad saw dan marilah kita menjadikan amalan sunnah baginda sebagai amalan rutin dalam kehidupan kita insyaAllah.

"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup."

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.



Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: Jaga wudhu terus-menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu ia akan sentiasa merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, "ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi.

p/s : Salam Maulidur rasul buat semua umat islam...semoga kita berusaha menjadikan baginda sebagai kekasih kita..insyaAllah..

2 comments:

penentang org yg jual tuhan said...

api islam la kononya....ni haku nk nanye ni, nape bnyak aktiviti balai islam ni mcm nk memakse je student2 ni, ape ko ingat ni industri agama ke leh nk target2 produktiviti, lepas tu ada lak kasta cam agama hindu, student2 freshie je kena dtg kot...ape islam freshie2 ni lain ke ngan senior2 yg xpyah dtg tu??ko ni memang bangsat la siot, jual agama dan ko buat agama tu cam bapak ko yg punya...aku benci ko,,,aku benci ko....

api_islam said...

salam alaik...
sya hamba ALLAH...
maaf kpd anda yang mengaku penentang orang jual tuhan...adkh anda lupe adab memberi salam? jika anda mengaku anda seorang yang bertuhan...kenapa anda benci bila dipaksa membuat kebaikan? sedangkan perkara yang dipaksa itu adalh untuk membawa anda dekat dgn tuhan yakni ALLAH..sy rasa itu tidak ade salahnya...sy tidak mengajak saudara jauh kepada tuhan..jika sy mengajak anda jauh dari tuhan itu baru sy boleh trima benci dan marah anda,..namun benci anda ini adalah nafsu dan emosi semata2...psl sistem kasta..sy rase tidk wujud sistem kasta mlainkan anda sendiri yang mengadakan ia kerana marah dan benci bila dipaksa untuk menghadap ALLAH...sedarlah wahai penentang org yang jual tuhan...kita HAMBA kepada ALLAH...!
semoga ALLAH membuka pintu hati anda untuk melihat kebenaran..amiin