Thursday, December 8, 2011

Warkah BuatMu Sahabat...



بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum…..

Semalam ana bertanya kepada seorang sahabat bila nak update blog dia?..ana bertanya sebab dulu dia juga ada bertanya begitu kepada ana..dan boleh dikatakan semangat ana kembali untuk terus menulis dalam blog ini salah satunya kerana ‘pertanyaan’ ringkas dia…Namun jawapan yang ana dapat daripada dia adalah satu luahan kecil dari hatinya seperti sedang gundah-gulana,(pe yang de difikiran ni cam x sesuai utk dipostkan..ni la jawapan dia),daripada jawapan ini ana rasa seperti apa yang difikirkan cukup berat dan membebankan, ini membuat ana terasa seperti bahu ana turut sedang memikul beban yang berat. Walaupun bukan ana yang berada ditempat dia tapi ana mampu membayangkan apa yang sedang ‘dipikul’ oleh sahabat ana itu cukup berat. Namun ana tahu sahabat ana ini seorang yang kuat dan mampu membawa apa yang sedang ‘dipikul’. Bersabar dan terus kuat ye sahabat !

Sahabat ingatlah setiap kesusahan dan kegembiraan tu adalah ujian daripada Allah Yang Esa dan ini petanda dia tak pernah melupakanmu. Dan yakinlah setiap apa yang didatangkan kepada kita oleh Allah swt adalah dalam kemampuan kita.

“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya...”
[Al-Baqarah ayat: 286]

Jadi sahabat, berserahlah dan bertawakallah dengan sebenar2 nya kepada Allah swt. Jika tangsian mampu meringankan apa yang dipikulmu maka tangislah bersungguh2 didepan-NYA dan lazimkanlah lidahmu untuk berdoa,merayu,merintih dan mengadu kepada-NYA kerana Allah swt berjanji Dia akan perkenankan apa yang diminta oleh hambanya (yang beriman).

“Berdoalah kpd-Ku, niscaya akan Ku perkenankan bagimu.”
[Al-Mu'min: 60]


Sahabat, ana titipkan kata-kata semangat buat dirimu, moge ia mampu membantumu untuk meringankan apa yang sedang dipikul sekarang.....(^_^)

Ingatlah sahabat…
Bunga itu menguntum indah,
Menyeri dan mekar memerah,
Dipuji dengan berbagai-bagai madah,
Esoknya bunga itu gugur ke tanah,
Serpih demi serpih ia punah,
Tanpa daun dan kelopaknya musnah.

Sahabatku…
Engkau bukan layu seperti bunga,
Dan aku bukan kumbang yang akan mengambil madunya,
Lambang bunga lambang sementara cuma,
Tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya,
Daerah kita bukan daerah cinta,
Bukan masanya untuk memujuk kasih asmara,
Tiada senda gurau memanjang yang meleka,
Kerana kita dalam memperjuangkan agama.

Sahabatku..
Disini uda dan dara telah berkubur,
Kita bina atasnya jihad yang subur.

Ingatlah sahabat…
Bumi kita bumi yang payah,
Penuh peluh, air mata dan mungkin darah,
Bila kita jejak tapaknya perlu punyai wadah,
Ikuti dibelakang ulama’ supaya tak goyah,
Bila dikatakan pada mu: Perjuangan itu amat susah,
Kau katakanlah kembali: Aku mengharap hanya keredhaan dari Allah.

Sahabatku…
Semalam telah layu sekuntum bunga,
Telah gugur dari jambangannya,
Tetapi itu bukan perjuangan kita,
Bukanlah itu sebagai lambangnya,
Mulut telah kaku untuk bertanya,
Hati malu untuk memikirkannya,
Tidak seperti dahulunya,
Kita kuat berhujah dan bersuara.

Ingatlah sahabatku..
Kerana dulu dan kini kita tetap seorang mujahid,
Yang merindukan dan memburu syahid,
Maaf kiranya tuturku yang pahit.
Senyumlah sahabat..
Senyumlah dan serilah wajah,
Walau pudar dan hambar datang tak sudah,
Belajarlah menjadi seorang mujahid dan mujahidah,
Doaku agar kita berani seperti Hamzah,
Malah punyai semangat seperti Sumaiyah.

Sahabatku,
Aku tahu kau menderita…
Aku mengerti kau sengsara…
Aku fahami kau merana…
Namun apa yang aku mampu…
Bila kau kata kau menderita,
Aku berdoa agar kau terus tabah…
Bila kau kata kau sengsara,
Aku berdoa moga kau terus gagah…
Bila kau kata kau merana,
Aku berdoa harap kau tidak terus mengalah…
Doaku tidak akan pernah putus agar,
moga dan harap kau terus diberikan kekuatan demi kekuatan…

Wallahua`lam...



kredit to :(http://mkelana.wordpress.com)

5 comments:

thayae~ said...

salam alaik... erhm congrats fr ur writtg... eventho, ths writtg basically fr ur frenz.... but really inspired me... kta2 nasihat n dikuatkn with ayt alqurn.. subhanallah... it ws so nice... tringt sy to one of my frenz.. die pnh ckp jln n cara Allah tu indh n sbr adlah kuncinya... keep writtg...

api_islam said...

wslm...time kasih, mmg ana tulis tu utk shbt ana khasnya..tp secara umum ana tuju pada kita semua sebab ana pasti stiap org pasti ada shbt dan menjadi shbt...moge2 ia memberi manfaat buat kite semua..ingtlah shbt sjati akan sentisa bersama kita tak kira sush maupun senang dan begitulah ALLAH swt dengan kita..sentiasa bersama hambanya di stiap waktu...(^_6)

Marshmallow said...

salam.. mabruk ya akhi ;)
sngt bermanfaat.

Anonymous said...

salam..mintak share yup..:)

softlight said...

salam... subhanallah... bait2 kata yg indah dri sahabat kpda sahabatnya... sggh beruntung mempunyai sahabat sebegini... moga ukhwah kalian terus teguh hingga akhirnya.....