Monday, November 28, 2011

Kasih Sayang ALLAH swt

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum….

Alhamdulillah ana baru sahaja selesai membaca novel bertajuk ‘Bumi Cinta’ yang dikarang oleh novelis islamik yang terkenal iaitu Habiburrahman El-Shirazy…semoga Allah memberkatinya diatas usaha dakwah yang telah dilakukan..Ana sebenarnya cemburu dan jeles melihat mereka2 yang hebat dalam penulisan ini. Terasa teringin sekali ana menjadi seperti mereka supaya dapat menulis dengan baik yang mana setiap patah perkataan yang dituliskan seolah2 ia tertusuk dijiwa dan terasa hampir dengan kita. Namun tidak semua orang Allah dikurniakan kelebihan itu kerana Allah itu Maha Adil dan bijak dalam mengatur hidup hambanya kerana hanya Dia yang Maha Mengetahui segala-galanya.

Dikesempatan ini sebenarnya ana ingin berkongsikan satu cerita yang ada dalam novel ‘Bumi Cinta’, dimana ia menjadi hujah kepada kita manusia bahawa Allah sangat hampir dan kasih kepada semua hamba-hambanya. Ana berharap semoga kisah ini dapat memberikan kesedaran kepada iman dan hati nurani kita akan kasih sayang Allah kepada kita…amiin



Cerita yang dibawakan oleh Habiburrahman ini diambil daripada Ibnu Qudamah dalam satu karyanya bertajuk Tawwabin.Ibnu Qudamah merujuk kepada kesaksian seseorang yang telah mengalami sebuah kejadian nyata yang menakjubkan. Orang itu bernama Yusuf bin Husain. Dia menceritakan kisahnya :

“ Pernah suatu ketika aku bersama Dzun Nun Al Mishri berada di tepi sebuah sungai. Aku melihat seekor kala jengking besar berada ditempat itu. Tiba-tiba ada seekor katak muncul ke permukaan, dan kala jengking itu kemudiannya naik ke atas belakangnya. Kemudian sang katak itu berenang menyeberangi sungai.
“Dzun Nun Al Mishri berkata, ada sesuatu yang aneh dengan kala jengking itu, mari kita ikuti dia.!”

“ Maka kami terus menyeberang mengikuti kala jengking yang didukung oleh katak itu. Kami terperanjat ketika menjumpai seseorang yang kelihatan seperti sedang mabuk, tertidur di tepian sungai. Dan disebelahnya ada seekor ular yang sudah mulai menjalar dari pusat kemudian ke dadanya. Kelihatan seperti ular tersebut hendak mengigit telinganya .“

“ Lalu kemudian, kami dapat menyaksikan suatu kejadian yang luar biasa. Kala jengking itu tiba-tiba melompat secepat kilat ke atas tubuh ular itu lalu menyengat ulat itu sekuat-kuatnya sehingga sang ular menggeliat-geliat dan terkoyak-koyak tubuhnya.”

“ Dzun Nun pun membangunkan anak muda yang sedang mabuk itu. Sesaat kemudian anak muda itu terjaga. Dzun Nun berkata ‘Hai anak muda, lihatlah betapa besarnya kasih sayang Allah yang telah menyelamatkanmu. Lihatlah kala jengking yang diutuskan-Nya untuk membinasakan ular yang hendak membunuhmu!’’

“ Lalu Dzun Nun melanjutkan nasihatnya,’Hai orang yang terlena, padahal Tuhan menjaganya dari mara bahaya yang merayap di kala gelita. Sungguh aneh, mata manusia mampu terlelap meninggalkan Tuhan Yang Kuasa, yang melimpahkannya dengan berbagai-bagai nikmat.”

“ Setelah itu pemabuk itu berkata, ‘Duhai Tuhanku, betapa agung kasih sayang-Mu sekalipun terhadap diriku yang durhaka kepada-Mu ini. Jika demikian, bagaimana pula dengan kasih sayang-Mu terhadap orang yang selalu taat kepada-Mu?’’

“ Pemuda mabuk itu lalu kembali meniti jalan menuju Allah. Dia seringkali menangis setiap kali teringat masa lalunya yang sia-sia. Dia terus meniti jalan Allah yang lurus, jalan untuk orang-orang yang diberikan nikmat sejati oleh Allah.”

Daripada kisah ini, Habiburrahman menjelaskan kepada kita bahawa kisah kala jengking yang diutus oleh Allah itu sesungguhnya boleh terjadi kepada sesiapa sahaja dan pada bila-bila masa sahaja. Termasuk juga kepada diri kita. Mungkin kita tidak menyedarinya, Allah telah mengutuskan ‘kala jengking’ untuk menyelamatkan kita dari bahaya ‘ular’ yang hendak membinasakan kita.

Kala jengking penyelamat itu boleh datang dalam pelbagai bentuk dan rupa, dan ular yang hendak membinasakan kita juga boleh datang dalam pelbagai bentuk dan rupa.
Sebagai contoh, Habiburrahman telah membawa contoh ‘ular’ bahaya itu berupa bentuk hutang yang bertimbun, yang sangat mengancam dan dapat membinasakan. Kadang-kadang orang yang memiliki hutang bertimbun itu malah terlena dan sama sekali tidak menyedari yang dia sedang dililit oleh ular yang sangat besar. Namun Allah tetap datangkan “kala jengking” jalan penyelesaian kepada masalah hutang hamba-Nya itu kerana kasih dan sayang-Nya. Bentuk penyelesaian yang datang mungkin dalam pelbagai bentuk samada dalam bentuk pertolongan daripada teman ataupun mungkin dalam bentuk membukakan pintu perniagaan. Ada bermacam-macam sebab, tetapi pada dasarnya Allah yang mengaturkan semuanya “.

Daripada kisah dan huraian ini ana harap sahabat-sahabt pembaca dapat menilai dan sedar akan hakikat kisah ini pada diri kita. Adakah selama kita hidup ini kita sedar bahawa Allah sentiasa membantu kita apabila menghadapi masalah? Dan selama kita hidup dan mendapat bantuan daripada Allah, adakah kita pernah membalasanya dengan menunaikan tanggungjawab, suruhan dan larangan-Nya terhadap kita ataukah kita lansung melupakan-Nya?? Sama-samalah kita renungkan bagaimankah sikap kita terhadap Allah Yang Maha Pengasih……



Wallahu`aalam…

No comments: