Wednesday, December 7, 2011

Kenapa Cantik itu Subjektif ??



بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum…

Fuhh letih juga badan ni setelah menjalani kursus selama 3 hari 2 malam kat pulau di sebuah tasik. Tasik ni ana rasa mesti semua sahabat pembaca tahu sebab ia merupakan sebuah tasik buatan yang terbesar iaitu Tasik Kenyir di ganu kiter… hehe…walaupun letih tapi ana rasa cukup gembira dan bermakna sekali kerana dalam kursus ni banyak perkara dan pengalaman yang ana dapat. Mungkin ana ceritakan sikit apa yang ana lalui sepanjang kursus ni ye?? Kalu sahabat pembaca sudi untuk membaca ana cukup gembira sebab mungkin ada pengalaman yang ana hadapi sama atau hampir sama dengan sahabat pembaca..boleh la mengimbau kembali memori semua sahabat pembaca..hehe

Pada hari pertama, ana tidak bertolak bersama-sama dengan sahabat2 yang lain kerana rumah ana dekat dengan tasik kenyir jadi ana minta kebenaran untuk datang sendiri. Ana begerak daripada umah jam 10.30 pagi dan sampai di sana jam 1.15 tengahari. Mesti sahabat pembaca pelik kan, kata dekat tapi sampai 2 jam lebey baru sampai..hehe. Sebenarnya yang jadi lambat tu sebab ana singgah dibengkel dulu dalam perjalanan untuk baiki kereta jadi makan masa la sikit. Walaupepun Alhamdulillah ana selamat sampai di Tasik Kenyir dan jumpa sahabat2 yang lain. Gembira sekali dapat jumpa sahabat2 setelah beberapa minggu cuti. Benarlah kata orang, persahabatan ini suatu yang indah, ana akui kebenarannya.

Sementara menunggu bot untuk bertolak pada jam 2 lebih kami makan tengahari dulu dan sembahyang zohor. Inilah peluang yang sepatutunya kita gunakan apabila menjalani program iaitu hidupkan solat jemaah barulah program kita tidak hanya mendapat habuan dunia bahkan akhirat juga. Setelah bot sampai kami pun bertolak ke tempat ‘nginap’ kami di Kenyir Senctuary Resort. Bila dah sampai sono apalagi, masing-masing menuju ke bilik untuk merehatkan tubuh yang letih sebelum aktiviti pertama selepas asar nanti. Adui macam panjang la pulok cite ana ni..hi2..ana ringkaskan la ye…hehe

Sepanjang kursus ni banyak la perkara yang ana dapat. Antara yang paling seronok ialah dapat mandi dalam tasik kenyir yang besar dan sangat dalam..tapi tempat yang ana dan sahabat2 mandi tu kolam kecil buatan ditengah2 tasik kenyir dan airnya hanya pada paras dagu ana..hehe..kat kolam tu masing-masing macam orang baru menang cabutan bertuah, terlompat2 dan terjerit2..hihi..walaupepun seronok sangat dan tak terhingga. (^_^), Alhamdulillah diberikan kesempatan oleh Allah swt untuk ini.

Haa..untuk entri kali ni ada 3 perkara yang ana ingin kongsikan bersama sahabat2 daripada apa yang ana dapat sepanjang kursus ni. Mungkin ada daripada sahabat yang dah tahu dan mungkin ada yang sebaliknya, pepun sama-samalah kita ambil manfaat yang ada.




Perkara pertama yang ana nak kongsikan ialah apa itu aur?? Sahabat2 tahu apa itu aur? Kita pernah dengar perumpamaan melayu yang berbunyi ‘bagai aur dengan tebing’ kan? Tapi adakah kita tahu apakah aur yang dimaskudkan itu??Aur ini adalah buluh, bambu; jenis-jenisnya: ~ cina, ~ duri, ~ hitam, ~ kuning, ~ licin,[Kamus Dewan Edisi Empat]

Jadi jelaslah disini aur itu adalah pokok buluh. Mari kita lihat kenapa aur digandingkan dengan tebing untuk menjadi satu perumpamaan yang membawa maksud sikap bergantungan dan saling bantu-membantu. Sebenarnya jika dilihat pokok buluh dengan tebing saling bergantung antara satu sama lain. Akar buluh memegang tebing agar tidak runtuh,manakala tebing pula menjadi tempat untuk buluh tumbuh. Maka inilah sebab sikap bantu-membantu itu diumpamakan aur dan tebing.





