Thursday, December 29, 2011

Jangan Kotori Fitrah Berpasangan



بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..


Penulisan kali ini adalah hasil perahan otak ana sepenuhnya. Susah juga untuk menghasilkan satu artikel panjang ni, makan masa dan sakit kepala..huhu..pepun Alhamdulillah dapat siapkan. Tapi mungkin hasilnya tidak seberapa namun apa yang dapat ana kata..terima jela seadanya ye..hehe dan yang penting moge ada pengajaran yang dapat diambil....

Ana berminat untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat pembaca satu isu yang sangat hampir dengan kita sebagai remaja. Ana rasa mungkin kalian semua sudah dapat meneka. Jika kita bertanya remaja apa yang paling mereka cari dan inginkan dalam usia mereka sebegini ana pasti jawapannya adalah cinta, kasih dan sayang. Si lelaki inginkan si gadis untuk menjadi teman berbual. Si gadis inginkan si lelaki untuk menjadi pelindungnya. Siapa kita untuk menafikan semua ini kerana memang fitrah kejadian manusia itu adalah berpasang-pasangan.


Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (Ar-Rum 30: 21)


Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk semuanya berpasangan, samaada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka sendiri, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya. (Yassin:36)


Ya benar berpasangan itu adalah fitrah kita sebagai manusia, namun kita tidak seharusnya menyamakan fitrah berpasangan kita itu sama seperti makhluk Allah swt yang lain iaitu binatang. Binatang juga dijadikan oleh Allah swt berpasang-pasangan seperti kita manusia namun ada yang membezakan fitrah berpasangan mereka dengan fitrah berpasangan kita sebagai seorang manusia yang disebutkan oleh Allah swt sebagai ciptaan-NYA yang sebaik-baik ciptaan.


"Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya." (At-tin:4)


Ø Ibnu Khatir telah menjelaskan ayat ini dengan berkata" Allah SWT telah menciptakan manusia dalam sebaik-baik bentuk kejadian, ketinggian dan keindahannya.

Jika saya bertanya pada semua apa yang membezakan kita dengan binatang, pasti ramai yang menjawab ; ’’ tentulah akal..soalan mudah macam ni pun nak tanya..apalah..! ’’ Ya, betul apa yang dijawab namun masih ada yang kita tertinggal. Perasaankan kita selama ini kita solat, puasa, haji dan macam-macam lagi amalan ibadat kita lakukan tapi tak pernah sekali amalan-amalan ini dibuat oleh binatang. Pernah kita Nampak kambing di tepi jalan berhenti solat di masjid setelah azan dilaungkan? Pernah kita nampak kucing menunaikan haji di Makkah sepertimana kita manusia? Mesti tak pernahkan?

Janganlah kita pelik dan mempersoalkan perkara ini sebab inilah satu lagi pekara yang kita lupa perbezaan manusia dengan binatang. Kita berkahwin dengan pasangan kita tapi pernah ke kita nampak ayam yang kita ternak berkahwin dengan pasangan mereka? Tidak kan?..Jelaslah ini membezakan kita manusia dengan binatang. Secara mudahnya, kita dibezakan dengan binatang pada syariat. Kita manusia terikat dengan syariat Allah swt manakala binatang tidak. Sedarkah kita akan perbezaan ini??

Hakikatnya ramai yang tahu namun tidak sedar. Disebabkan inilah kita lihat mereka tanpa segan silu melakukan apa yang binatang lakukan. Apa yang dilakukan tu? Mereka tak kisah meninggalkan solat 5 waktu. Mereka tidak malu walau sedikit pun makan dibulan Ramadhan. Mereka tidak rasa jijik pun melakukan hubungan dengan bertukar-tukar pasangan. Allah!..jauh sekali tersasar manusia ini daripada fitrah kehidupan mereka yang sebenar. Andai beginilah kita lakukan, sama seperti binatang yang tidak dikurniakan akal maka kita adalah jauh lebih hina dan teruk berbanding binatang..Nauzubillahiminzaalik..

