Monday, November 28, 2011

Air Laut Yang Tidak Bercampur Antara Satu Sama Lain

بسم الله الرحمن الرحين
Assalamualaikum...


Ini adalah sedikit perkongsian daripada ana kepada kita semua akan bukti kekuasaan Allah swt dan kesucian dan kebenaran Kalam suci Al-Qur`an . Moga-moga ia membuka mata dan hati kita supaya rasa lebih dekat dan taat kepada Allah swt..InsyaAllah..

Pada tahun 1962, sekumpulan ahli saintis Jerman telah membuat penyelidikan di Bab al Mandeb iaitu di Teluk Aden yang menjadi tempat pertemuan antara Laut Merah dengan Laut Hindi. Mereka telah menemui satu fakta saintifik bahawa air dari Laut Merah tidak bercampur dengan air dari Laut Hindi.

Penemuan saintis Jerman itu telah mendorong seorang ahli pelayaran dan kelautan yang masyhur iaitu Jacques Costeau untuk menyelidik hal yang sama tetapi di laut yang berbeza iaitu di Laut Mediterranean dan Laut Atlantik yang bersempadan di Selat Gibraltar. Beliau telah mengambil sampel air di tempat pertemuan kedua-dua laut itu dan mendapati air laut tersebut tidak bercampur antara satu sama lain disebabkan oleh darjah kemasinan, suhu dan lain-lain yang berbeza.

Dua eksperiman saintifik tersebut dijalankan pada abad ke-20 dan menyokong kebenaran ayat di atas yang diturunkan pada abad ke -7. Lebih 1400 tahun rahsia ayat tersebut tersimpan rapi sebelum dapat dibuktikan oleh orang bukan muslim. Jacques Costeau menulis dalam catatannya " I long rested on laurels at this suprising phenomenon which is not explained by laws of physics and chemistry".

Beliau seterusnya merujuk penemuan tersebut kepada Profesor Dr. Maurice Bucaille. Prof Dr. Baurice memberitahu beliau tidak terkejut dengan penemuan tersebut kerana segalanya telah diterangkan dengan jelas dalam al Quran lebih 1400 tahun yang lalu.

Jacques Costeau meninggal dunia di Paris pada tahun 1997 dan dilaporkan memeluk Islam sebelum kematiannya walaupun dinafikan oleh pihak-pihak tertentu. Kita serahkan kepada Allah tentang hal itu. Namun yang penting ialah Jacques Costeau telah dizinkan oleh Allah untuk membuktikan secara saintifik rahsia ayat di atas. Ternyata Al Quran adalah benar. Marilah kita terus mengaji dan mengkaji Al Quran!














Gambar-gambar ini menjadi bukti kepada kajian yang dilakukan dan lebih penting lagi ia membuktikan kepada kita kebenaran firman Allah swt dalam Surah Ar-Rahman : 19-20

19. Ia biarkan air dua laut (yang masin dan Yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;20. Di antara keduanya ada penyekat Yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;


Dengan ini menjadi bukti kepada kita bahawa Al-Qur`an ini adalah kalam Allah swt dan tidak ada sebarang keraguan dalamnya seperti mana firman Allah swt dalam surah al-Baqarah : 1-2 yang bermaksud :

1. Alif, Laam, Miim. 2. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa.

Jika kita masih ragu-ragu dengan Al-Quran bermakna kita bukan dari golongan orang yang bertaqwa kepada Allah swt dengan sebenar-benar taqwa...nauzubillahi minzaalik..

Wallahu`aalam

No comments: