Monday, December 26, 2011

Hak Tubuh




بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum…..

Alhamdulillah marilah sama-sama kita memanjatkan maha tinggi rasa
syukur kepada Allah swt diatas segala nikmat dan juga dugaan yang telah Dia aturkan pada kita. Seringkali kali kita mengucapkan syukur jika mendapat nikmat atau perkara yang mengembirakan namun adakah ianya sama ketika mana kita menerima ujian atau dugaan daripada Allah swt. ?? Sama-sama kita fikirkan dan renungkan sedalam2 sehingga mata kita tanpa disuruh ia mampu mengalirkan air untuk membasahi pipi dan wajah kita.

Mungkin ada yang bertanya, kenapa pulak kita nak kene bersyukur jika kita ditimpa kesusahan?? Dah la kita rasa pedih, sakit, kecewa dan segala bagai kepahitan yang kadang-kadang membuat kita rasa tak tertanggung dan itulah hakikatnya bila kita dalam kesusahan. Jika inilah yang kita rasakan pada diri kita, maka sama2lah kita istighfar kepada

Allah swt moge rasa kita itu tidak memalingkan Allah swt daripada kita. Ya, tak dapat kita nafikan semua kesusahan lagi memahitkan itu cukup berat bagi kita untuk menanggungnya namun apa yang sudah kita sedar dan tahu cuma kita tidak yakin bahawa semua itu datangnya daripada Allah swt.

Jika kita sedar,tahu dan yakin dengan ketentuan Allah swt ini, sudah pasti segala aturan kehidupan kita di atas bumi ini samada ia manis mahupun pahit, gembira mahupun sedih, mudah mahupun susah, ringan mahupun berat tak lain tak bukan ucapan ‘Alhamdulillah’ yang akan keluar daripada mulut kita dan turut bersamanya air mata keredhaan yang membasahi pipi. Ana akui memang susah untuk kita rasa sampai ke tahap ini, namun sahabat2 tak salah jika kita cuba untuk menjadikan ia pasti kepada diri kita…! Bagaimana untuk mencapai semua ini??

Bermula pada saat ni, setiap saat kita yang berlalu jangan pernah kita lupa Allah swt dalam fikiran kita, setiap saat kita berlalu jangan pernah bibir kita terkatup rapat berhenti menyebut Allah swt, setiap saat kita berlalu jangan pernah hati kita lalai daripada ingat dan sebut Allah swt dan bermula saat ini juga setiap saat dan masa kita jangan pernah Allah swt itu hilang daripada diri kita lebih2 lagi ketika mana kita sedang berdepan ( ketika solat) dengan-NYA, jangan sesekali Allah swt itu hilang daripada kita.Dan yang paling penting adalah hati dan fikiran kita jangan pernah berhenti daripada mengingati Allah swt kerana dua perkara inilah yang akan memandu batang tubuh kita. Moge2 dengan ini rasa syukur kita pada Allah swt tidak lagi berbelah bahagi samada ketika senang mahupun susah kerana hidup kita kini telah kita serahkan pada Allah swt ( tawakkal ).

'Sekiranya kamu sudah berazam, maka bertawakallah kepada Allah.'(Ali-Imran:159)



Sahabat2 cukup dalam sekali perlu kita tadabbur rasa syukur kepada Allah swt kerana jika tidak ada syukur itu kita tidak akan pernah rasa senang dan tenang dihati. ( Panjang pulak muqaddimah ana..he2..takpelah yang penting ana dapat kongsi pengharapan diri ana kepada sahabat2 utk kita bersama2..insyaAllah..) Sebenarnya ana nak minta maaf kepada sahabat2 mungkin ada yang tertanya kemana perginya si TSI( Tulisan Seorang Insan ) ni..lame je menyepi..maaf ye sahabat. Sebenarnya selama beberapa hari ana tiada ni ana pergi memenuhi hak akal fikiran dan hati ana dalam menimba ilmu agama( nur ) supaya ia mampu memandu tubuh dengan baik dan terus berada dijalan kebenaran.

Sahabat2 tubuh kita ini ada hak mereka yang perlu kita tunaikan. Tiada yang terkecuali dalam menunaikan hak ini selagimana tubuhnya menanggung nyawa. Sahabat2 kita hanya fikir bahawa hak tubuh kita adalah makan, minum, mandi, berhias, bersukan, dan tidur. Ia ana tak nafikan itulah hak yang diperlukan oleh tubuh kita dan jika hak ini kita ketepikan maka macam2 yang akan kita hadapi dan diantarnya adalah sakit. Namun sahabat2, ana ingin kita bersama2 fikir kembali adakah cukup tubuh kita ini dengan semua itu?? Ada lagi ke hak lain yang lebih perlu kita tunaikan??

Jawpannya tidak cukup dan ya masih ada hak tubuh badan kita yang perlu kita penuhi. Jadi hak yang bagaimana belum kita penuhi??.. Mari kita lihat firman Allah swt ini untuk mendapat jawapan yang kita cari daripada pertanyaan di atas….