Dan Sesungguhnya kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. mereka Itulah orang-orang yang lalai. ( Surah Al-A'raf Ayat 179 )


Kembali kita kepada fitrah berpasangan. Manusia ingin berpasangan namun tidak sepatutnya kita samakan cara berpasangan kita dengan binatang. Jika binatang boleh bertukar-tukar pasangan namun kita manusia dilarang sama sekali. Jika binatang tidak perlu berkahwin dengan pasangannya untuk menikmati hubungan tubuh namun kita manusia dilarang sama sekali (haram) sehingga si gadis sah menjadi isteri kita selepas akad perkahwinan.

Namun yang menyedihkan kita ialah apa yang dilarang inilah semakin berleluasa. Muda-mudi kita saban hari bertukar-tukar pasangan. Tanpa rasa jijik mereka bersetubuh dengan pasangan-pasangan mereka. Dan yang lebih menyedihkan lagi mereka tanpa rasa apa-apa sanggup membunuh anak-anak yang dikandung hasil daripada hubungan haram mereka seolah-olah si anak itu tidak bernyawa. Begitu kejam manusia pabila hilangnya iman dalam diri mereka.

Wahai remaja, pemuda pemudi, ana tidak melarang keinginan untuk mempunyai pasangan bahkan Nabi saw sendiri menyuruh kaumnya berkahwin apabila mampu bagi mereka.

"Hai para pemuda! Barangsiapa di antara kamu sudah ada kemampuan, maka kahwinlah sebab dia itu dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan; tetapi barangsiapa tidak mampu, maka hendaknya ia berpuasa, sebab puasa itu baginya merupakan pelindung." (Riwayat Bukhari)



Namun apa yang ana ingin kita sama-sama ingat ialah Islam telah memberikan kita jalan-jalan dan kaedah-kaedah yang betul untuk mempunyai pasangan sebagai teman berbual mahupun sebagai pelindung bahkan sebagai teman tidur. Jangan sekali-kali kita berpegangan tangan, keluar berdua, duduk berdua-duaan, makan suap-menyuap, minum satu gelas dan yang sewaktu dengannya selagi mana tidak ada ikatan sah disisi agama. Marilah kita lihat apa yang telah Islam gariskan kepada kita dalam hal berpasangan ni.

Pertama, andai hati berkenan cepat-cepatlah kita sampaikan niat hati kepada pasangan kita itu samada terus kepada mereka atau walinya. Jika sama-sama bersetuju ikatlah dengan ikatan ‘pertunangan’ (khitbah). Namun ingatlah, walaupun sudah bertunang larangan untuk berdua-dua masih lagi ada keatas kita kecuali bersama-sama kita mahram ketika berjumpa. Dan syarat bagi mahram itu pun ada. Dan setelah itu persiapkanlah diri kita untuk melangsungkan perkahwinan untuk menjadikan pasangan kita itu sah sebagai suami dan isteri kita. Saat akad selesai dilafazkan sahlah sudah sebagai suami isteri dan teruskanlah kehidupan sebagai pasangan yang menjadi teman berbual dan teman perlindungan seperti dulu yang kita inginkan. Dia kini halal bagi kita dan kita halal bagi dia. Allahuakbar, Subhanallah..!

Sama-samalah berdoa supaya Allah swt sentiasa menjaga dan memelihara kita daripada maksiat. Dan marilah kita mengamalkan doa ini supaya dikurniakan pasangan dan anak2 yang soleh dan solehah.. InsyaAllahu Ta`ala.

Allah berfirman dalam surah Al-Furqan ayat 74, yang bermaksud;

"Dan orang-orang yang beriman: Wahai Tuhan kami kurniakan kepada kami dari isteri dan keturunan kami anak yang menyejukkan mata; dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang yang bertaqwa."


Wallahua`lam.



~Ya Allah janganlah Engkau palingkan hati kami setelah Engkau berikan Hidayah~

3 comments:

Nordinie Hany Al-Islam said...

MasyaAllah....haty tertarik dgn penulisan ini..syukran akhi atas perkongsiannya.. :)

api_islam said...

Afwan...moge2 ia memberi manfaat buat diri kita semua...insyaAllah..amiin

Rainbow Love said...

mohon di share atikel nya ye..