Perkara kedua ana nak kongsikan juga berkait dengan mutiara kata kita orang melayu. Mesti sahabat2 pernah dengan pepatah “ bagai melepaskan batuk ditangga “ kan? Pepatah ini membawa maksud buat kerja tidak sempurna atau bersungguh-sungguh. Baiklah, ana rasa ramai dikalangan kita yang sangkakan batuk dimaksudkan dalam pepatah ini ialah batuk “uhuk..uhuk..” tetapi bukan tu batuk yang dimaksudkan sebenarnya. Apa yang dimaksudkan dengan batuk dalam pepatah ini ialah ‘batok’ iaitu penyedok air yang diperbuat daripada tempurung yang digunakan pada zaman-zaman dahulu untuk membasuh kaki. Selepas kita gunakan sepatutnya ‘batok’ diletak semula didalam tempayang atau di atas penutup tempayang bukannya di tinggalkan diatas tangga begitu sahaja. Jadi saya rasa sahabat2 dapat faham apa yang dimakasudkan daripada pepatah ini dan apa kaitan perkataan ‘batok’ yang digunakan.

Perkara yang ketiga ana ingin kongsikan dengan sahabat2 pembaca ialah bukti hebatnya dan adilnya Allah swt. Hal ini dapat dibuktikan dengan sifat “cantik” yang ada pada manusia. Kita tahu manusia ini dijadikan oleh Allah swt dengan pelbagai rupa. Ada yang hidung mancung, mata bulat, rambut kerinting dan macam-macam lagi. Namun apa yang ana ingin tekankan ialah pernyataan kita bahawa cantik itu adalah subjektif.

Subjektif ini terbit drpd atau berasaskan pandangan (perasaan dsb) orang atau pihak yg melihat atau menilai (tidak pd ciri-ciri sebenar sesuatu yg dilihat atau dinilai), melihat (menilai dll) drpd pandangan (perasaan sendiri), [Kamus Dewan Edisi Empat]

Dalam erti kata mudah subjektif ini adalah pandangan kita tentang sesuatu itu adalah berbeza-beza. Kejadian manusia mempunyai rupa yang berbeza-beza membuktikan kepada kita akan kehebatan Allah swt. Namun Allah swt tidak lupa untuk membuktikan kepada hambanya bahawa Dia Maha Adil. Bagaimana ia dibuktikan?? Pernahkan anda dan sahabat2 berbual tentang kecantikkan seseorang? Ana rasa pasti pernahkan?…dan yang ana lagi pasti tidak semua akan bersependapat. Mungkin orang yang anda lihat tu cantik dimata anda tetapi tidak dimata sahabat anda, begitulah sebaliknya. Jadi ini membuktikan kepada kita Allah swt itu Maha Adil kerana meletakkan penilaian manusia itu berbeza-beza dan paling penting jangan kita bimbang akan kecantikkan kita kerana ia tidak sama dipandangan manusia. Jika kita tidak cantik dipandangan seseorang belum tentu kita juga tidak cantik dipandangan mereka yang lain. Oleh itu untuk menghuraikan perkara ini ana berani mengatakan semua kita manusia ini dijadikan CANTIK oleh Allah swt !! Begitu HEBAT dan ADILnya Allah swt kepada kita..!

Namun sahabt2 ingatlah, yang paling penting bukanlah kita CANTIK pada pandangan manusia tetapi yang paling penting adalah kita CANTIK pada pandangan ALLAH swt..! Bagaimana untuk kita cantik pada pandangan Allah swt? Ingatlah firman Allah swt dalam surah Al-Hujurat ayat 13 :

Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).

Sekadar inilah perkongsian ana pada kali ini…mungkin banyak sangat bercerita..hehe..tapi ana harapkan perkara ketiga yang ana kongsikan dititikberatkan oleh kita bersama ye..moge kita tergolong dalam golongan yang bertaqwa..insyaAllah..amiin..

Wallahua`lam

No comments: