Wednesday, November 30, 2011

10 Fakta Menarik Otak Manusia..!



بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Kali ni rasa nak berkogsi perkara yang lain sikit...hehe, ana akan cuba berkongsi dengan sahabat-sahabat semua tentang 10 fakta menarik otak kita. Kita semua tahu bahawa otak adalah bahagian yang paling penting dalam tubuh badan kita. Namun, pernah tak kita semua mengambil tahu pasal otak kita ni...?? Mesti tak pernahkan? Kalau pernah pun mungkin tak tahu nak dapat kat mana..Jadi kali ni ana akan kongsikan dengan semua sahabat-sahabat 10 fakta menarik otak kita. Moge-moge daripada fakta ini dapatlah kita memikirkan nikmat yang telah Allah swt kurniakan kepada kita..diantaranya ialah otak..! Selamat membaca..(^_^)

1. Untuk menyamai kemampuan otak, kita harus membuat komputer yang besarnya sehingga 5 kali ukuran padang bolasepak, sedangkan otak kita mampu melakukan fungsi luar biasanya hanya dengan tenaga elektrik 23 watt.

2. Semua emosi/perasaan kita, adalah dihasilkan oleh otak kita. Tepatnya di sebuah bahagian yang disebut dengan Amygdala.



3. Setiap hari ada sekitar 85,000 neuron yang hilang dari otak kita. Terutama neuron-neuron yang tidak pernah kita guna.


4. Besar otak seseorang tidak menentukan kepandaiannya. Seseorang disebut pandai bergantung dari seberapa banyak SAMBUNGAN (connection) yang terjadi antara neuron.

5. Jika otak tidak dapat oksigen selama 5-10 minit, otak akan mengalami kerosakan teruk.

6. Otak TIDAK boleh membezakan antara kenyataan dan imaginasi. Imaginasi kita selalu dianggap kejadian yang betul oleh otak kita. Inilah asas ilmiah dari pentingnya melakukan visual positif.

7. Sesuatu yang bersifat sangat emosional akan jauh lebih kuat terakam dalam memori otak kita.

8. Informasi boleh diproses oleh otak kita secepat 120 meter/saat. Begitu cepatnya sehingga kita tidak menyedari prosesnya.

9. Alkohol boleh melemahkan hubungan antara neuron yang membuat kemampuan berpikir dan memori kita menjadi lemah.

10. Otak tidak memiliki sensor rasa sakit, sehingga otak tidak boleh merasakan sakit.

Wallahua`lam...

Rahsia DiSebalik Surah-Surah Dalam Al-Qur`an




بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum..


Entri kali ini ana ingin berkogsi dengan sahabat pembaca berkaitan dengan ilmu takwil dan ta`bir mimpi.Tokoh yang terkenal dalam bidang ilmu ini adalah Ibnu Sirin. Dalam buku yang dikarang beliau yang bertajuk ' Tafsir Mimpi Menurut Islam 'banyak dikongsi kepada kita berkaitan takwilan-takwilan mimpi. Saya pasti tiap daripada kita pernah mengalami mimpi yang membuatkan kita tertanya-tanya apa maksud disebalik mimpi tu, namun kita tidak mampu untuk menakwilkannya. Jadi dikesempatan ini ana cadangkan kepada sahabat pembaca jika teringin untuk mengetahui berkaitan maksud disebalik tiap mimpi yang kita lalui bolehlah sahabat-sahabat baca buku karangan Ibnu Sirin berkaitan mimpi. Namun begitu, ingatlah mimpi ini hanyalah petunjuk dan mungkin juga mainan tidur, apa yang lebih penting adalah realiti yang ada didepan kita.Di bawah ini ana telah mengambil sedikit hasil penulisan Ibnu Sirin berkaitan takwilan 114 surah yang ada dalam Al-Qur`an untuk dikongsi bersama. Sesungguhnya segala ilmu ini adalah daripada Allah swt dan moga-moga ilmu yang kita dapat ini benar dan lebih mendekatkan kita kepada Allah swt.Amiin..

SURAH-SURAH Dalam Quran ada 114 surah. Setiap surah mempunyai takwilan tertentu.Dibawah ini disebutkan takwilan setiap surah secara tertib:

Al-Fatihah :Dibukakan baginya pintu-pintu kebaikan dan ditutup pintu
keburukan.

Al-Baqarah :Panjang umurnya dan baik agamanya.

Ali Imran :Bersih diri dan bersih jiwanya serta sanggup menghujah
pihak-pihak yang batil.

An-Nisa' :Menjadi pembagi-bagi harta warisan, mewarisi wanita dan
mewariskan harta kerana umurnya yang panjang.

Al-Ma'idah :Tinggi darjatnya,kuat keyakinannya dan baik kewarakannya.

Al-An'am :Banyak binatang peliharaannya dan dia menjadi pemurah.

Al-A'raf :Tidak akan keluar dari dunia sebelum dia menginjak bukit
Turisina.

Al-Anfal :Menang melawan musuh dan dia mendapat harta ghanimah.

At-Taubah :Hidup terpuji di tengah-tengah masyarakat dan mati dalam
keadaan bertaubat.

Yunus :Bagus ibadatnya dan man daripada tipudaya serta ilmu sihir.

Hud :Berhasil tanam-tanamannya dan berkembang binatang ternaknya.

Yusuf :Pada mulanya dia dianiaya orang tetapi kemudian pergi
merantau dan berhasil di perantauan.

Al-Ra'du Ibrahim :Menghafaz banyak doa dan cepat beruban. Bagus agama dan
urusannnya di sisi Allah.

Al-Hijr :Terpuji di sisi Allah SWT dan di sisi manusia.

An-Nahl :Diberikan ilmu dan kalau dia sedang sakit bererti dia akan
sembuh.

Bani Israil :Mulia di sisi Allah SWT dan menang melawan musuh-musuhnya.

Al-Kahfi :Tercapai cita-citanya dan panjang umurnya sehingga dia bosan
hidup dan rindu akan mati.

Maryam :Menghidupkan sunah para nabi, dituduh dan dihinakan teteapi
akhirnya terbukti kesuciannya.

Taha :Kebal dari khianat tukang-tukang sihir.

Al-Anbiya' :Mendapat kemudahaan dan kebahagiaan setelah menghadapi
pelbagai kesusahan dan mendapat ilmu dan khusyuk.

Al-Haj :Dapat mengerjakan haji berulang-ulang insya-Allah.

Al-Mukminun :Kuat imannya dan mati dalam iman.

An-Nur :Allah SWT menerangi hati dan kuburnya.

An-Furqan :Menjadi pemisah antara yang hak dan batil.

As-Syu'ara :Allah SWT melindunginya dari kejahatan.

An-Naml :Diberikan kerajaan atau kekuasaan.

Al-Qasas :Diberikan perbendaharaan yang halal.

Al-Ankabut :Dia dalam penjagaan Allah SWT sehingga matinya.

Ar-Rum :Allah SWT memberikan kekuatan kepadanya untuk menakluki
negeri kaum musyrikin ramai umat yang mendapat pertunjuk di
tangannya.

Luqman :Diberikan hikmah.

As-Sajdah :Mati di atas sejadahnya dan menjadi orang yang berjaya di
sisi Allah SWT.

Al-Ahzab :Menjadi kelompok orang bertakwa dan pengikut kebenaran.

Saba' :Zuhud di dunia dan suka beruzlah (mengasingkan diri dari
masyarakat yang banyak mengerjakan dosa).

Fatir :Allah SWT membukakan pintu-pintu nikmat kepadanya.

Yasin :Dijadikan sebagai pencinta pengikut Rasulullah SAW.

As-Saffat :Mendapat anak yang taat dan mempunyai keyakinan.

Sad :Pandai bertukang dan banyak hartanya.

Al-Zumar :Bersih agamanya dan baik akhir hayatnya.

Al-Mukmin :Diangkat darjatnya di dunia dan akhirat dan mengalir
kebaikan-kebaikan melalui Tangannya.

Hamim As-Sajdah :Menjadi penyeru kepada yang hak dan ramai yang mencintainya.

Hamim Ain Sin Qaf :Panjang umurnya.

Al-Zukhruf :Jujur dalam percakapannya.

Al-Dhukan :Diberikan kekayaan.

Al-Jasiah :Menjadi khusyuk dan takut kepada Allah SWT.

Al-Ahqaf :Melihat perkara-perkara ajaib di dunia.

Muhammad :Menjadi baik sirah (perjalanan hidupnya).

Al-Fath :Diberi taufik untuk berjihad.

Al-Hujurat :Allah SWT merahmatinya.

Qaf :Dimurahkan rezekinya.

Al-Zariat :Menjadi tanam-tanamnya.

Al-Tur :Bererti dia sudah dekat dengan Makkah Al-Mukarramah.

An-Najm :Mendapat anak yang cantik dan terpandang.

Al-Qamar :Kebal daripada ilmu-ilmu sihir.

Ar-Rahman :Mendapat nikmat di dunia dan mendapat rahmat di akhirat.

Al-Waqi'ah :Bersegera kepada taat.

Al-Hadid :Sihat badan dan dipuji orang.

Al-Mujadalah :Membantah pihak yg. batil serta sanggup memberikan hujah-
hujah bernas.

Al-Hasyar :Dia mengancurkan musuh-musuhnya.

Al-Mumtahanah :Mendapat rintangan dan cubaan tetapi diberi ganjaran.

As-Saff :Ingin mati syahid.

Al-Jum'ah :Allah SWT mengumpulka

Al-Munafiqun :Lepas daripada kemunafikan.

At-Taghabun :Tetap di atas petunjuk.

At-Talaq :Terjadinya pertengkaran antara suami dan isteri dan
terkadang sampai kepada perceraian.

Al-Mulk :Besar kerajaannya.

Nun al-Qalam :Diberi kefasihan dan pandai menulis.

Al-Haqqah :Dia berdiri di atas hak.

Al-Ma'arij :Berada dalam keadaan aman di ditolong.

Nuh :Menjadi penyeru kepada kebaikan dan pencegah dari yang
mungkar serta mengalahkan musuh-musuhnya.

Al-Jin :Terpelihara dari gangguan syaitan.

Al-Muzammil :Diberi taufik untuk mengerjakan solat tahjud.

Al-Mudassir :Baiklah tempat tidurnya dan dia menjadi orang sabar.

Al-Qimayah :Tidak mahu bersumpah untuk selama-lamanya.

Al-Insan :Menjadi orang yang pemurah, bersyukur dan baik
penghidupannya.

Al-Mursalat :Diluaskan rezekinya.

An-Naba` :Menjadi mulia dan masyur kemuliaannya.

An-Nazi'at :Dicabut kesusahan dan sifat khianat dari hatinya.

'Abasa :Dia memberikan zakat dan sedekah.

Al-Takwir :Banyak melancong dan banyak mendapat keuntungan.

Al-Infitar :Dekat kepadanya raja-raja dan pembesar serta mereka
menghormatinya.

Al-Mutaffifin :Allah SWT memberikan sifat amanah kepadanya, sifat adil dan
menyempurnakan janji.

Al-Insyiqaq :Ramai anak dan keturunannya.

Al-Buruj :Lepas dari dukacita dan mendapat ilmu. Ada yang mengatakan
ilmu yang dimaksud ialah ilmu nujum.

At-Tariq :Diberi taufik untuk banyak bertasbih.

Al-A'la :Mudah segala urusannya.

Al-Ghasiyah :Naik pangkat atau martabatnya.

Al-Fajr :Diberi pakaian yang cantik-cantik.

Al-Balad :Allah SWT memberikan taufik kepadanya sehingga dia suka
membei makan kepada orang lain, memuliakan anak yatim dan
menyayangi orang-orang daif.

As-Syams :Diberikan kepintaran, kecerdikan dan kefahaman.

Al-Lail :Diberi taufik untuk qiyamullail dan terpelihara daripada
terbongkarnya rahsianya.

Ad-Dhuha :Dia memuliakan orang-orang miskin dan anak yatim.

Al-Alaq :Dijadikan atau menjadi orang yang tawaduk, fasih dan cantik
tulisannya.

Al-Qadar :Panjang umur serta tinggi martabatnya.

Al-Bayyinah :Dengan izin Allah, mendapat pertunjuk di tangannya kaum yang
zalim.

Al-Zalzalah :Allah mengoncongkan dengannya tumit orang-orang kafir.

Al-'Adiyat :Mendapat kuda.

Al-Qariah :Menjadi mulia kerana bertakwah dan banyak beribadah.

At-Takasur :Menjadi zuhud dan tidak menumpuk harta.

Al-Asr :Dijadikan orang yang sabar dan mentaati kebenaran. Dan juga
dia rugi dalam perniagaan tetapi akhirnya mendapat
keuntungan yang banyak.

Al-Humazah :Dia mengumpul harta yang banyak yang bermanfaat baginya
untuk amal-amal kebajikan.

Al-Fil :Ditolong untuk menentang musuh-musuhnya dan di tangannnya
Islam dapat menakluki kawasan musuhnya.

Al-Quraisy :Dia memberi makan orang-orang miskin dan terjadi hubungan
erat di antaranya dan hamba Allah yang lain.

Al-Ma'un :Berjaya mangalahkan orang-orang yang menentangnya.

Al-Kausar :Banyak kebaikannya di dua negeri.

Al-Kafirin :Diberi taufik untuk menentang orang-orang kafir

An-Nasr :Allah SWT menolongnya untuk melawan musuh-musuhnya.Bermimpi
membaca surah Al-Nasr juga menandakan dekatnya ajal orang
yang bermimpi itu kerana ini merupakan surah pemberitahuan
Rasulullah saw akan dekatnya ajalnya.

Al-Lahab :Sebahagian orang munafik memusuhinya tetapi akhirnya
dikalahkan oleh Allah

Al-Ikhlas :Mendapat kesenangan, mulia dan terpelihara akidahnya.
Menurut satu pendapat sikit keluarganya, tetapi senang
hidupnya. Ada yang mengatakan bermimpi membaca surah ini
menunjukkan dekatnya ajalnya.

Al-Falaq :Allah SWT memeliharanya daripada kejahatan manusia dan jin,
daripada gangguan binatang dan dengki manusia.

Al-Nas :Selamat daripada gangguan syaitan dan tenteranya.

Ini semua sekadar perkongsian ana buat kita semua...Sesungguhnya ilmu Allah swt itu teramat luas dan hanya padanya setiap kebenaran itu.

Wallahua`lam..

Tuesday, November 29, 2011

Tujuh peristiwa ganjil.


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Kali ini ana ingin berkongsi kepada semua sahabat pembaca sebuah kisah untuk menjadi pengajaran kepada kita. Dari segi kesahihan cerita ini ana pun tidak pasti, namun ana melihat pengajaran yang ada dalam cerita ini dapat memberi kesedaran kepada kita selaku seorang insan yang bergelar hamba kepada Allah swt. Selamat membaca dan mengambil pengajaran daripada kisah ini, moga-moga ALLAH swt melontarkan cahaya hidayah dan keinsafan ke dalam diri kita..amiin..(^_^)

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

" Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

" Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.

Wallahua'lam..

Monday, November 28, 2011

Air Laut Yang Tidak Bercampur Antara Satu Sama Lain

بسم الله الرحمن الرحين
Assalamualaikum...


Ini adalah sedikit perkongsian daripada ana kepada kita semua akan bukti kekuasaan Allah swt dan kesucian dan kebenaran Kalam suci Al-Qur`an . Moga-moga ia membuka mata dan hati kita supaya rasa lebih dekat dan taat kepada Allah swt..InsyaAllah..

Pada tahun 1962, sekumpulan ahli saintis Jerman telah membuat penyelidikan di Bab al Mandeb iaitu di Teluk Aden yang menjadi tempat pertemuan antara Laut Merah dengan Laut Hindi. Mereka telah menemui satu fakta saintifik bahawa air dari Laut Merah tidak bercampur dengan air dari Laut Hindi.

Penemuan saintis Jerman itu telah mendorong seorang ahli pelayaran dan kelautan yang masyhur iaitu Jacques Costeau untuk menyelidik hal yang sama tetapi di laut yang berbeza iaitu di Laut Mediterranean dan Laut Atlantik yang bersempadan di Selat Gibraltar. Beliau telah mengambil sampel air di tempat pertemuan kedua-dua laut itu dan mendapati air laut tersebut tidak bercampur antara satu sama lain disebabkan oleh darjah kemasinan, suhu dan lain-lain yang berbeza.

Dua eksperiman saintifik tersebut dijalankan pada abad ke-20 dan menyokong kebenaran ayat di atas yang diturunkan pada abad ke -7. Lebih 1400 tahun rahsia ayat tersebut tersimpan rapi sebelum dapat dibuktikan oleh orang bukan muslim. Jacques Costeau menulis dalam catatannya " I long rested on laurels at this suprising phenomenon which is not explained by laws of physics and chemistry".

Beliau seterusnya merujuk penemuan tersebut kepada Profesor Dr. Maurice Bucaille. Prof Dr. Baurice memberitahu beliau tidak terkejut dengan penemuan tersebut kerana segalanya telah diterangkan dengan jelas dalam al Quran lebih 1400 tahun yang lalu.

Jacques Costeau meninggal dunia di Paris pada tahun 1997 dan dilaporkan memeluk Islam sebelum kematiannya walaupun dinafikan oleh pihak-pihak tertentu. Kita serahkan kepada Allah tentang hal itu. Namun yang penting ialah Jacques Costeau telah dizinkan oleh Allah untuk membuktikan secara saintifik rahsia ayat di atas. Ternyata Al Quran adalah benar. Marilah kita terus mengaji dan mengkaji Al Quran!














Gambar-gambar ini menjadi bukti kepada kajian yang dilakukan dan lebih penting lagi ia membuktikan kepada kita kebenaran firman Allah swt dalam Surah Ar-Rahman : 19-20

19. Ia biarkan air dua laut (yang masin dan Yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;20. Di antara keduanya ada penyekat Yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;


Dengan ini menjadi bukti kepada kita bahawa Al-Qur`an ini adalah kalam Allah swt dan tidak ada sebarang keraguan dalamnya seperti mana firman Allah swt dalam surah al-Baqarah : 1-2 yang bermaksud :

1. Alif, Laam, Miim. 2. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa.

Jika kita masih ragu-ragu dengan Al-Quran bermakna kita bukan dari golongan orang yang bertaqwa kepada Allah swt dengan sebenar-benar taqwa...nauzubillahi minzaalik..

Wallahu`aalam

Kasih Sayang ALLAH swt

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum….

Alhamdulillah ana baru sahaja selesai membaca novel bertajuk ‘Bumi Cinta’ yang dikarang oleh novelis islamik yang terkenal iaitu Habiburrahman El-Shirazy…semoga Allah memberkatinya diatas usaha dakwah yang telah dilakukan..Ana sebenarnya cemburu dan jeles melihat mereka2 yang hebat dalam penulisan ini. Terasa teringin sekali ana menjadi seperti mereka supaya dapat menulis dengan baik yang mana setiap patah perkataan yang dituliskan seolah2 ia tertusuk dijiwa dan terasa hampir dengan kita. Namun tidak semua orang Allah dikurniakan kelebihan itu kerana Allah itu Maha Adil dan bijak dalam mengatur hidup hambanya kerana hanya Dia yang Maha Mengetahui segala-galanya.

Dikesempatan ini sebenarnya ana ingin berkongsikan satu cerita yang ada dalam novel ‘Bumi Cinta’, dimana ia menjadi hujah kepada kita manusia bahawa Allah sangat hampir dan kasih kepada semua hamba-hambanya. Ana berharap semoga kisah ini dapat memberikan kesedaran kepada iman dan hati nurani kita akan kasih sayang Allah kepada kita…amiin



Cerita yang dibawakan oleh Habiburrahman ini diambil daripada Ibnu Qudamah dalam satu karyanya bertajuk Tawwabin.Ibnu Qudamah merujuk kepada kesaksian seseorang yang telah mengalami sebuah kejadian nyata yang menakjubkan. Orang itu bernama Yusuf bin Husain. Dia menceritakan kisahnya :

“ Pernah suatu ketika aku bersama Dzun Nun Al Mishri berada di tepi sebuah sungai. Aku melihat seekor kala jengking besar berada ditempat itu. Tiba-tiba ada seekor katak muncul ke permukaan, dan kala jengking itu kemudiannya naik ke atas belakangnya. Kemudian sang katak itu berenang menyeberangi sungai.
“Dzun Nun Al Mishri berkata, ada sesuatu yang aneh dengan kala jengking itu, mari kita ikuti dia.!”

“ Maka kami terus menyeberang mengikuti kala jengking yang didukung oleh katak itu. Kami terperanjat ketika menjumpai seseorang yang kelihatan seperti sedang mabuk, tertidur di tepian sungai. Dan disebelahnya ada seekor ular yang sudah mulai menjalar dari pusat kemudian ke dadanya. Kelihatan seperti ular tersebut hendak mengigit telinganya .“

“ Lalu kemudian, kami dapat menyaksikan suatu kejadian yang luar biasa. Kala jengking itu tiba-tiba melompat secepat kilat ke atas tubuh ular itu lalu menyengat ulat itu sekuat-kuatnya sehingga sang ular menggeliat-geliat dan terkoyak-koyak tubuhnya.”

“ Dzun Nun pun membangunkan anak muda yang sedang mabuk itu. Sesaat kemudian anak muda itu terjaga. Dzun Nun berkata ‘Hai anak muda, lihatlah betapa besarnya kasih sayang Allah yang telah menyelamatkanmu. Lihatlah kala jengking yang diutuskan-Nya untuk membinasakan ular yang hendak membunuhmu!’’

“ Lalu Dzun Nun melanjutkan nasihatnya,’Hai orang yang terlena, padahal Tuhan menjaganya dari mara bahaya yang merayap di kala gelita. Sungguh aneh, mata manusia mampu terlelap meninggalkan Tuhan Yang Kuasa, yang melimpahkannya dengan berbagai-bagai nikmat.”

“ Setelah itu pemabuk itu berkata, ‘Duhai Tuhanku, betapa agung kasih sayang-Mu sekalipun terhadap diriku yang durhaka kepada-Mu ini. Jika demikian, bagaimana pula dengan kasih sayang-Mu terhadap orang yang selalu taat kepada-Mu?’’

“ Pemuda mabuk itu lalu kembali meniti jalan menuju Allah. Dia seringkali menangis setiap kali teringat masa lalunya yang sia-sia. Dia terus meniti jalan Allah yang lurus, jalan untuk orang-orang yang diberikan nikmat sejati oleh Allah.”

Daripada kisah ini, Habiburrahman menjelaskan kepada kita bahawa kisah kala jengking yang diutus oleh Allah itu sesungguhnya boleh terjadi kepada sesiapa sahaja dan pada bila-bila masa sahaja. Termasuk juga kepada diri kita. Mungkin kita tidak menyedarinya, Allah telah mengutuskan ‘kala jengking’ untuk menyelamatkan kita dari bahaya ‘ular’ yang hendak membinasakan kita.

Kala jengking penyelamat itu boleh datang dalam pelbagai bentuk dan rupa, dan ular yang hendak membinasakan kita juga boleh datang dalam pelbagai bentuk dan rupa.
Sebagai contoh, Habiburrahman telah membawa contoh ‘ular’ bahaya itu berupa bentuk hutang yang bertimbun, yang sangat mengancam dan dapat membinasakan. Kadang-kadang orang yang memiliki hutang bertimbun itu malah terlena dan sama sekali tidak menyedari yang dia sedang dililit oleh ular yang sangat besar. Namun Allah tetap datangkan “kala jengking” jalan penyelesaian kepada masalah hutang hamba-Nya itu kerana kasih dan sayang-Nya. Bentuk penyelesaian yang datang mungkin dalam pelbagai bentuk samada dalam bentuk pertolongan daripada teman ataupun mungkin dalam bentuk membukakan pintu perniagaan. Ada bermacam-macam sebab, tetapi pada dasarnya Allah yang mengaturkan semuanya “.

Daripada kisah dan huraian ini ana harap sahabat-sahabt pembaca dapat menilai dan sedar akan hakikat kisah ini pada diri kita. Adakah selama kita hidup ini kita sedar bahawa Allah sentiasa membantu kita apabila menghadapi masalah? Dan selama kita hidup dan mendapat bantuan daripada Allah, adakah kita pernah membalasanya dengan menunaikan tanggungjawab, suruhan dan larangan-Nya terhadap kita ataukah kita lansung melupakan-Nya?? Sama-samalah kita renungkan bagaimankah sikap kita terhadap Allah Yang Maha Pengasih……



Wallahu`aalam…

Friday, November 25, 2011

Maal Hijrah 1433H

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Sempena Maal Hijrah 1433H yang akan tiba berapa hari je lagi, ana cuba mengembalikan kenangan dan ingatan kita semua kepada peristiwa besar dalam sejarah Islam iaitu penghijrahan umat Islam dari kota Mekah ke kota Madinah dalam usaha untuk menegakkan agama Islam. Banyak tafsiran yang kita dengar tentang hijrah ini ada yang mengatakan hijrah itu berubah daripada buruk kepada baik. Ada juga yang mengatakan bahawa hijrah ini berubah daripada baik kepada yang lebih baik. Namun bagi ana semua pengertian yang diberikan ini adalah tidak cukup mendasar dari sudut agama.Ini adalah kerana ia sekadar dari segi bahasa dan tidak ada kaitan yang terus kepada agama. Makna yang paling tepat untuk diertikan hijrah ini pada ana ialah meninggalkan jahiliyyah dan kembali kepada iman. Ini berdasarkan hadis Rasulullah saw :

“Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah.” (Hadis riwayat Abu Dawud)

Oleh itu, pengertian hijrah itu yang paling cocok ( loghat indonesia skit..hehe ) bagi ana ialah kita meninggalkan dan menjauhi jahiliyyah serta maksiat dan kembali kepada kebenaran iaitu iman. Semoga ana dan sahabat2 dapat berhijrah seperti pengertian ini. Salam Maal Hijarah ana ucapkan kepada semua. Dibawah ana selitkan video dan lirik lagu yang sering berkumandang dikala HIJRAH tiba..sama-samalah kita mendengar dan menghayatinya..(^_^)




Satu Muharam Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi Dan Umat Islam
Dari Kota Mekah Ke Kota Madinah

Atas Keyakinan Dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin Dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta Dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman
Untuk Sepanjang Zaman

Thursday, November 24, 2011

Kembali mencari kekuatan...

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..

Lama diri ni menyepi dari menulis dalam blog ni, yelah tak banyak membaca
jadi kuranglah ideanya. Ramai yang bertanya kemana menghilang, nape dah tak
menulis dan macam-macam lagi. Jawapannya mudah je bagi aku, x de idea nak tulis
pahtu campur malas skit,,hehe, tu yang menyepi je. Lama juge aku menyepi ni,
kadang-kadang terpikir jugak kenapa aku tak terus je menulis, x kan la x dop
idea walaupun skit,ish2 mustahil juge ye…

Dalam aku menyepi tu aku selalu ‘jalan2’ singgah blog orang dan kawan2
khasnya, macam2 benda yang diorang post, ada yang bercerita, ada yang berbentuk
artikel dan macam2 la. Aku terpikir jugak, bila la diorang ni amek mase nak
tulis benda2 dalam blog, mane la idea diorang ni datang..hmmm

Akhirnya aku amek pilihan untuk cuba ‘menghidupkan’ kembali blog aku ni
Cuma mungkin beberapa perubahan yang akan aku buat. Pertama aku akan
membahasakan diri aku kepada ‘ana’. Kedua isi dalam blog ni mungkin aku
pelbagaikan bentuknya samada lagu, sajak, cerita dan artikel, ni bergantung
pada ‘rajin’ aku la kot..hehe…pepun aku mengharapkan blog aku ni akan terus
‘hidup’ dan dapat memberi manfaat buat diri aku dan semua yang singgah disini.

Mungkin inilah kali terakhir entry yang aku membahasakan diri aku sebagai
‘aku’…~

Aku ambil kesempatan ni untuk memberikan sedikit nasihat buat kita
bersama..

Hidup ni hanyalah sementara, dunia ini hanyalah pinjaman, semua yang ada
pada kita ada hutang yang perlu kita bayar, oleh itu sama-samalah kita sedar
akan hakikat ini dan letakkan MATLAMAT hidup ini tak lain x bukan adalah
mencari MARDHOTILLAH (redha Allah) ~

Bagaimana caranya..?? Ingatlah firman Allah swt dalam surah Adzaariyat : 56

"Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri
kepada-Ku."

Dengan melaksanakan perintah inilah dapat kita mencari keredhaan-
NYA..insyaALLAH…

Wallahua`alam…

* semoga terus diberikan kekuatan oleh ALLAH swt untuk menulis dalam blog ini..semoga semua sahabat2 dapat membantu dan menyokong ana..syukran..(^_^)