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai"

[Surah al-`Araf :179]

Sahabat2, inilah hak yang sepatutnya kita penuhi terhadap diri kita terlebih dahulu barulah diikuti hak2 yang lain. Mari kita lihat satu persatu hak yang disebut oleh Allah swt kepada kita.

· mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah)

Dalam tubuh kita ada satu bahagian yang sangat penting sehinggakan Nabi saw mengatakan jika baik ia maka baiklah seluruh tubuh dan jika rosak ia maka rosaklah seluruh tubuh dan ia adalah hati. Jadi bagaimana kita perlu penuhi hak hati kita ini supaya ia mampu memberikan kesan yang baik kepada tubuh kita? Daripada firman Allah swt diatas, kita sepatutnya mendidik hati kita supaya memahami ayat-ayat Allah swt. Bagaimana? Kita seharusnya mentadabbur ‘kalamullah’ dan meyakini setiap apa yang ada padanya sama ada suruhan ataupun larangan. Dengan ini barulah hak hati kita dapat dipenuhi. Untuk mengukur perkara ini bolehlah kita lihat firman Allah swt :

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka...

(Al-Anfal:2)

· mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah)

Kita dikurniakan oleh Allah swt sepasang mata dan setiap daripada kita ada yang sama dan ada yang berbeza warna atau bentuknya. Namun yang lebih membezakan ialah bagaimana kita menunaikan hak mata kita itu dengan hak yang sebenar2nya. Bersyukurlah kita yang dikurniakan Allah swt dengan mata dan fungsinya sekali kerana ada yang tidak mendapat nikmat ini. Hak mata kita ini sepatutnya kita fungsikan ia untuk melihat bukti keesaan Allah swt seperti kejadian seisi langit dan bumi serta ayat-ayat Allah swt (Al-Qur`an) supaya timbul rasa takjub dan rendah diri kita kepada kekuasaan dan kehebatan Allah swt.Bagaimana ? Ini tidak akan berlaku jika kita hanya melihat tetapi tidak menghadirkan siapa penciptanya dan menimbulkan rasa rendah diri sebagai hamba….

· mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat)

Allah swt mengurniakan kepada kita sepasang telinga untuk mendengar. Dengan adanya telinga barulah dapat wujud komunikasi dua hala yang sempurna. Jika tiada telinga mesti ada tempang dimana2. Apa yang orang cakap kita tak kan dapat mendengar. Apa yang orang nasihat tak kan kita dapat mendengar. Namun begitu, walaupun telinga kita dapat berfungsi dengan baik tetapi kita tidak tunaikan haknya maka ia adalah sia2. Apa hak telinga kita? Telinga kita ni seharusnya mendengar bacaan ayat Allah swt, mendengar nasihat yang baik, mendengar ilmu yang baik dan yang paling penting ia perlu mendengar apa sahaja perkhabaran atau perkataan yang membangkitkan iman.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut


nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka Ayat-ayatnya, bertambahalah iman mereka (kerananya) dan kepada Rabb-lah mereka bertawakkal."

(Al-Anfal:2)



Jika semua hak di atas dapat kite tunaikan terhadap tubuh kita insyaAllahu Ta`ala di akhirat kelak ia tidak akan menghalang kita daripada menjejaki syurga Allah swt kerana tiada apa yang ingin dituntut lagi daripada kita. Dan lagi, jika kita mampu menunaikan semua hak ini maka hak-hak lain akan sama turut ditunaikan. Sebagai contoh, Allah swt perintahkan kita untuk solat, puasa, zakat dan haji dalam kalam-NYA (Al-Qur`an) maka apabila telinga kita ditunaikan haknya untuk mendengar maka anggota yang lain turut sama ditunaikan haknya seperti seluruh tubuh kita akan bersungguh2 menunaikan solat, menunaikan haji dan bekerja mencari harta tanpa lupa zakatnya dan perut kita juga akan bersungguh2 menahan lapar kerana berpuasa. Inilah hak tubuh badan yang perlu kita semua sedar dan yakin supaya kita menjadi muslim,mukmin dan musleh yang ada darjatnya disisi Allah swt dan Rasulullah saw.

Akhir kata daripada ana, moge kita penuhi hak2 tubuh kita kepada haknya yang sebenar dan moge Allah swt sentiasa melindungi dan menegur kita apabila kita lupa akan hak2 tubuh dan apabila kita membelakangi hak2nya.

“ Ya Allah moge kami tergolong dalam golongan orang2 yang berTAQWA disisi-MU”..amiin



Wallahua`lam



1 comment:

محمد حذوان بن حميدان said...

setiap apa yg Allah berkan PASTInya ada hak nya trsndri yg prlu kita tunaikn.. mcm tu jge dgn hak tubuh ini..
tulisan yg mntap, keep writing bro.. (^_^)