Wednesday, December 28, 2011

Bagaimana untuk jadi pasangan yang romantik ??





بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Di alam remaja ini nasihat yang paling dicari adalah berkenaan cinta dan kahwin. Bagaimana ye untuk menjadi calon suami@ isteri yang baik? Bagaimana untuk menjadi pasangan yang romantik? Bagaimana ye nak buat orang kasih pada kita? Bagaimana ye nak buat orang gembira dengan kita?....Inilah persoalan yang bertubi-tubi keluar daripada mulut dan minda seorang remaja. Ana sendiri mengaku tak terkecuali daripada semua ini. Kenapa? Salah ke kalau kita memikirkan persoalan ini? Tak, ana tak kata ianya salah dan ia memang perkara yang harus kita fikir dalam melalui alam remaja untuk tiba ke alam yang seterusnya. Namun ana rasa ada persoalan yang
lebih penting dan utama untuk kita fikirkan buat diri kita. Apa agaknya persoalan itu ye??...

Jom Ana akan bawa semua sahabat pembaca untuk melihat persoalan sebenar yang harus kita titik beratkan sebagai seorang remaja. Kenalkah kita semua dengan Saidina Ali Karramallhu wajhah ( Yang Dimuliakan Wajahnya ) ?? Ya beliau adalah khalifah Islam yang keempat selepas Saidina Uthman bin Affan. Namun bukan itu yang ingin ana khabarkan kepada sahabat-sahabat. Cuba kita fikir sejenak siapakah Saidina Ali ini ketika zaman Nabi saw? Golongan manakah beliau ini berada? Kanak-kanak? Remaja? Orang dewasa?

Hmm sudah tentulah beliau adalah seorang remaja sepertimana kita remaja sekarang. Namun alam remaja beliau jauh beza hendak dibandingkan dengan kita..buktinya? Ini nasihat Nabi saw kepada beliau ketika mana Nabi saw bersamanya...
Nasihat Nabi saw kepada Ali r.a :

Wahai Ali, bagi orang `ALIM itu ada 3 tanda-tandanya :
1) Jujur berkata-kata
2) Menjauhi segala yang haram
3) Rendah diri

Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya :
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya

Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya :
1) Takut berbuat dusta dan keji
2) Menjauhi kejahatan
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman

Wahai Ali, bagi ahli IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya :
1) Mengawasi dirinya
2) Menghisab dirinya
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah swt



Sahabat-sahabat, inilah persoalan yang seharusnya kita fikirkan dan bertanya kepada diri kita. Bagaimana ye nak jadi orang `Alim? Bagaimana ye nak jadi orang Jujur? Bagaimana ye nak jadi orang Takwa? Bagaimana ye nak jadi orang Ibadah? Kemudian barulah persoalan-persoalan lain untuk kita fikirkan. Kerana apa? Andai keempat-empat persoalan ini sudah kita jawab dan amalkan pada diri kita, ana pasti persoalan-persoalan lain dalam hidup ini sudah tersedia bagi kita jawapannya..insyaALLAH...

Diriwayatkan dari Abu Hurairahr.a ia berkata: Rasulullah saw pernah ditanya tentang sesuatu yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam surga. "Beliau Shallallahu 'Alaihi Wasallam menjawab: "Takwa kepada Allah dan akhlak baik." (al-Tirmidzi dan al-Hakim)


"Sesunggunya orang yang paling aku cintai dan paling dekat kedudukannya denganku pada hari qiyamat adalah yang paling baik akhlaknya."
(Imam Ahmad, al-Tirmidzi, dan Ibnu HIbban)

Inilah kata-kata Nabi saw buat kita semua, moge sama2 kita dapat mengamalkan sunnah dan nasihat yang Baginda tinggalkan kepada kita dengan harapan kegembiraan Dunia&Akhirat dapat kita kecap...amiin..

Wallahu`alam



No comments: